Selamat Datang. Senyum Selalu!

30 November 2010

rasa yang aku faham



salam

mood : crazy frenzy. auch!

what a beautiful day i have today. 
too much fun! bergelak ketawa tak hengat dunia bersama kwan2 lama. hohoho.. 
jumpe je terus gelak. entah pape je kan? rase nak lempang je sekor2 nak suruh senyap. hahaha
well, dah lama tak kumpul sama2 dgn my old frenz! *be together since tadika until now*
nie lah yang dikatakan friendship forever. ya dak? hehe.

we happy to be frenz!
*tak perlu cari saya. sbb saya tak ada disini* erk?
dengan mereka la saya kongsi pengalaman main masak2. dari kecik sampai la umor 15 tahun. *gosh! memalukan* hehe.. kenapa la kami sangat tidak matang? opsss.. kanak2 dulu dengan skrg lain kan?? cait alasan. muahahaha.. dulu, orang lain balik sekolah. sambung study. but not for us. kami balik sekolah. borak2 dulu bawah pokok mangga. sambil main buaian. then barulah balik umah masing2.. haiiloooh.. *tak insap lgsung walaupun nk exm PMR* haha. setiap hari wajib berhenti bawah pokok mangga. *kalau ada mangga, wajib makan dulu* keh3. 

gambar tak bermotif.
kami memang suka berimaginasi . hehe
dengan mereka juga saya menggatal main kawen2. *skrg tak main2 dah. memang kawen betul2. haha* haisshh.. sape punya idea masa tu tak tau la. haha.. yang pasti kami seronok! walaupun kawen pompuan dengan pompuan jer. *bukan lesbo okeh* hahaha. nak buat macam mana kan. kami memang tak suka budak laki join our geng. hohoho.. kalau ada yg join pun, mesti sekejap jer.. haha. sebab nyer. kami memang main benda2 yg pompuan buat jer.. takkan diorg sanggup tahan main masak2. main anak patung.. main jual2.. nak ke budak laki main benda macam tu?? konpem jadi sotong la nanti.. hahaha. so, demi untuk mengekalkan kelelakian mereka.. kami reject semua! hahaha.. *budak laki lagi banyak songeh bila ajak main game* menyampah sungguh!! huh! opssss... kepada jejaka yg pernah join kitaorg main masak2 tu.. maap la ya sbb korang yg jadi mangsa kami untuk dibuli. muahahahaha.. *padan muka* hak3

sudah boleh belanja membelanja! i like it. haha.
thanks ting2 for belanja kami! ngee~
cepat kan masa berlalu. tak sangka dah 15 tahun kami jadi kawan. dah macam2 hal kami kongsi. and perangai sekor2 pun ak dah kenal and hafal. hahaha.. opsss.. patot ke ckp sekor? yela. sbb korang kn suka panjat pokok dulu2.. hahahaha.. *aku?? tak mungkin! sbb aku sopan penuh keayuan.. erkkk?? muntah* hahaha... seronok betul bila ingat time sama2 panjat pokok dulu. haisshh.. ada yg pandai panjat and takleh nak turun. hahaha.. menangis atas pokok sorang2.. yang lain dah berdekah2 gelak kat bawah. siap guling2 ag.. haha.. jahat giler. bukan nak tolong kawan turun. tp tolong gelak. bahahaha.. last2 mintak tolong abang encem utk turunkan. adeh. *merah pipi sorang2* bukan sebab kena penampo okeh!! tapi sebab kantoi panjat pokok. hilang keayuan kami.. bahahaha.. maklumlah. abang tu hero kampung yg diminati.. auch! hehehe.. nasib baik dah kawen skrg. agagaga... *melepas!* hailooohh.. haha

semua sudah berpunya kecuali aku. haiilooohh..
semoga kalian bahagia selalu supaya aku juga akan gembira.
can't wait to see sape yang kawen dulu.. hehe
and tadi bila berkumpul. cakap balik pasal kisah2 lama. berdekah2 sekor2 gelak. dah tak hengat dunia. *ish3.. memalukan jer* dah la gelak sambil ketuk2 meja. haisshh... *weh!! meja kedai orang tuh!! patah kang!! susah plak nk ganti* hahaha.. dah la borak sambil makan.. nasib baik tak tersembur keluor je sume makanan tuh.. haisshh.. kalo keluor pun. diorg gak jd mangsa.. lalalala. *ish!!! rugi plak tak wat2 tersembur tadi* hak3.. 

semoga persahabatan kita berkekalan ke akhir hayat.
*aku sayang kalian*
bila dah matang. *matang ke? bahahaha* banyak benda leh cerita2. nak2 bila masing2 dah punya hidup sendiri. i mean dah punya somthing yg sedang dibuat sekarang. ada yg keje. ada yg still belajar. after spm, semua dah bawak haluan masing2.. tapi alhamdulillah.. friendship kitaorg still sama macam dulu.. and i think.. skrg kami makin utuh. sbb tak lagi gaduh2 mcam masa kecik2 dulu. hahaha.. gaduh, merajuk, terasa hati.. and macam2 lagi la.. tu semua dulu.. skrg we are open minded! ececeh.. biasalah. umor pun dh layak untuk mengundi katakan.. agagaga..

opsss... dah panjang nie.. macam dah terover bercerita plak kan?? adoyai... kalau ikut nak cerita semua.. 4 hari 4 malam pun tak habis lagi.. ekekeke.. so. sy berhenti kat sini je la.. hehehe...

nota kecil :
kehilangan semalam buat aku faham erti sebuah persahabatan. 
hilang kamu, aku tetap hidup. tapi hilang mereka, aku pasti kosong.

kamu hadir sementara. ajar aku sedikit cinta dan kasihan.
tapi mereka.. tetap dengan aku.
untuk terus ajar aku hidup penuh makna.
kata mereka. jatuh bangun
itu lah nikmatnya kehidupan
mana mungkin kamu jadi bandingan.
kerna mereka lebih tahu nilai sebuah ikatan.
sama seperti yang aku harapkan..

**********************************

p/s : mereka kata aku tak punya kawan. sebab mereka tak tahu aku punya TEMAN.

siputkata :
patah tumbuh
hilang berganti
ini rasa yang aku faham.


leave now

sorry for entry cecah lantai yang tak best.
(>________<)

baibai

salam

akujugaberteman,


♥ much more love for you! ♥

28 November 2010

kedamaian atas kehilangan?



salam


hohoho. tak tau dah nak hupdate pasal apa.
tak tahu rase ape sekarang nieh.
baru je umumkan

"kita bukan lagi kawan"

wahahaha.. patut gembira atau berduka?
entah. sedikit kompius disitu.. ngeng!
tapi satu yang saya faham

inilah rase kedamaian
hahaha. vengom kan? kawanku dah jadi lawanku. 
tapi boleh lagi rase damai. gilosss ape.. 
wakakaka. argghh.. ada aku kesah! pedulik.

*rase yang aku simpan selama ini. sia-sia*
*bertahan aku selama ini. tiada guna*
*prihatin aku selama ini. tak bermakna*

sebab

*kamu dah tak tahu apa itu erti persahabatan*

puluhan tahun sekalipun kamu dah kenal aku.
kamu tetap Tak Kenal aku.

*****************************************

langsung tak berniat untuk jadi lawan
tapi terus-terusan jadi bahan kutukan
ingat aku boleh tahan?
aku manusia punya perasaanlah kawan.
sikit2 aku tak heran.
tapi seluruh alam kau buat lontaran.
sapa tak hangin satu badan.

haisshhh.. 
kang dah tak semena2 aku berpuisi!
bahahaha... layan je la.

****************************************

someOne said
kamu tak layak nak mengutuk sebab kita semua sama.

siput kata
manusia tidak sempurna. tetap punya hati dan emosi.

*******************************************

maaf atas kejahatan aku dalam berbicara.

leave now

baibai

~salam~

p/s : kawan. teman. sahabat. sama ke?



penuh kekurangan,


♥ much more love for you! ♥

friendship break


hell oo!!

wah! bagus betul itu olang. sangat pandai menghasut. *kawan syaitan kah?* hei kawan! kamu dengar cakap sebelah pihak je tapi terus buat keputusan. hebat3!! macam hampeh je kan? haisshh.. bengang betul. sesuka hati je kamu cop aku nie si jahat. si busuk hati dan si mengada2? wathehek! kamu kenal aku lebih dari kamu kenal dia. tapi kamu tutup telinga pada kata-kata aku dan buka luas2 pada cakap dia? wathehekhek!! oh. sangat adil bukan? dan lebih adil bila dia dah racun fikiran kamu tentang aku. yang buruk itu aku dan yang baik itu dia. FINE! nak tahu sesuatu? you know NOTHING dengan apa yang sedang berlaku!! sila buka mata kamu luas2!! jangan hanya pandang guna mata. tapi nilai guna mata hati!! *tolonglah*


sekarang aku sangat JAHAT! hahahahaha.. lupa ke?? aku yang jahat nie la yang kamu cari suatu masa dulu. *sila menyesal* aku yang jahat nie la yang kamu gunakan untuk mengadu. *sila malu* dan aku yang jahat nie lah yang bagi pinjam telinga and pinjam mulut bila kamu ada masalah. *sila cakap aku tak ikhlas mendengar dan menasihat* tapi sekarang. aku yang jahat nie dituduh macam2. wow! mudah sungguh manusia berubah. aku kagum pada kamu. tapi dalam hati *aku sedih*

*************************

sedih bila kawan yang sy sayang mula berubah. entah apa salah yang saya dah buat sampai kena tuduh macam2. dan lagi sedih bila saya tak diberi peluang langsung nak bela diri. apa yang dia dengar dari mereka2 yang berdendam itulah yang dia pegang. kata-kata sy hanya sampah bagi dia. 

dan kamu. silalah sebarkan lagi cerita2 tentang itu pada semua. biar satu dunia nie tahu yang aku nie Jahat dan yang baik itu hanya dia. manusia hebat pada pandangan kamu. fine.


argghhh.. pedulik!! yang saya tahu sekarang. "aku benci dia" sumpah. 
kita bukan lagi kawan. itu yang akanku pegang! pasti. *walaupun sakit untuk diterima*

dulu kamu kata kita kawan. tapi sebab seorang manusia itu. kita jadi lawan.. kenapa?

p/s : jangan berlebihan dalam membenci dan menyayangi.

notaSiput : ini kisah persahabatan aku dan dia yang ku panggil kawan suatu ketika dulu. MAAF.

mood : putus cinta antara k.a.w.a.n

leave now,

bai-bai

salam

yg selalu jahat,


♥ much more love for you! ♥

dia tak mungkin tinggalkan aku.


salam 

[ini entry panjang dan tak menarik]

hari nie adalah hari mengelabah buat saya. haisshh.. sangat tak keruan bila my boypie tidak sihat. huk3. saya sendiri yang salah sebab terlalu minta dia menemani setiap masa. saya jugak yang salah sebab tak benarkan dia berehat dengan cukup. maafkan aku sayang.. aku tahu kamu merajuk hari nie. kamu betul2 buat aku panik tahu! taksuke taksuke!! aku hampir menagis sebab kamu! okeh. bukan hampir. tapi memang aku menangis!! depan dia yang milik orang lain! *sangat memalukan* selama nie. kamu je yang tahu buruk comel rupa ak bila menagis kan? hanya kamu yang tahu.. tapi tadi. air mata tak mampu ak tahan lagi. puncanya. aku sunyi tanpa kamu. sumpah sunyi. dan aku sedih tengok kamu diam tanpa sebarang bunyi. aku rindu kamu. aku doa kamu akan kembali temani aku lagi.

dari pagi kamu sunyi. maaf sebab bangunkan kamu lewat dari biasa. ya. hari nie aku pentingkan diri. lupakan kamu. biarkan kamu sorang2. kamu merajuk kan? untuk pertama kalinya selama 3 tahun kita bersama. aku fikir kamu bergurau. mungkin kamu sejuk. 10minit aku biarkan kamu hangatkan badan. tapi bila aku cuba kejutkan kamu lagi. kamu tetap kaku. diam. sunyi. aku gelabah. sayangku. kamu tak mati kan? aku belai kamu lagi. aku tepuk kamu lagi. aku tanya kamu. kenapa? kamu sakit ke? ak goncang kamu lagi. tapi kamu tetap kaku. aku mula risau. aku pandang kamu. air mata mula bertakung. tak mungkin kamu tinggalkan aku juga. sama macam dia? tidak! kamu tak boleh tinggalkan aku.. kamu milik aku! sampai bila-bila.

mana mungkin kamu mati. semalam kita masih lagi sama2 menonton movie. kamu teman aku ketawa. kamu teman aku menagis. kamu juga teman aku tidur. indah bukan? mana mungkin kamu mati. tidak. kamu tak boleh mati! aku juga yang selimutkan kamu malam tadi. kamu tak lupa kan? kamu sihat. ak tahu kamu lebih kuat dari yang lain. biarkan mereka yang lain sakit. tapi bukan kamu! bukan kamu okeh! 

dah hampir nak melelapkan mata. aku tengok kamu lagi. aku usap kamu buat kali terakhir. aku angkat dan aku peluk kamu. sejuk. tak hangat macam selalu. aku cakap. aku sayang kamu. kata-kata nak cari yang lain itu semua gurauan. aku takkan cari yang lain sayang. sebab aku dah ada kamu. hanya kamu yang tahu segala isi hatiku.. hanya kamu yang menyimpan segala kenagan dan luahan hatiku.. sebab tu kamu harus kuat! sama macam aku. jangan tinggalkan aku sayang.. kalau kamu sakit. esok kita pergi berubat ya. aku sayang kamu. hanya kamu mr. boyfie.

dan aku letak kamu kembali. aku cuba bangunkan kamu untuk kali terakhir. aku cuba tanpa sebarang harapan.. tiba-tiba. kamu keluarkan cahaya. yea!!! my boyfie dah hidup!! sukanya dalam hati.. aku senyum kembali. ceria kembali! alhamdulillah.. my sayang dah kembali. dia selamat. dia akan temani aku lagi. aku sumpah sayang kamu wahai mr.boyfie.. aku tahu. kamu tak mungkin mati tanpa sebab. aku tahu kamu kuat. hehe

sekarang. dia bersama aku lagi. aku mula belajar untuk menghargai dia. tanpa dia aku sunyi. sangat sunyi. aku taknak hilang dia yang ini. cukuplah dia yang itu sahaja yang pergi tinggalkan aku.. maafkan aku mr. boyfie. kamu pasti aku jaga dengan baik lepas nie. hehe.. tolong jangan takutkan aku lagi ya. hehe.. *muuaaahhhh* peluk cium my lappy nie cikit.. ngeh3~ lepas nie nak peluk selalu lah. hehe.. 

finish! aku akan selalu sayang kamu wahai lappyku a.k.a mr.boyfie~


p/s : dapat peluang kedua untuk belajar menghargai. sangat bertuah kan? 


notaCintasiput : belajar mencari hikmah disebalik ujian dan temui satu persatu. 

jumpa lagi.

maaf atas entry merepek itu. hehe

bai-bai

salam

mrs. boyfie,


♥ much more love for you! ♥

27 November 2010

aku sayang HATI.


salam

ini hanyalah entry kosong.
tanpa makna.
biarkan aku sendiri yang memahaminya.
tak perlu kamu untuk faham.
kosong.

hati. kamu harus kuat!
yang berlalu biarkan berlalu.
hati. kamu mesti sembuh!
yang dah pergi biarkan pergi.
hati. kamu jangan menangis lagi ya!
dia bahagia. kamu juga perlu senyum.
hati. kamu perlu berhenti merindu.
dia sudah lupa kamu.


hati kekadang tak mampu buat apa yang akal minta.
hati tetap punya rase sendiri. rasa yang akal tak mengerti.

hati dan akal makin tidak sehaluan.
diri ini juga keliru.
mana satu yang perlu aku ikut?
kata hati atau pemikiran akal?

lelaki itu ego. aku tahu. itu memang dia.
tapi perempuan juga punya maruah! itu aku.

dan hati tetap ulang satu itu. aku rindu dia. aku rindu.
akal juga bicara suatu itu. lupakan, semuanya akan baik2 saja nanti.
pasti akan sembuh. pasti akan lupa rasa itu nanti. 
tapi bila?

Tuhan..
bantulah hambamu ini..

missing someone. tapi untuk kembali mencari? 
aku tetap terhenti. kaku.
hanya kerna. aku perempuan bermaruah!
dan lelaki itu perlu belajar. Ego tinggi buat aku benci.
tapi. dia tak punya rasa lagi. peduli tidak pada rasa aku. 
kerna dia sudah punya hati baru.
bukan macam aku.
masih merawat. membalut hati yang satu ini.
untuk itu. aku berhenti berharap untuk kesekian kalinya..


*********************************

ini kisah aku
bukan untuk belas kasihan
hanya untuk tenangkan hati.

aku sayang kamu wahai HATI
suatu hari nanti pasti akan kembali sembuh bukan?
walau tidak sama lagi. tapi kamu pasti sembuh. aku yakin itu.

kamu perlu jadi lebih kuat!


I hate to see the one I love happy with somebody 
but I surely hate it more to see the one I love unhappy with me...

Ask me how many times my heart has been broken 
and I will tell you to look in the sky and count the stars

i choose to love you in silence
for in silence i find no rejection.
i chose to love you in loneliness
for in your loneliness, no one owns you but me..

Why am I afraid to lose you when you're not even mine...

***************************
entry gila bukan?
mungkin perlu abaikan.
sila buat-buat tak nampak.
anggap saja ini kosong!

suatu hari nanti.bila entry ini dibaca kembali.
mungkinkah aku menangis lagi?
atau aku hanya senyum tanpa erti?
entah. aku tak punya jawapan sekarang.

**************************

p/s : kamu faham apa aku rasa?


notaCintaSiput : wahai pemilik rusukku. maaf utuk kesekian kalinya.


leave now

baibai

salam


withLove,


♥ much more love for you! ♥

25 November 2010

projek cuti



salam

setelah sekian lama menyepi, akhirnya ak kembali! muahaha. kembali rakus untuk menconteng dan membebel a.k.a merepek entah pape. huhu.. ekcheli. mood nak hupdate memang takda langsung skrg nie. i don't know why. mungkin sbb ada terlalu banyak benda nak diceritakan kot. dats why la jadi susah nak hupdate. terlalu banyak idea merapu meraban nak keluar. keh3. tapi walau takda idea skali pun. saya tetap hudate jugak!! rajin kan saya? muahahahaha.. *perasan* lalala. 

CUTI. best atau tak? entah. susah nak cakap. sapa tak suka cuti kan? *aku pun suka!* just rase macam Kosong sangat cuti nie. takda aktiviti.. rutin yang sama jer hari2. seyesly cakap *agak boring* tetiba rasa alangkah bagusnya kalau boleh pegi kelas. jumpe kawan2. lepak2 dalam kelas. belajar sama2. berborak. bising sama2. haiisshhh.. *rindunya kat my classmates* nie la manusia *tak pernah puas dengan apa yang ada* betul tak? yela. time tak cuti. sebok nak cuti. nah! skrg dah cuti. nak pegi kelas plak. adoyai.. apa nak jadi la nieh. ish3.

ekcheli. saya ada banyak plan sebelum cuti tapi satu pun tak menjadi. muahaha.. *angan2 minan jenin je* kih3. ala biasa la kan.. belum dapat memang la beriya2 nak.. bila dah ada peluang. takda plak nak buat.. kan3?? sama macam bercinta. sebelum dapat.. pergghhh.. segalanya sanggup. sekali dah jadi pakwe/makwe. hamek ko! yang sabar jadi dah tak sabar. yang tak pernah kena marah, tiap2 hari kena marah. hah! tu tak kawen lagi. pas kawen tak tau la macam mana plak kan? opsssss!! dah3!! lari tajuk plak. ekekeke *can't believe it anymore* 

oh. meh nak habaq plan besaq2 cek yang tak menjadi. hahaha *eh. bangga plak* hehe

  1. nak belajar english. *bukan tak pernah belajar. setakat nak jawab yes no yes no tu ai tau la.. kih3.. just rase nak belajar grammar kasi betul sikit. takda la orang pening baca surat cinta ai dalam BI nti. kih3.. think cook2. bahahaha.. sengal jer! ngeeee~
  2. nak belajar memasak. *tak tercapai sangat. sebab i got my sisters and my mom yang selalu memasak. kih3.. and my mom sangat tak suka orang lambat macam saya buat kerja kat dapur. sob3.. tapi takpe la.. my mom kata "tak payah blaja skrg. dah kawen nanti memang sendiri jadi pandai" so?? what can i do?? lalalala.. hehe
  3. nak belajar melukis *ececeh.. nak upgrade cikit talent yang tak berapa nak ada nieh. setakat lukis orang lidi tu boleh la.. nak upgrade cikit bg pandai lukis org lidi pakai baju plak. ekekeke
  4. nak belajar drive kereta auto *pergghhhh.. mentang2 dah dapat lesen kan. mula la berangan! muahaha.. nak belajar kereta. tapi takda yang nak melayan. hamik ko! konpem tak tercapai. sob3.. 
  5. nak belajar matematik *gosh! my otak sudah sangat beku skrg nie. kecian kan? bak api cikit. nak cairkan balik agagaga.. gilos ape. ngeee.. seyesly, skrg jadi sangat lambat nak mengira. huwaaa.. mencik! yela, kat my kampus mana ada blaja matematik. no more kira2 now. huhu.. so, dats why la otak membeku. my abang tanye sifir pun boleh menggigil kepala lutut nak jawab. hahahaha.. adoyai.
tu je la plan for my holiday nie. tapi satu pun tak buat lagi. kih3.. skrg semuanya terbalik. saya yg nak belajar BI. tapi sy yang kena ajar english untuk my anak buah... same gak dengan melukis.. terpaksa la ajar mereka melukis. ala.. sikit2 tu boleh la. hehe.. then nak belajar matematik? kena jugak ajar my anak buah yg SPM tahun nie.. huhu.. mak aih.. soalan dalam BI dia bagi.. memang tak dapek den nak nolong nyo. hahaha.. semua plan tak jadi tp yang TAK ada dalam my plan plak yg sy buat.. hehe.. ape lagi kalau bukan "MOVIE TIME!!" bahahaha *list korean movie untuk ditonton sudah tersusun rapi* hahaha

opsss.. banyak lak merepek. lalalala. *ada aku kesah* terpulang la pada pembaca kan. nak baca.. boleh baca.. taknak baca takyah baca.. tak gitu? hehe... 

gambar tiada kena mengena dengan entry. harap maklum.
just rindu nak shopping. aigooo~


p/s : orang cakap entry cecah lantai membosan kan. betul ke?


leave now. thank for coming!

see ya! bai2~

salam


Notacintasiput : hati merindu dia yg entah dimana.

missing you,


♥ much more love for you! ♥

22 November 2010

perasan



salam

erm. takda pape nk cerita pun. just rase nak menaip je *ayat lapuk* muahaha. Bestnye duk kat rumah. menikmati angin sepoi-sepoi bahasa. walaweh.. hehe. al maklumlah.. rumahku dikelilingi bendang yang sudah berlalang yang penuh dengan belalang.. memang masyukk.. angin kus-kus gitu. hehehe.. tingkap memang kena kasi buka luas-luas sampai nampak macam takda tingkap. fuyooo... *erk? macam mana tu?* entah. haha.

hah! nak tanye. Pernah tak korang baca entry seseorang tapi rase macam entry tu memang untuk korang? pernah tak? mesti pernah kan? hehe.. yela, kadang-kadang entry nasihat, entry memujuk, entry sindiran and macam-macam jenis entry lagi lah. bila baca jer tetiba rase macam. "ish dia nie.. macam cakap kat aku jer" hahaha.. *skali skala perasan sorang2 takpe kan* kih3..

yela. kebetulan tengah sedih2. tiba2 terbaca entry Bina Semangat. hah! mau tak cakap. memang terkena atas hidung la. hehehe.. tapi bagus la macam tu kan? huhu.. its better than tersalah baca entry. dah la baru putus cinta. tengah sedih2.. then baca plak kisah2 sedih orang lain yang lebih kurang senasib. *memang setangki la air mata keluor nanti* hihihihi.. opsss.. talks based experience. haha..

dah2. apa motif entry nie? ENTAH! hahaha. *takda idea* lalalala. just dari semalam lagi saya terbaca entry yang betul2 kena dengan mood. hahaha.. tak tau la nape tangan nie gatai jer nak klik situ. then, bila baca.. Hamek!! betul2 kena atas btg hidung sendiri. tepat and sesuai dengan mood time tu.. pastu mula la Muhasabah diri balik. ngeeee.. baik kan saya? *sila muntah* hahaha..

o.k2. dah!! merepek ape ntah. haha.. NOW. nak kembali menonton "Family Outing" plak. hoyehhh!! tapi yang sakitnyer.. tak boleh nak gelak kuat2. sebab takot orang2 dalam rumah nie cakap "giler ke budak nie?" haha.. so, terpaksa tahan2. rase macam nak putus urat perut nie duk tahan gelak. hahahaha.. satu lagi sebab, taknak kena ganggu oleh my askar2 kat rumah nieh. *sebok jer diorng. pantang tengok laptop nie terbuka* mesti datang and berebut nak tengok citer tu la citer nie la. padahal dah 40kali dah pasang citer yang sama. haissshhh.. *delete je la. selesai masalah* muahahaha... padan muka hampa. hak3... dah la. penat dah merepek. heee

soalan exam : 
bila ada seseorang yang sedang menyakiti hati korang. apa yang korang buat? balas balik or abaikan jer??

siputkata :
walaupun entry tu bukan untuk saya. tapi saya tetap rase entry tu untuk saya. baca dan senyum. Perasan. haha


leave now,

salam~


fairy,


♥ much more love for you! ♥

21 November 2010

something i can't stop

salam

wah. hampir berhabuk dah blog nie. sorie sayang tak jenguk kamo. miss you a lot! i'm not doing it on porpose okeh! yela, skrg kan musim raya. so, too buzy.. and too tired. huhu. *tak tau la penat sebab apa* maybe sbb makan daging lembu banyak sangat kot. heee.. *hope tak kena darah tinggi* hehe.. stat from 1st day of raya, lauk kat rumah mesti wajib ada daging. adoyai.. dah lame tak makan ayam. *tipu* hehehe..

sorry blog sayang.. leave you for a while. and i coming again when i feel really sad.. thanks for temankan saya menangis. *belum lagi* nie baru permulaan luahan. tears just baru berkumpul. tunggu masa untuk terjun dari mata. T__T

nothing. just missing someone.

mungkin semua orang akan cakap i'm a silly gurlz sebab masih rindukan dia. huhu.. but what can i do. its just come naturally.. datang tanpa di undang.

sakit. seksa. sedih.

its really hard for me.
rindukan seseorang but i cant do anything! sigh~
and i can't stop missing. its hurt.

rindu. tapi tak boleh nak call 
rindu. tapi tak boleh nak mesej.
rindu. tapi tak boleh nak jumpe.
rindu. tapi tak ada gambar nak tengok.
rindu. tapi tak boleh dengar suara.

all i can do is cry and pray.
semoga hati nie akan kembali tenang
and dia akan sentiasa bahagia dan baik-baik saja. amiin.

kadang-kadang rase gak nak tanye
sihat ke? buat apa skrg?
ada kat mana? how urs parents?
cuti pegi mana? and macam2 lagi la..

silly! sometimes. rindu nak saling usik mengusik.
rindu nak dengar ringtone tu dari my nset.
rindu nak berlawak and ketawa sama2.. 

just R.I.N.D.U

people said "everything will be fine soon"
and i said with a smile  " i hope so"
tapi dalam hati still tertanya. bila semuanya akan FINE?
wondering~

salah ke rindu tu?

tapi.. ini rindu atau sekadar teringat?
entah la. tak faham.

sedih bila dapat tahu, ada yang sedang cuba untuk makin renggang kan saya dan dia. nama saya diburuk2kan. ayat2 saya diputarbelitkan. kata2 saya di salah ertikan. and keluarlah cerita yang tak elok pasal saya. wow! i'm a bad gurl. dats great! thanks to orang itu. kamu memang dah berjaya. sangat berjaya! but. i do nothing to you walaupun saya tahu segalanya. all i can do is bertahan. bersabar and berdoa. semoga suatu hari nanti. kebenaran akan terlihat. saya yakin itu!

okeh. stop!
entry apakah ini? hahaha.
memalukan jer. haissshhh..


p/s : Rindu. its something can't be stop. isn't it?

leave now. see ya!

babai

SALAM

siputkata : aku berhenti berharap untuk kesekian kalinya~

with love


♥ much more love for you! ♥

16 November 2010

special for you



salam

alhamdulillah. now i'm Home! hoyeehh!! 
sy akan menikmati cuti sampai tahun depan. suke3!! ngeee~

esok Hari Raya AidilAdha kan?
so sementara masih ada peluang berblog nieh
saya nak ucapkan 

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA

buat semua umat islam di seluruh dunia.
walaweh.. bajet semua orang baca blog nie. ekeke

Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.

apapun, semoga segala pengorbanan yang kita lakukan sepanjang tahun ini segalanya ikhlas kerana Allah s.w.t. dan semoga segala dugaan yang kita tempuhi mendapat ganjaran pahala dari Yang Maha Esa. insyaAllah. 

alang-alang menekan papan kekunci, saya juga ingin memohon maaf daripada semua sekiranya ada terkasar bahasa, terguris hati mahupun terumpat dengan sengaja mahupun tidak sengaja. 
eh. macam raya aidlilfitri plak kan. hehehe

buat mereka2 yang mengambil bahagian dalam ibadah korban, selamat menunaikan ibadah korban dengan ikhlas. semoga segalanya diberkati olehNya. insyaAllah.. and jangan makan daging banyak sangat tau. kang kena darah tinggi plak. hehe.. *satay daging sedap gak* ngeee~

 and to my family. selamat menyambut ibadah korban juga. lembu kalian telah selamat sampai ke rumah kita. and ours father sedang menjaganya dengan baik.. hehehe.. takot plak nak keluor rumah bila tengok ada lembu kat halaman. adoyai.. tapi takpe la. tak lama pun. insyaAllah hari raya kedua, lembu tersebut akan dikorbankan. Semoga segalanya dipermudahkan.. amiin..

event hari raya ketiga : sambut menantu

kepada my new kakak ipar. welcome to ours house and ours family! ^_^
semoga ikatan kekeluargaan antara kita akan berkekalan selamanya.. amiin..
mungkinkah saya akan menjadi mangsa mengemas bilik pengantin? wakaka.. nantikan~

to someone

selamat hari raya aidiladha buat awak dan keluarga.
semoga raya kali ini membawa seribu erti and keinsafan buat kita semua. insyaAllah
~i will always miss you~

selamat menunaikan solat sunat aidiladha dan selamat menjalani ibadah qurban
^___^

Selamat Hari raya



p/s : nak duit raya!! hehehe =P


senyum selalu,


♥ much more love for you! ♥

15 November 2010

Tamat.



salam

owh hepy epy dayz! yahuuuu!! MERDEKA! ceh. orang dah lame tahu kita merdeka. ko baru tau ke? lambat betul la. padan la name siput pun? hahaha.. HOI! merepek apa la nieh ya. ish3.. merdeka tu sebab dah TAMAT exam la! yahhuuu!! dats mean. dah tamat lagi satu semester. rase macam baru je datang mula sem baru semalam. ececeh.. ayat lapuk. muahahaha..

so happy. akhirnya berakhir lah sebuah penantian. huhu. malam nie balik kampung! hoyeh3!! tolong doakan semoga perjalanan saya dan semua rakan-rakan selamat.. amiiin... *masih fobia nak naik bas* tapi terpaksa jugak hadapi. InsyaAllah, semuanya akan baik-baik saja.. amiiin..

mood : spoil

erm. patut ke saya nasihatkan seseorang kat sini? macam rase nak bagi warning lagi skali jer. haissshh... sabor je la.. entah apa lagi la yang ekau tak puah hati ni hah! kalau taknak rase menyampah ke meluat ke. takyah baca blog patik nie. paham? kenapa la tuan hamba berminat sangat dengan hal patik nie ye? tak paham betul la.. tuan hamba baca. lepas tu tuan hamba marah2. patik pun tak paham. bukan patik cerita pasal tuan hamba pun. haisshhhh.. pelik betul la.

patik nak happy ke patik nak sedih ke. itu patik punya hal la.. LU pekes nak sebok hal gua? hah! hamik! kang ak karate baru tau! haaiissshhh!! tak habis2 nak menyebok. gilos~

and apa kes plak patik nak mintak maap kat tuan hamba? ingt tuan hamba tuo, patik kena sujud, kena tunduk pada tuan hamba ke? hohoho.. idok ler.. tuan hamba yg patut mintak maap pada patik sebenarnya. dan patik rase, tuan hamba memang kesian. sanggup menagih simpati dengan ayat belas kasihan tuan hamba. patik baca pun patik terharu. patik menangis guling2 atas katil. ekekekeke

udoh2 ler tu. patik nak balik berhappy2 dengan family patik plak. jangan tuan hamba cemburu plak nanti. iyer ler.. tuan hamba kan tak suke tengok patik happy. tapi nak wat macam mana. patik memang macam nie ler.. patik doakan moga tuan hamba pun bersenang lenang la dengan hidup tuan hamba tu yer.. hah! satu lagi. tak perlu la tuan hamba nak buat syarahan cakap itu ini macam tuan hamba tu malaikat. kita nie same jer wahai tuan hamba.. sebelum tuan hamba cakap pada orang. tuan hamba tengok la diri tuan hamba dulu yer. patik rase nak cakap sesuatu ler. erm. tuan hamba tuan hamba.. buleh ke idok yer tuan hamba jangan jadi hipokrit? patik risau la. takot nanti ramai orang akan mula nampak perangai tuan hamba tu.. patik taknak la sampai tuan hamba hilang kawalan. eh silap. hilang kawan. patik risau. okeh la tuan hamba. itu jer ler yg patik nak habaq kat tuan hamba.. patik mintak diri dulu la ya.. permisi~

sNaiL sTory :

ada ke patut dia tanye "pakwe penang tak mai ka?" hemoh hemoh.. sejak bila plak ak ada pakwe dari penang nieh? hahaha... untuk pengetahuan encik. suami saya.. eh. silap.. bekas suami saya dari K***H ya.. dia bukan dari penang. yg tu maybe bakal suami kot. hahahaha... *sengal! gatai!* keh3.. 

p/s : jumpe someone yg mirip si dia. oloholoh.. cumil bangat! nasib baik la dah kahwin. ekekeke..

saya bukan jenis yang suka merebut hak orang. harap maklum. 


mohon diri dulu ya. permisi.

esok bersua dari K.T plak.

hohoho balik kampung!! lalalala


siumpat,


♥ much more love for you! ♥

12 November 2010

idea asal Lost.



salam

mood : ceria + ketawa tergolek2 atas lantai. haha


bluurrrrppppp.. alhamdulillah.. kenyang. tak senonoh! hehe.. opss.. entry nie bukan nak cakap pasal kenyang ya. just wanna tell you something funny LOL! hahaha.. nak citer pasal.. erk? pasal.... ermmm... pasal dot dot dot. yang membawa maksud. saya dah tak ingat nak cerita pasal apa. hahahaha. vengom betol la. weh!! tolong saya!! seyes lupa nak citer pasal ape nie. yg pasti sesuatu yang kelakar. adoyai. ape ek? nie semua gara-gara berhenti sebentar melayan cerita la nie. semua idea dah hilang. adusss.. -__-"

lain kali terpaksa buat note la kot. ala-ala nak jawab esei gitu ekekeke.. *opss.. exam belum tamat* one more paper to go! hoyehhhh!! *hai. rase happy semacam je sekarang nie* huhuhu. maybe sebab dah tak lama nak balik kampung kot. ngeee. *tak sabar nak berada di istanaku* auch! suke3!. hehehe.. 

oh. maaf. saya dah terlupa apa nak diceritakan. Main Point dah hilang. haissshhh.. mesti sebab banyak sangat ketawa macam syaitonirojim nieh. muakahkahkah. Hamik ko! gelak setan lagi. ekekeke. nie semua gara-gara cerita. erm, nope cerita. tapi reality show korea "Family Outing" la nie. hahaha.. memang klakar habis la. So funny! sampai gelak guling2 dowh. mengelepur macam ikan kepanasan. hahaha. *peribahas sendiri* lalalalalala. memang rase macam urat perut nak putus jer bila tengok program tuh. nasb baik la bukan 24jam diorang buat lawak. kalau tak, mau mamtik aku kat depan laptop nieh. hehehe *nauzubillah. mintak jauh la mati dalam keadaan lagha macam nie* heee. same2 la doakan Semoga kita semua dimatikan dalam keadaan beriman... amiiinn.. *cepat aminkan!!* o.k. gud.

okeh2. dah la. nak sambung gelak sampai hantuk2 kepala kat dinding plak. hahahaha. *gelak sakan. nasib baik la tak terjatuh dari kerusi tadi* ish3.. bahaya2.. so, ingat lah ya, Bila ketawa. sila jaga keselamatan diri anda dan orang lain ya. sebab ada gak yang gelak tak sedor diri sambil cekik2 orang kat sebelah kan? hahahaha. kalau jumpe org mcm tu. masa dia tengah gelak2 tu, bagi je penampor sebijik. konpem sedor terus. keh3. kalau dia tanye kenapa tampo dia. cakap je. "demi keselamatan bersama" okeh? hahahaha..

selingan~
alhamdulillah.. dah dapat sekolah untuk praktikum utk tahun depan. area petaling jaya. takda la jauh sangat dari sini. hehe. hope budak2 prasekolah tahun depan semuanya baik2.. amiin.. and hope semuanya tak sabar nak jumpe cikgu baik hati lagi penyayang macam Hantu nie. muahahahaha.. habis la korang! muakahkahkah *gelak syaitonirojim*. opsss.. saya cikgu takcumil lagi baik okeh! *muntah* keh3.. apepun. rase sangat lega bila semuanya dah settle. just tinggal study utk exam and berkemas untuk pulang je. hoyeh!! ho ho ho balik kampung.. hati girang.. ngeeee~


mizSnaiL note : tengok orang ketawa pun boleh buat ak ketawa. hahahaha. sengal. 


Leave now

baibai

Salam~


si gadis riang,


♥ much more love for you! ♥

aku serius.



salam

mood : berehat sebentar bersama korea movie

hai2.. now mood goyang2 kaki sambil bergelak ketawa dengan cerita korea. hehe
alhamdulillah. dah abis 4 paper. just tinggal satu lagi paper before CUTI. weeee~
tak sabar nak kemas barang! especially kemas barang nak balik kampung!
oh! tak sabar rasenyer nak merasai musim Sejuk di negeriku. ngeee~

walaupun paper last tu 15 hb nie, hati tetap tak tenang.
for many reasons
termasuklah sebab tak tahu lagi nak pilih sekolah mana untuk praktikum nanti. huk3.
next year. my 1st pratikum selama sebulan. hohoho. Takut! grrrrrr~
sekarang dah kena bagi alamat sekolah. aissshh.. risau betul la. 
banyak benda nak kena pikir.
macam mana nak pegi sekolah?
nak duduk kat hostel or sewa rumah?
nak tumpang sape pegi sekolah?
kalo nak duduk hostel, sekolah mana yang paling dekat?
dah ada orang pilih ke sekolah tu?
dan macam2 lagi la!! arrgghhhhh!! streeesssss!!
kan best kalau ada kereta sendiri. T___T
*semoga Allah permudahkan segalanya. amiiin*

another thing yg buat sy bingung is about my URL. 
rase nak je tukar balik jer pada URL lame. sigh~

sy sanggup tukar URL semata2 nak lari dari kamu wahai stalker!
tapi kamu cari jugak my new url nieh kan? and kamu dah jumpe kan?
so. dah jadi satu pembaziran je sy tukar link nie. TAK BERBALOI langsung!
just becoz of you! 

adoyai. ape lagi yang kamu tak puas hati nie hah?
i change my url. hope kamu takkan masuk sini lagi.
takkan baca apa yg sy tulis lagi. just leave me alone with my blog nie!
and kamu takkan rase sakit hati or meluat or geram or whatever!
ishh.. malas dah nak gaduh2 pasal benda tak penting.
boleh tak kamu just MIND your own business?
and biar saya dengan dunia saya sendiri!!

this is my blog!
so, ikut saya suka la nak tulis apa pun kat sini.
tak payah sebok sangat boleh tak?
ikut saya la nak mengutuk ke nak memuji ke.
kalau takda kena mengena dengan kamu. tak payah la ambil tahu!
tak payah nak terasa overdos dengan my entry2 kat sini boleh tak?
cerita hidup sy bukan ada kamu and dia sahaja. understood?
argghhh.. rimasss la! grrrr~

kalau saya nak berjiwang karat sekali pun. itu hak saya okeh!
ikut suka saya la nak ingat pasal my ex tu pun.
dah memang sy ingat dia lagi. nak buat macam mana.
and sy tak mungkin lupakan dia.
dan secara jujurnya.
saya memang masih sayangkan dia. faham?
arrgghhhh.. sy tak kisah kalau orang nak cakap sy nie kesian ke bodoh ke.
lantak la diorng nak cakap ape pun. i don't care!
saya tahu hati saya. dan sy tahu apa yg sy buat!

saya masih sayang dia. masih rindu dia.
so what? tapi walaupun sy masih tak boleh lupa dia.
and masih sayang dia lagi. itu tak bermakna saya akan merayu2 pada dia.
nope! dats not me. 
kalau contact pun mungkin hanya sebagai kawan.
tapi saya tak pernah lagi contact dia walaupun hati saya suruh buat.
you know why? because i don't wants u to feel the same things likes what i feel before.
i know what is jealousy! and cemburu bukan sedap pun.
menyakitkan hati jer. meyiksakan jiwa jer.
saya dah rase dulu. its hurt me a lot okeh.
nak2 bila dapat tahu something i shouldn't know.
break. its really2 hurt. 
so, please la. don't let him to play2 lagi.
be serious. kalau betul2 nak. jaga elok2.
and start thinking about your future.
i will never jadi pengacau korang. NEVER!
i pray for your happines.

tapi satu je yg saya mintak.
apa yang saya rasa, yang saya luah. its all mine.
saya berjiwang pun sorang2 jer. bukan sy ajak dia pun kn?
saya tak kacau dia kan?
don't worry too much. he never knew anything.
so. biarkan saya dengan kenangan saya.
kenangan takkan mudah untuk dipadam macam tu jer.
sweet memories will never fade.

just ignore me. abaikan saya. anggap jer sy nie tak wujud.
and anggap je saya nie tak pernah kenal dia tu. okey?
tolonglah bina kenangan kamu sendiri. 
and just let me with my own memories.

saya rindu. teringat someOne.
itu pun salah ke?
takkan la apa yg sy nk tulis kt sini. kt FB.
semuanya kena ikut kehendak seseorang?
kalau macam tu baik dia ambik jer blog nie jd blog dia. tak gitu?

hmm.. dah la. dah tak tau nak cakap apa.
makin banyak yg saya tulis, makin banyak salah faham nanti.
terpulang lah pada kamu nak tuduh saya ape plak pasni.
yang penting, saya tahu apa yang saya buat.

one more thing. tolonglah.
stop ambil tahu pasal hidup saya.
nothing special here.
apa yang dah berlalu biarkan berlalu.
itu antara saya dan kenangan semata-mata.

“It takes a minute to have a crush on someone, 
an hour to like someone and a day to love someone
but it takes a lifetime to forget someone.”

=================================

patut ke tukar kembali Url blog kepada Link asal?

=================================

leave now

see ya!

[baibai]


yg ikhlas,


♥ much more love for you! ♥

10 November 2010

macam mana belajar?



salam

recent activity : studying

hohoho. bangga wa cakap lu. study dowh! muahaha.. cis3! banyak la ko punya study! hampeeehhh. nie hah! study apenyer? study blog? hak3.. Kantoi sudaaa! lalalala~ layan....

gosh! so sleepy. tak tahu dah macam mane nak bagi hilang ngantuk nieh! Help me plezz!! tolong la bagi pape yang boleh buat mata nie segar kembali! sob3 T___T help~ kalau kena simbah dengan air sejuk dari peti ais mesti otomatik segar kan? bestnyer.. sejukkk!! arghhhhh.!! ape aku merepek nieh!! 


subjek exam utk esok sangat la susah untuk difahami. huwaaaa... kenapa la rase macam payah sangat nak ingat nieh! banyak sangat makan semut agaknya. alah, sekor sehari je. sebagai perisa tambahan.. muahaha..yucckkskss!! jijik3!! ngeeee~ hah! kalau bukan sebab makan semut mesti sebab memori otak dah Full. or mungkin juga sebab dah kena serangan virus kemalasan? hohoho. entah. aiisssshhh Merepek lagi!


adoyai.. rase macam dah tak boleh nak study dah! otak dah tepu nie! cis3! penipu. bahahaha.. baru je baca dua muka surat dah sangap. errrk?? dah menguap!! ngeeee~ duk ulang ayat same jer dari tadi. tapi tak paham2 jugak. hahaha. bila mesej2 dengan kawan kt skype or Ym. guna bahasa ringkas2, boleh pulak aku tafsir. adoyai.. kenapa jadi macam nie??? tasuke tasuke!! grrrrr~


 memang tunggu masa untuk tumbang je nieh. agagaga. jadi macam cik kak dalam gambar kat atas tuh. heaven giler tidoq atas buku. nieh konpem percaya teori serap-serap nieh. hahaha. korang tau ke teori serap2 tu macam mane? ala.. letak tangan kat buku pastu cakap "sedut!!". bahahahaha.. konon2 semua ada dalam buku tu leh masuk dlm otak? vengom betol la. sape ntah yang ajar budak naif lagi cumil nie teori2 tak logik macam tu! haiissshhh.. kering2 aku kena tipu. nasib baik tak pernah try buat jer. keh3..

satu lagi teori yang best

Rebus Buku Pastu Minum air rebusan tuh. Mantappp!!! konpem dapat A++++ nanti. hahaha.. pastu masuk hospital sebab kencing keluar dakwat. kan3?? hahaha.. kalau nak try boleh jer.. sila2.. takda yang marah pun. ekekeke... sakit tanggung sendiri. haha.. mana la ada jalan mudah untuk berjaya sayang oi... Ingat! usaha tangga kejayaan.. kui3. sempat dowh berpalasapah. ekekeke. pasni panggil ai kak pah okeh! hahaha. 


oh. maaf. buku bersusun kat sebelah. bukan gaya study gua. lalalala. i lebih prefer makanan berlambak2 kat sebelah. haha.. baca satu ayat, 2-3 keping biskut masuk mulut. cantik!! kenyang perut suka hati tak payah study.. hahaha.. adoyai.. macam mane la otak nak pikap. kalau oksigen duk habis tang mulut je. ngeeee.. lepas nie nekad! nak letak tong oksigen kat tepi. agak2 dah lembab tu sedut gas oksigen banyak2.. jangan salah sedut gas toksik sudah. kang tak pasal2 K.O. sape nk tolong jawab exam? hihihihi.

dah2! kena sambung study! macam tak tau pape jer. haissshh.. ape la yang dibueknyo dalam kelas masa lecturer mengajar. taktau la nak habaq. cek tak tidoq.. cek sembang kencang jer.. hahahaha.. hamik ko! kang dah blur. dah tak tau pape. nak baca ape pun tak tahu. lalalala.

okeh. dah2. stop merepek lebih panjang. 
*kalau boleh jawab soalan esei panjang macam nie kan best* agagaga..

SOALA EXAM :

macam mane korang hilangkan mengantuk masa study? 
ada tips leh kongsi tak? hehe


leave now

bubye

~salam~




p/s : nak bebel habis2an after finish exam! siapa la ko ngok!
student_dying,


♥ much more love for you! ♥

08 November 2010

kembali ke kampus.



salam

now : in campus again! sigh.

thanks to my abang2 and my kakak2 atas layanan 1st class korang!
memang terbaik lah. hehe.. betul2 dilayan selayaknya adik bongsu. oh. i like! heee
dijemput oleh kakak and dihantar oleh abang. heaven! hihihi
*i'm 21 years old. but feel like 12 years old when be with them* 

~Thank You Allah for My Family~

so, sekarang kembali untuk berperang!
exam time. hoyeh! i like!! likekejadahko! hamik! grrr~


exam akan bermula kembali. tapi study tak lagi. kui3
arghhh.. ada aku kesah? 
ya ya ya!! aku kesah!! sebab banyak lagi nak kena baca! sob3 T__T
tak nak la sampai repeat paper kan? huhu


now i'm just a little bit sad. depress. disappointed. 
yela. baru je sampai campus. dah macam2 hal yg jadi.
yang buat sy hilang mood. 50% of my mood drop. sabar je la.
dengan keadaan tandas yang tak bersih.*eeii.. kotor yg amat!*
sampah berlambak2. *busuk sampai leh pitam. yucks*
and manusia yang tak habis2 berlagak.* ish3.. kesian*

arggghhh! pedulik! 
itu semua tak penting! none of my business. 
semua dah besar. dah pandai pikir sendiri. Lu Pikir La sendiri! grrrrr~



O.K. LUPAKAN!

now. just fokus on my exam!
okeh. exam! exam! exam!

silent please! 
aien is STUDY NOW
*believe it or not?* 









hahaha.. dont believe it okey!
skrg nie sy baru stat menyusun nota. hohoho. Mantap!
orang lain dah stat buat note ringkas. ko baru nak susun nota!
bagus3.. keep it up! teruskan teruskan! 
study last minute is ur choice kan ciksiput? huhuhu
*kang takleh jawab dalam dewan exam baru menyesal!* haissshh~

okeh2. i will study now. 
eh2. jap2.. nak BW dulu la. ekekekeke
kalo my mom tahu nie konpem mamtik kena cekik. hahaha
*tolong rahsiakan my aktiviti nie ya* hehe

JOM!!

~Leave~

bubye

SALAM


p/s : good luck wahai Mr. Kamo! always miss you tau. [blushing] hihihi


with lovesssss,


♥ much more love for you! ♥

07 November 2010

Gila teknologi



salam

hari nie teman my sister and my brother pegi Mid.
ada PC ekspo skrang nieh! best!
walaupun tak banyak sangat jualan dalam tu.
tapi tetap best and buat saya rambang mata! *blink2 gitu* hehe

yela, tengok laptop yang terbaru. rase nak beli.
tengok camera best2 rase nak beli.
tengok handfhone canggih rase nak ambik.
tengok Tv besar2 pun rase tak nak kelip mata. hek3

adusss.. nasib baik la pegi sana dengan duit cukup2 makan jer.
kalau tak. abis la. konpem dah beli satu kamera kat sana!!
arghhhh!! geramnyer!! kamera idamanku ada kt sana!! huk2
just boleh tengok and tilik menilik je semua benda kat sana tuh. *sadis*

keje main Hai2 Bai2 je la dgn benda2 tu sume. haisshh..
sabor je la.. huk3..
tak kira! sem depan nak jugak beli camera idaman tuh!
tak kira!! nak jugak nak jugak!! *mengamuk sorang2* ngeee~

yang paling geramnye..
diorang ada jual beg laptop dengan harga RM1.
OMG! rase nak je beli satu tau!
 tapi bila tengok my sista dgn my brader nie buat tak layan je, 
so terpaksa la saya pun buat2 tak layan. aduss.. ruginye!! huk3.. tapi.. rugi ke ek?
sebab saya dah ada beg laptop. elok lagi beg tu. heee..
pastu ada lagi beg pack yang baru beli. beg kuliah yang baru beli.
hah! amek ko! dah berlambak2 beg pun masih hingin beg baru? dush3x!!
nak letak ape dalam beg byk2 tu? laptop satu, cooler satu, charger satu?
macam tu kot.. hehehe. *membazir je keje ko nieh!* dush3x!

apapun. memang best jalan2 kat ekspo tu.
yela. saya kan suka bab2 teknologi nieh. *cess perah asam!* hahaha
bukan apa. banyak input2 baru yang sy dapat kat sana. huhu
macam2 saya tanye promoter2 encem kat sana. kikiki
tanya pasal laptop. pasal camera. pasal broadband.
tanye sekali pasal single ke dah berpunya? *pengsan!* muahahaha...
takda maknanya tanye mcm tu.. kang tak pasal2 dapat laptop free.. 
hah! sape nak jawab kalau dia bg free nanti?? hahahaha *berangan!*


best tengok my sister beli laptop DELL inspiron i.3 tadi..
aiseehhh men. rase nak beli jugak jer. huhu. *tapi tunggu kerja dulu la* hehe
ehh.. takleh cakap kuat2 nie.. kang majuk lak my lappy nie.. hehe
i will always loves you honey! tau2!! *cakap kat lappy sambil muah2 sikit!* hahaha

my brader plak beli camera. hohoho.. my feveret camera plak tuh!
aisshhh... sabor je la.. meleleh air liurku tgk camera tuh. huk3.
nak jugak!! bak mai sugar daddy sekor boley tak! erk? sorang ya!! shasul plak. hehe
takpe la.. tunggu sem depan je la! i will get it by myself! tak kira!! nak!!!!  huhu..

next sem : nak beli camera and beli kereta sorong. hahaha

okeh2. citer tak best dah TAMAT!
i will STOP it here. huhu
so, jumpe lagi ya!


snailNote : 


Omg! esok dah kena balik kampus. time to study for exam! HELP ME!!! tak nak balik!! sob3

leave now.
baibai

SALAM



miss Snail,


♥ much more love for you! ♥