salam
loading...
loading....
loading....
erk. sampai bila nak loading nie. huhu. sumpah takda idea nak wat entry. ehh, bukan takda tapi waswas nak menaip. sebab banyak sangat fikir, apa yg orang akan kata bila citer tentang itu, apa orang akan cakap, bila citer tentang nie. last2, typing typing.. deeleeteee~ haih. sampai kesudah la takda entry. betul tak?
kalau jadikan blog nie sebagai tempat meluah.. memang konpem setiap minit akan ada entry baru. #melampau# huhu.. yela, kalau ikutkan rase tak puas hati sebagai manusia nie. haihhh.. jenuh la nak menaip. silap2, pejam mata pun jari bergerak lagi.. errkk. ngeri pulak. wuwuwu.
tapi, memang itu la yang selalu jadi skrg ni. well, sebab saya nie bukan jenis yang jadikan topik2 hangat dan terkini sebagai bahan entry. yela, nak buat ulasan? hahaha. memang taaakk la.. kalau ikutkan nak cerita hal2 semasa sekarang? memang terlampau banyak. tapi bila semua duk buat entry yg sama. isi sama, kupas benda yg sama, kutuk mengutuk orang yg sama. hmm. BOSAN tahu tak? tapi untuk orang2 yang nak jaga ranking, nak maitain visitor. memang patut la buat semua tu. kalau setakat orang2 macam saya ni, better jaga hal sendiri je la.. lebih afhdal orang kata. hehe.
skrg nie kan Malaysia tengah demam PRU 13. oh. saya akan mengundi buat kali pertama tahun nie. waahhh.. so lucky.. so happy.. clap clap for me. #hantukkepala# ergh. lambat pulak menunggu 5 mei 2013 nie. dah penat tengok perang politik kat fb, kat surat khabar, kat ceramah2. stress tahu tak? nak2 bila ada je manusia2 yang share macam2 kat fb tanpa usul periksa, percaya seratuspercent dengan apa yang dilihat. dah TAKSUB sangat kn, terus tekan share. tak cukup dengan tu, letak tajuk yang kaw2 punya kutuk orang tu orang nie. hailooh.. open your mind la. agak2 la nak mengutuk pun. pahala dah banyak sangat agaknya.
politik punya pasal. hal bendera pun jadi isu. bukan setakat kat negeri orang. kat kampung and kat keluarga sendiri pun terkena tempiasnya. #watdehel# memang sumpah sakit hati bila manusia sekeliling dah cop keluarga saya sokong parti sekian2.. puncanya? SEBAB BENDERA!! BENDERA!!! giler.
giler. memang giler sape yang bawak mulut tuh. #panashatibetul# dah ko pegi pacak bendera sampai ke dalam pagar tu kejadah apa? vangang ke vengom? agak2 la nak tunjuk sokonganpadu pun. jangan la sampai heret kami skali. lantak la korang nak sokong parti mane pun. and ikut suka hati kami la nak sokong mane pun. pacak bendera dalam pagar tanpa mintak izin. so? nak buang and letak bendera tu balik luar pagar pun kena MINTAK IZIN KE? ciskek betul la. memang mangkuk hayun sape yang bawak mulut kata kami cabut bendera. kalau ikut hati. memang aku bako jer sume bendera2 kat luar pagar tu tahu dak? menyemak! kira untung la tu kami tak pergi buang bendera tu. sebab apa? sebab ak hormat lagi pada penyokong2 yang fanatik nak mampuih tu. vuduh! kalau dah sayang sangat kat bendera tu. ambik la wat balut rumah sendiri. tak payah nak pacak2 tepi rumah orang! especially DALAM PAGAR RUMAH AKU! vuduh! memang hangin giler la pasal ni. sebab orang2 kampung dah mula pandang serong kat mak ayah aku. kepada yang bawak mulut longkang tu. TERIMA KASIH BANYAK2!! sila la duduk bertenggek buat ketupat banyak2 kat markas2 tu yer. sila sila.. memang cantik sangat pemandangan kat kampung ni. berlonggok kat markas sampai pukul 1 2 pagi semata2 nak tunjuk sokongan? dan bila mak ayah aku tak pergi. terus kena hentam sokong parti tu, sokong parti ni? wahh.. hampa sumo memang educated sangaaattt!!! saya kagumm.. sila la tunjukkan integriti hampa sumo kat orang kampung ni. nak2 kat belia2 macam saya ni.. makcik2 ingat, duk kampung otak tak berkembang ke?? haduii... sabor je laaa... habis mengundi nanti kita tengok la apa jadi pada bendera tuh.. kita tengokk!! fuhh.. panas panas..
dah la.tetiba spoil mood. POLITIK punya pasal la nih. lain yang aku nak cerita. lain yang keluar. haih.
stop. leave. tata
salam pRu. #pengsan#

No comments:
Post a Comment