Selamat Datang. Senyum Selalu!

30 April 2013

cuba jadi kuat

salam

entah kali ke berapa. menaip dalam genangan air mata. 

makin dipujuk hati. makin haru jadinya.

pendam rasa. terima nasihat. terima kritikan. Telan walaupun pahit.

hanya sebab konvo. hati jadi kucar kacir. rase tak menentu. bukan sebab nervous untuk naik pentas. tapi berbagai macam sebab yang tiada kaitan dengan jejak kaki di sana. urusan di sana, biarkan dulu. sebab rase yakin, kegembiraan yang akan selubungi semua orang nanti. yela, boleh jumpa kawan2. diraikan keluarga. dan diraikan tersayang. mestilah happy. 


now? tenggelam dalam dunia sendiri. ya ya. my convocation day. apa la sangat kan. nothing special. bukan dapat apa2 anugerah pun. dan yang paling penting. bukan penting pun untuk orang lain. ko punya konvo, apa orang kesah? sendiri handle la. nak excited? sila excited sorang2. ulang banyak kali. bincang banyak kali pun. masih lagi tiada keputusan. ya. saya excited sorang2. dan saya rasa macam saya akan masuk dewan konvo sorang2 nanti. unik kan? but its okay. skrg pun dah cuba pujuk hati. fikir macam2 kemungkinan. dah sedia. i'm nothing. 

mungkin keadaan dan situasi skrg yang jadi salah satu punca. mungkin. 

tiada yang menyokong. 

menitis lagi. hanya sebab satu ayat di atas. 

its okay. its okay. you can do it. 

Allah sedang uji kamu. bergantunglah padaNya selalu~

cuba jadi kuat.

titik. 

leave now. 


salam



♥ much more love for you! ♥

22 April 2013

Rindukan mereka

salam

hye hye. semoga sihat2 sahaja. 

saje je datang menyinggah tambah entry di blog nie walaupun takda idea. huhu. just tadi saje la baca2 balik entry2 lama. fuhh.. rase macam hebat je zaman dulu2. memang rase macam Blogger Tegar giitew. kikiki.. tapi mostly, saya baca komen2 orang la. then mula rase rindu pada mereka. walaupun tak kenal muka, tak pernah jumpa. tetap rase rapat. why? sebab semua komen2 or nasihat yang diberikan memang ikhlasnya sampai ke hati empunya blog. cewaaahh. terharu tak terharu tak? mesti terharruuu la sangat kan. kekeke..

apapun, sumpah rindu pada mereka yang saya ambil tahu tentang mereka, baca kisah2 mereka, ikut perkembangan mereka. rindu sangat. rase nak pergi komen2 balik kat blog2 diorg macam segan plak. huhu. yela, entah diorng ingt atau tak kan? huhu. *fadanmuka* sape suruh berblog macam pergi bercuti. sobsob. saya buka taknak berblog. tapi tapi. Banyak keje tahu tak! praktikum, exam, tesis, viva. final year. dan macam2 lagii. hmm. tapi betul ke tu sebab2 utama? hohoho. rasenya bukan yang tu. sebab utamanya adalah STALKER! sumpah ak benci tahap habis abc pada satu stalker tu. *kalau nak terasa pun sila la terasa* menyampah tahu tak. can you JUST MIND YOUR OWN BUSINESS?? *annoying*

thank to you laa.. i lost my blogger friends becoz pf you granny! Thank you so Much. ya ya. maybe ada orang akan cakap. ala.. biarkan je la.. tak payah layan. yes! memang senang nak buat kalau si stalker just intai2 dan duk diam. tapi yang ni. intai2, baca, buat rumusan sendiri then kecoh satu dunia. kecoh benda baik takpe la jugak kan? tapi ni tak.. ishh. wathehek? erggh. memang menyakitkan hati. Tukar tajuk tukar tajuk. grrrr~

apapun, next time la melawat balik blog2 lama tu. i do remember them becoz i love them walaupun tak kenal and tak pernah jumpa.

to any bloggers yang masih ingat saya. 

I MISS YOU!

tunggu saya datang tinggal jejak di blog kalian lagi. hehehe.. :P

okey. leave now.

saam,


♥ much more love for you! ♥

21 April 2013

Jodoh itu Rahsia Tuhan. Kawen bukan mudah

salam PRU 13 untuk semua

hohoho. kemain lagi berkempen, mentang2 la 1st time mengundi tahun ni. semangat berkobar2 nak g main pangkah2 kat sekolah nanti.. eh eh japp. nak pangkah mane satu eah? *konpius* lalalala :P apapun, yang terbaik untuk negara, saya akan tetap sokong. *ayatorangataspagar* hewhewhew~ ala, pedulik la. UNDI ADALAH RAHSIA sama jugak macam JODOH. ya dak? hehe.. tetiba plak kenn. 

well, just nak sharing rase dan kegembiraan dengan E-day semalam. my E-day? erkk.. mine? biar betull.. mesti la bukann.. wiiihuu. tapi Engagement day my niece. baru umor 19tahun okey. sudah dipinang orang wa cakap lu.. laku laku.. hihihi.. pepun, semoga hubungan yang dibina akan berkekalan ke hubungan yang sah iaitu ke alam perkahwinan dan seterusnya hingga ke syurga. insyaAllah.. amiin.. :)


so, apa perasaan anda bila anak buah anda bertunang sebelum anda?

erkk.. no komen no komen. *tutupmuka*

tutupmuka la sangat ken. hehe.. kalau tanya perasaan saya macam mane? ofkos la jeles jugak. hei, saya yang patut tunang dulu tahu tak? tapi apa boleh buat.. segalanya Rahsia Allah. pasti ini yang terbaik. yela, manusia merancang, Allah pun merancang. TAPI ingat. perancangan ALLAH adalah yang Terbaik. kena yakin itu. cewaaahh.. ayat pujuk hati gittew. hehe.. *awak.jom.kita.kawen.nak?* #taknak# ok.fineeeee~ T__T

apapun, saya takda la terasa sangat bila anak buah tunang dulu, or kawen dulu. yela, rezeki masing2. lagipun.. saya kann muuudaaa lagii.. belum matang orang cakap. *perasanjap* kikiki.. ingat soal kawen ni hal yg mudah ke? nak kawen kena fikir banyak benda dik oii. #rase macam kakak2 plak# hehe. ya betul. memang banyak benda yang nak kena sedia bila nak kawen. fizikal, mental, emosi. semua kena mantap. kawen ni bukan macam alam bercintacintun. segalanya indahwangi. tak tak. ni semua pun saya cakap dari pengalaman. hei hei.. jangan salah paham. bukan pengalaman perkahwinan saya okey! i'm not single and i'm not taken. but. on reserve gittew. huhu.. *cute.la.sangat.jadi.reserve* tapi kepada pemerhatian yg saya buat dari org2 sekeliling. sebab tu kita kena pandai observe and kaji orang. lepas tu fikir dan cuba ubahsuai utk kegunaan sendiri nanti.

setiap yang gembira pasti akan terselit duka. saya tengok dalam hubungan rumah tangga pun macam tu. kadang2 kita tengok someone tu macam "wahhh.. happy la keluarga dia", "wahh.. suwiit la laki dia" suwit sgt sampai bini kena kencing manis.. hehe..eh eh.. tak la. gurau je.. lebih kurang macam tu la. tapi kita tahu ke disebalik senyuman suami isteri tu ada tangisan ke tak? tak tahu kan? bila kawen, suami or isteri takkan mampu nak berlakon sepanjang masa macam zaman bercinta. itu realiti. saya dah tengok dan perhati sendiri beberapa pasangan suami isteri di depan mata. tapi yang terbaik untuk dijadikan contoh, semestinya Ibu dan Ayah saya yan tercinta. #harap2 mampu jadi isteri, menantu dan ibu macam mak saya# dari yang saya lihat, bila dah kawen ni. HAL KECIK pun boleh jadi Besar. boleh menganggu jiwa raga, boleh rosakkan hubungan komunikasi dan macam2 lagi. moral of the story, sebelum kawen bukan ilmu melayan suami or isteri je yang kena tahu. baaannyaaakk lagi ilmu lain yang nak kena ada. nak2 untuk lelaki. nak memimpin isteri bukan semudah memimpin tangan makwe lintas jalan. No No No.. pimpin tangan isteri, biar sampai syurga. hah gitteww~ baru la suweeett ^_^

so, nak dapatkan ilmu tu banyak cara.

- baca buku
- tanya orang berpengalaman
- buat pemerhatian
- baca kisah2 orang untuk dijadikan teladan
- tanya orang2 tua
- dan banyak lagi. its all up to you. :)

so, this book may help you to yang rase2 nak mula cari ilmu sedikit sebanyak sebagai persiapan. i just LOVE all this books very much. memang sayang sangat2. baca banyak kali pun tak puas. hehe :)


dan sekarang, saya dah mula baca yang bawah ni pula. #gedikmengada# hehe.. tak salah pun kan. takkan tunggu mengandung and ada anak baru nak baca? kalau semmmpaaat boleh la. kalau rase nanti tak sempat. hah. baca sekarang pon boleh. ngeee~ just read it and aplikasi mane2 yang boleh di aplikasikan. okey? Arasso? :)


so. thats all for now. sehingga kita berjumpa lagi dengan isu kupasan yang lebih menarik. insyaAllah. #perghh.rase macam ahli.motibasi plak# kekeke

oh. before tamat. pesanan untuk kamu.

p/s  to my permanent stalker : saya tahu awak masih nak ambik tahu pasal saya. NASIHAT SAYA untuk kali ke seratuslimapuluhjuta : STOP IT. sia2 je pun. takda faedah langsung. nanti boleh buat tambah sakit hati je. baik awak delete segala maklumat tentang saya. dan berhenti carigali pasal hidup saya. tak kira la kat sini or fb or dari kawan2 saya. just stop it. saya kesian kat awak. kesian sangat. tolong eah. jangan jadi macam orang yang rase diri dia tak selamat. nanti boleh meroyan tau tak. tolong jangan jadi sasau sangat. please.. i know you're smart and veri ciddik. have a happy life okey? Thank you~ #peaceNOwar# yo! (^,^)v

ok. jumpa lagi. tata


salam


♥ much more love for you! ♥

19 April 2013

blogwalking bersama jajan

salam

semaaangaaatt diaa nih.. siap bekal chacho's lagi. macam nak layan movie plak kan? hehe. sebab nak blogwalking jauh2, kena la ada bekalan makanan. sama jugak macam nak g bercuti jauh2 naik kereta. wajib la bawak bekal makanan jajan pelbagai rasa. kan? tak giitew? hihi. hobi lama dah stat balik dah ni. hailohh.. konpem la lepas nie mengadap blog pun sampai berejam. tau berejam tu apa? bukan kena rejam eah. tapi berjam jam. *hei.orang dah tahu la.tak payah terang panjang2* ngeng! okey2. so, jom Blogjogging. sebab dah kesuntukkan masa.. kena ready untuk E-day plak. haruslah pilih baju cantik2 kan? *konon2 ada orang nak tengok* kekeke :D


pepun. entry akan datang, mungkin akan lebih menarik. *erkk* tahu tak skrg ni saya dah stat menaip entry guna bahasa yg agak skema dan begitu baku sekali. arghh. kenapa kenapa? nie sume sebab lama tak berblog la ni. dah rase macam menaip esaiment plak. huhu. ohh. saya dah tamat/habis belajar. clap clap for me. tahniaahh.. sebab sekarang dah tak payah pegi kelas. just kena mula praktis untuk masuk kelas plak. entah bila.. pepun, sabar menanti. eeuuwww.. awat entry aku jadi lagu nih? nak muntah baca. menyampah! ok. bai~

p.s : doakan kelancaran majlis, dikuatkan jodoh dan diberkati yang ESA. amiiin~

leave. jumpa lagi. tata

salam sayang,


♥ much more love for you! ♥

18 April 2013

saya boikot kedai nie. pedulik!

salam

hah. entry kali saya nak buat ulasan tentang my new spectacles. eh, jap. bukan pasal spek. tp pasal kedai spek tu yg amat tersohor a.k.a glemer kononnya. ergh. sakit hati. maybe sebab kedai tu baru buka, so macam tingtong sikit la kan. #pujuk hati yang panas# sorry la mr focus point. saya betul2 keciwa sama kamu dan insyaAllah, lepas ni JANGAN harap saya akan jejak kaki kat kedai2 hampa lagi. neber neber. *geleng2kepala*

you know why? hah. cakap omputih plak dah. sebab nya.. service cap ayamgoreng. sorry to say. itu yang paling layak saya bagi. mentang2 la saya ni nampak agak kebudak2kan dan nampak agak ketiadaan duit. terus LAYAN SIPISIPI macam tu je. wah wah wah.. memang seronok dapat layanan macam tu. bukan senang orang nak layan customer mcm tu. yelaaaa.. tempat tu kaaaannn untuk oraaanngg oraaanggg banyak duit jerrr.. *konon* hello! kakak!! oh. silap. adikkk kan? tolong layan baik2 sikit boleh tak? jangan tunjuk sangat muka comel taknak layan orang tu. sebabnye saya rasa berkenan sangat nak bagi makan kasutt.. haiih. kuang ajo kan saya? argh. pedulik. ak bayar la buat spek kat situ and for your information! i ada duittt laaaa.. jangan ingat aku ni sengkek sangat. menyampah tahu tak! grrrrr. mintak nak tengok frame yg lain pun nak tak nak je bagi kan.. yelaaaa.. yang lain tu kan MAHAL... saya mane la mampuu?? kannn?? puii~

tu satu hal. yang lagi satu hal. yang korang buat kerja cincai bancai ni kenapa? ingat saya ni ada banyak masa FREE sangat ke nak ulang alik pegi kedai and hadap muka Adikkk comeeeii tuh? boleh pulak salah pasang cermin. salah power la. salah cek mata la. hamboi hamboi.. korang ingat aku bayar guna duit palsu ke hape hah? buat keje elok2 sikit boleh tak? oh. guna cermin HOYA la sanggattt kan? sampai xda sample langsung cermin tu jenis macam mane? and siap xboleh cakap harga cermin tu berapa. memang hoooootaakk sangat. grrrrr~

and cakap nak call balik bila spek dah siap? sampaai ke sudah tak call. ya ya. kalian ada call.. tapi saya tak angkat la maksudnya kan? wah wah wah.. abis tu. tak boleh ke call lagi sekali hari lain? macam la mahal benor bill untuk call tu. hey. saya ni duk kat Malaysia je tau. bukan Obersea pun! panas betul la.. seyez, banyak giler rase tak puas hati dengan kedai ni.


apapun, selamat datang cermin mata baru. please be nice to me. walaupun saya tak suka kedai yang keluarkan awak. tapi saya akan tetap suka awak. sebab saya yang pilih awak. tapi kan. saya rase kan. cermin ho ho hotaakk.. ehh.. hoya tu.. macam tak berapa best je. entah betul entah tidak la cermin tu hoya kan. #kalau kedai tu yang tipu, pandai2 la tanggung dosa# sekian. terima kasih

p.s : anak buah dah nak bertunang. mak buah bila pulak nie? hohoi~

ok. stop. jumpa lagi. tata.

salam,



♥ much more love for you! ♥

17 April 2013

Fanatik Vuduh

salam

loading... 
loading....
loading....

erk. sampai bila nak loading nie. huhu. sumpah takda idea nak wat entry. ehh, bukan takda tapi waswas nak menaip. sebab banyak sangat fikir, apa yg orang akan kata bila citer tentang itu, apa orang akan cakap, bila citer tentang nie. last2, typing typing.. deeleeteee~ haih. sampai kesudah la takda entry. betul tak? 

kalau jadikan blog nie sebagai tempat meluah.. memang konpem setiap minit akan ada entry baru. #melampau# huhu.. yela, kalau ikutkan rase tak puas hati sebagai manusia nie. haihhh.. jenuh la nak menaip. silap2, pejam mata pun jari bergerak lagi.. errkk. ngeri pulak. wuwuwu.

tapi, memang itu la yang selalu jadi skrg ni. well, sebab saya nie bukan jenis yang jadikan topik2 hangat dan terkini sebagai bahan entry. yela, nak buat ulasan? hahaha. memang taaakk la.. kalau ikutkan nak cerita hal2 semasa sekarang? memang terlampau banyak. tapi bila semua duk buat entry yg sama. isi sama, kupas benda yg sama, kutuk mengutuk orang yg sama. hmm. BOSAN tahu tak? tapi untuk orang2 yang nak jaga ranking, nak maitain visitor. memang patut la buat semua tu. kalau setakat orang2 macam saya ni, better jaga hal sendiri je la..  lebih afhdal orang kata. hehe.

skrg nie kan Malaysia tengah demam PRU 13. oh. saya akan mengundi buat kali pertama tahun nie. waahhh.. so lucky.. so happy.. clap clap for me. #hantukkepala# ergh. lambat pulak menunggu 5 mei 2013 nie. dah penat tengok perang politik kat fb, kat surat khabar, kat ceramah2. stress tahu tak? nak2 bila ada je manusia2 yang share macam2 kat fb tanpa usul periksa, percaya seratuspercent dengan apa yang dilihat. dah TAKSUB sangat kn, terus tekan share. tak cukup dengan tu, letak tajuk yang kaw2 punya kutuk orang tu orang nie. hailooh.. open your mind la. agak2 la nak mengutuk pun. pahala dah banyak sangat agaknya.

politik punya pasal. hal bendera pun jadi isu. bukan setakat kat negeri orang. kat kampung and kat keluarga sendiri pun terkena tempiasnya. #watdehel# memang sumpah sakit hati bila manusia sekeliling dah cop keluarga saya sokong parti sekian2.. puncanya? SEBAB BENDERA!! BENDERA!!! giler. 

giler. memang giler sape yang bawak mulut tuh. #panashatibetul# dah ko pegi pacak bendera sampai ke dalam pagar tu kejadah apa? vangang ke vengom? agak2 la nak tunjuk sokonganpadu pun. jangan la sampai heret kami skali. lantak la korang nak sokong parti mane pun. and ikut suka hati kami la nak sokong mane pun. pacak bendera dalam pagar tanpa mintak izin. so? nak buang and letak bendera tu balik luar pagar pun kena MINTAK IZIN KE? ciskek betul la. memang mangkuk hayun sape yang bawak mulut kata kami cabut bendera. kalau ikut hati. memang aku bako jer sume bendera2 kat luar pagar tu tahu dak? menyemak! kira untung la tu kami tak pergi buang bendera tu. sebab apa? sebab ak hormat lagi pada penyokong2 yang fanatik nak mampuih tu. vuduh! kalau dah sayang sangat kat bendera tu. ambik la wat balut rumah sendiri. tak payah nak pacak2 tepi rumah orang! especially DALAM PAGAR RUMAH AKU! vuduh! memang hangin giler la pasal ni. sebab orang2 kampung dah mula pandang serong kat mak ayah aku. kepada yang bawak mulut longkang tu. TERIMA KASIH BANYAK2!! sila la duduk bertenggek buat ketupat banyak2 kat markas2 tu yer. sila sila.. memang cantik sangat pemandangan kat kampung ni. berlonggok kat markas sampai pukul 1 2 pagi semata2 nak tunjuk sokongan? dan bila mak ayah aku tak pergi. terus kena hentam sokong parti tu, sokong parti ni? wahh.. hampa sumo memang educated sangaaattt!!! saya kagumm.. sila la tunjukkan integriti hampa sumo kat orang kampung ni. nak2 kat belia2 macam saya ni.. makcik2 ingat, duk kampung otak tak berkembang ke?? haduii... sabor je laaa... habis mengundi nanti kita tengok la apa jadi pada bendera tuh.. kita tengokk!! fuhh.. panas panas.. 

dah la.tetiba spoil mood. POLITIK punya pasal la nih. lain yang aku nak cerita. lain yang keluar. haih.

stop. leave. tata

salam pRu. #pengsan#


♥ much more love for you! ♥

16 April 2013

buka kunci private

salam

Alhamdulillah, dah selesai sesi Penilaian Khas di Kuantan 11hb hari tu. dah dapat surat lantikan dg41. just penempatan je belum dapat lagi. huhu. apapun, InsyaAllah, akan ada rezeki tak lama lagi. #neverlosehope# 

berbulan tersadai kat rumah.nikmati cuti yang entah bila akan tamat. tapi takpe la. bila dah start keje nanti. mimpi la kan nk update blog, nak hadap fb all the time, nak layan citer korea sampai pkul 3 pagi, nak bangun tido bila matahari meninggi. memang MIMPI je la nanti. so, macam yang orang ramai cakap and nasihat, NIKMATI je la masa yang ada ni. so, apa lagi. jom kita Enjoy. yeeaahhaa~

adui. seriously memang blurr and sangat tak reti nak update blog macam dulu. dah tak reti nak guna ayat2 sentap or bombastik macam dulu. geraaaammm!! tengok, baru beberapa bulan tak update, terus lupa cara nak wat entry. apatah lagi nak mengajar nanti. homaiya. macam mane la nak mengajar nanti. rase dah beku sangat2 dah idea2 untuk mengajar. hohoi. apapun, InsyaAllah, saya masih mampu jadi cikgu. hehe

Alamak. line dah gelong. stop sampai sini je la. oh. ada berita gembira. saya dah tak private kan blog ni lagi. yeaaaa. tepuk tangan tepuk tangan.. yeaaa.. semua dah boleh baca. stalker pun dah boleh mula intai2 hendap2 balik. tak payah nak add kat fb sangat laa.. tengok je kat sini kalau rindu. wohaa! lagi ramai masuk, lagi bagus.. lagi banyak dapat point. cepat dapat duit.. yeaahaaa.. come come. jangan malu jangan segan. baca je.. aiman tak kisah. tapi cik aien kisahhh. ingat cikit~ lalalala :D

untung blog nie lama dikunci. kalau tak. fuhhh.. memang banyak saje orang kena hentam dalam entry. well, i kan jenis yg suka pongpang2 dalam blog. saje la tempek cerita tak sodap kat sini. nak wat kenangan orang kata.. kikikiki. bila dah stat balik ni. hah jaga2 la. sape cari pasal, konpem nama kena Highligh kat sini. argh. pedulikk apa orang kata. janji tak melampaui batas sampai jadi saham untuk ke Neraka. Nauzubillah~

okey. dah lewat.

masa untuk penganggur terhormat beradu. hewhew. terhormat sangat. kekeke. nanti2 boleh la stat blog walking lagi.. Yeaaaahhhh!! seronokberonok sangaattt. :D

ok2. stop now. leave

tata

see ya! :)



♥ much more love for you! ♥