Selamat Datang. Senyum Selalu!

22 May 2011

tu la. hadap sangat!

salam

haluuuuu!

tahukah anda?

saya sangat penat.
otak dah tenat
mata dah tak larat!

KENAPA?

i'm Studying! wowowowo!

STUDY + DYING

lusa dah nak exam. and satu subjek pun belum khatam! woaahhaa! hebat rasenya
and macam biasa. saya akan cuba buat lagi kerja gila.

STUDY LAST MINUTE!


dan tak perlu cakap apa2. sebab hati dah menggila nak balik!
dah nampak bilik kesayangan
dah nampak pantai
dah nampak muka2 kesayangan
dah nampak suasana petang bersama keluaga!
wowowo!! tak sabar nak balik!!
nak jumpa budak bulat berdua kat bawah nieh! 
isshh.. ciap la diorng.. memang hilang pipi la nti. grrrr~

illya with akif
kami budak bolat! wowowo!
dan dan dan tengah study pun saya sempat masuk buat entry. bagus kan?
kenapa buat entry? sebab aku punya suka la! haisshhh
ingat duk hadap buku 24jam tanpa henti tu otak tak penat ke?
rilex rilex sudaaa. hadap 24jam tapi satu pun tak masuk nak watpe.. 
baik rehat2 otak jap.. layan apa-apa yang patut.. 
jom karok! study mesti enjoy.kan3? wooahaa!

ok. jom kembali ke dunia buku!
teman saya makan kertas nak?

leave now

bubye


p.s : dah lama tak Blogwalking. =(




whatever,


♥ much more love for you! ♥

20 May 2011

putus dengan En.B! jangan tanya lagi.

salam

wowowowo. lamanya tak hupdate. study la konon. muahaha.. ya ya. jangan pertikaikan kerajinan saya untuk study sampai lebam demi exam. lalalala.. ekcheli. skrg dah lepas satu paper. dan berpisah a.k.a putus dengan encik BP a.k.a budaya pembelajaran. *Tajuk entry* so so so. jangan tanya apa2 pasal dia lagi. paham! sape tanye. ak tampo laju2. wohahaha..


and now. ada sedikit masa senggang. *yeke??* masa free untuk manusia tak rajin macam saya nie je. kikikiki.. we got 3 days untuk study untuk 4 papers yang akan datang. yeaaahh! awesome! nanti akan Marathon Exam 4 hari berturut-turut. *eleh.. macam tak biasa* huhu.. and people around me dah stat belek buku. kumpul nota and  so on.. but me?? oh. saya pun kumpul nota okeh!! sebab memang nota tak tersusun dari awal sem lagi. *senyumkambing* and now baru la rase kalut yang amat mencari nota2 yang diperlukan tu.. haissshhh.. *fadamuka* tu la. suka wat kerja last minit. sape suruh! huhu.. sendiri buat. sendiri tanggung. kan3?

dan pasal paper yang dah lepas tuh.. *fuuuhhhh...* memang rase macam... HEBAT je! why? sebab soalan dia.. perghhh... rase nak je renyuk2 kertas soalan tu. masuk mulut. kunyah laju2 then telan! sebab senang sangat kan *mata ke atas. tangan di dada* woaaahaaa!! sentap! memang jawab sambil pegang tong oksigen la. sbb takut pengsan. *ketawa* tapi tu la. benda dah lepas kan. jangan di kenang lagi. ya dak? huhu.. balik exam terus ambik buku and masuk kotak. tak da masa nak check2 balik. huhu.. and memang tak suka pun check2 balik. membazir masa je. kan3?? balik exam terus jumpe en.sombong and cakap. exam senang. *senyum lebar-lebar* dalam hati.. @#$%^^&*@#$%.  *diam* pandang mata dia. and mula senyum lagi. *blushing* woha! bahagia la kalau hari2 main mata macam nieh. ekekeke =D


ok dah3. en.sombong kata good luck baby! sebab konon2 nak study kan? hohoho.. *padahal duk Facebook* je memanjang.. sssshhhh.. diam. jangan cakap apa2.. senyum.. ngeeee.. ok2. jom kita studoo! wooahhaaa! i like.. exam 23hb, 24hb, 25hb and 26hb. yeaazzaa! marathon study jom! *hati dah separuh kat rumah* separuh je bawak masuk dewan exam. jangan tanya kenapa. sebab saje nak bawak separuh je. wahahaha... *tak kelakar* 

jom study study study!!

STUDY HARD OR STUDY SMART?

pilih sendiri.


bai~ adiosss...


p.s to en.syg : mata awk tajam. jangan renung orang mcm tu. tembus jantung. wooaahaa! lariikk =P


leave now..


don't disturb! study in progress, 


♥ much more love for you! ♥

17 May 2011

Ini Kisah tut tut tuuutttt

salam

annyeonghaseoyo yorobun!

alamak. macam mana nieh *taip laju2* ish.. sempat tak nie. ala. sempat la sempat la.. *taip laju lagi* erk. sebenarnya.. nak jugak. eh bukan nak jugak. tapi mesti. MESTI buat entry dengan tarikh 16 mei 2011. wei? why? oh. sebab nie tarikh keramat nie. untung manyak meyhh.. manyak ong la. *ish. dah jangan merepek!* kenapa nak buat entry 16 mei? sebab kan sebab kan.. hari nie kan.. saya kan.. erm.. eh. hari nie hari apa?? hah hari nie hari isnin kan?? esok selasa kan?? *lempang laju2 gak budak nieh* hiassshhhh.. Ok2.. nak buat entry nie sebab sebab.. hari nie hari saya dan mereka! tahu tak hari apa?? HARI GURU la sayang.. *sape tak tahu meh sini! nak luku pala hampa sampai lebam* =D

so, sebelum terlambat dan terlewat. *kejar masa nie. jangan lariikkk.. tunggu!!* errr? abaikan.. sebelum tiba detik 12.00 a.m. sebelum bertukar tarikh menjadi 17 mei. saya nak wish laju dan kencang. *rase macam tak sempat je* apapun nak jugak wish :


  "SELAMAT HARI GURU!!!"  

  • buat semua guru yang pernah mengajar saya dari kecil lagi *babycutemute* iaitu mak ayah saya sendiri. adik beradik saya dan kaum kerabat saya sekalian. yang pernah ajar saya untuk bertatih. ajar saya untuk makan. ajar saya menunggang basikal sampai lebam seluruh badan. ajar saya bercakap dan yang penting sekali ajar saya untuk berkasih sayang. terima kasih semua! and selamat hari guru khas buat my kakak2 and abang yang bergelar cikgu *kak Lela, kak Dah, kak Nurul, kak Nor, kak Lina & abang whey* semoga terus sukses dunia akhirat.. amiin... sayang korang padat2 tau Muaaahhxxx!
  • terima kasih jugak buat cikgu tadika kemas saya *walaupun dia tak baca* yang tak jemu2 ajar saya kenal abjad. kenal nombor. kenal warna, bentuk, haiwan dan makhluk seumpamanya. terima kasih sangat2 sebab selalu bagi saya main bear2 kat dapur. hehe.. jasamu dikenang selagi hayat dikandung badan. insyaAllah.. setiap kali jumpa cikgu tadika saya tu, mesti saya malu. tak tahu kenapa.. maybe ada sebab2 tertentu yang saya dan dia je yang tahu. kan3?? sayang cikgu ketat2. muah!
  • terima kasih jugak buat cikgu2 sekolah rendah SKBT dan sekolah menengah SMKBT saya yang tak letih tak lelah ajar budak yang agak lembab nieh untuk terus berjaya dalam hidup. hehe. yang paling special thanks to cikgu bahasa inggeris saya masa darjah 4 Puan Noraini yang buat saya seronok belajar english and minat BI sampai sekarang and berjaya dapat keputusan yang agak baik dalam english test. hehe.. thanks teacher! thanks jugak untuk cikgu matematik saya Puan Akmal yg sangat garang dan tegas dan comel dan The best!! masa form 4 and 5 hinggakan saya dapat result yang best jugak untuk my SPM walaupun dari sek rendah tak pernah nak lulus. hihihi.. hasil usaha beliau. saya berjaya. Terima kasih cikgu! terima kasih sangat3! Sayang cikgu padat3! muaaahhx!
  • *penatnya maraton menaip. rehat sat*
  • ok. last but not least. thanks to all my lecturer di IPG KBM yang sentiasa bersedia mencurahkan ilmu kepada saya dan rakan2 bak susu mencurah-curah ke ladang gandum dan jadilah cococrunch! nyum3.. sedaaapppnyerr.. *haip! merepek lagik!* ok2 sambung. terima kasih buat lecturer2 yang sentiasa beri tunjuk ajar kpd saya untuk menjadi cikgu dan bukannya jadi budak2 di sekolah nanti. heee *pandai mereka buat lawak* macam tau tau je saya nak pegi sekolah main2 dgn kanak2 riang ria hari raya. hahahampehh.. apapun. ikhlas dari lubuk hatiku yang terdalam. saya nak ucap Terima Kasih Guru! sayang anda semua ketat dan padat serta mampat! Muaaahhxx!!
  • and yang betul2 punya last. Selamat Hari Guru buat diriku sendiri yang bakal menjadi cikgu secara SAH pada tahun 2013 nanti. insyaAllah.. semoga segala yang dilakukan sepanjang bergelar pendidik mendapat keredhaan Allah s.w.t.. amiiin.. *ada sape2 yg nak wish? sila sila. saya tak makan orang saya makan hati je* ha ha ha. tak kelakar pun =D


dan akhirnya entry nie bertarikh 17 mei 2011 *genang*

tak nak cakap banyak. penat taip laju2. *genang lagi*

oh. 16 mei tetap diraikan bersama. thanks dear. *senyum sikit*

tapi bila ingat exam. argh. taksuka taksuka *geleng2 kepala*

walaupun E.X.A.M 

tetap kena release tension dulu. kan?

hentian putra to the mall to the midvel
rase macam nak je naik kapal lanun tu. sebab? saje.
Tsunami membawa kapal ke dalam megamall
-___-"

*tolong sedar! khamis exam. jom study!



pandang lappy. hujung bawah belah kanan.

 tengok tarikh. 17 mei 2011. 1.09 a.m

terkilan. bye. 

salam




p.s : mula rindu suara dia. lullaby me. u are my cotton candy. Mr.D~


future bini en future,


♥ much more love for you! ♥

15 May 2011

lepas satu. satu. eh? dua la!

salam

happy Sunday yorobun! *everyone* 

korang tak keluar ke hari nie? cuaca elok je nie. *my area* macam best je keluor ronda2 kan?? arrgghh.. nk outing! nk outing!! *tapi takda teman!* alala.. cedihnye dia.. ciannye.. tu la.. suruh cari pakwe tak mau.. ada org nak tak mau! kang dah susah.. jual mahal sangat. fadamuka! huh~ helo! tak mati aih takdak pakwe. huhu.

bukan taknak keluar. tapi takut. yela skrg kan duk kecoh pasal penyimbah asid tuh. nak2 area KL nie.. tu yang maktakut nak keluar tuh.. kalau dulu selamba dek je gedek2 out sorang2. tahan teksi. masuk. sampai. bayar. turun. ronda2. tahan teksi lagi. balik. rehat. dah. tenang hidup.. huhu.. tapi skrg?? hmmm.. tak SELAMAT! especially untuk anak2 dara cun macam saya nie.. kah3.. *muntah* tapi anak teruna pun tak selamat gak kuor sorang. kan3? manusia skrg ramai yang jadi setanbertopengkanmanusia.. apa nak jadi laa. *sedih*

yang penyimbah asid tu kan.. aissshh.. pelik betul la.. yang duk kalut nak menyimbah segala bagai tu pehal ek? duk benci sangat kat pompuan pehal?? kesian kat orang2 yang dah kena tu.. dia memang macam @$%^% isshh... rase macam nak je simbah balik asid kat dia satu badan. B***H! *opss.terover emo plak* biar dia rase.. geram betul. tengok la kesannya.. aku takut nak keluor tau tak!! duk main area bangsar plak dah.. haisshh.. sabor je la.. moga2 polis cepat la tangkap dia tuh.. *nak kembali outing dengan senang hati* please abam2 polis.. tangkap dia cepat2 tau!! ngeeee~


dah la takut nak keluar.. cafe plak tutup. *lapornakmamtiknieh* jiran2 plak ramai balik.. pastu tambah lagi sikit beban kena fikir pasal sekolah untuk praktikum sem depan. huwaaaa... susahnye nak pilih sekolah!!! kenapa la encik unit praktikum bagi kami sekolah jauh2 nieh.. saya taknak duk luar! taknak! taknak!! nak duk kat hostel jugak! nak sekolah area PJ je! area KL nie je!! tak mau la sampai ke Banting sana tuh.. tolong la encik.. tolong la.. *merayu dalam hati* kalau sekolah jauh2.. alamaknye kena keluor awal la encik.. kena bangun awal.. hadap jem lagi.. hadoiii... sabor je la.. *penampo gak budak nieh kang* asyik merungut je keje ko kan?? issshh... cuba la ikhlaskan hati tu sikit.. ngeee~

bukan tak ikhlas. seronok plus excited lagi nak praktikum fasa 2 tau!! *dengar boleh. percaya jangan* just.. cuma.. tak suka la jem2 roti atas jalan nie.. tapi apa boleh buat.. dats normal la kan? kena la biasakan diri dengan jem2 nie.. nanti dah start kerja pun akan hadap benda nie jugak.. woha! tak lama dah nak kerja.. just tinggal lagi setahun setengah... fuuhh.. cepatlah berlalu... rase macam dah tak sanggup je nak berpraktikum nieh. berat sangat beban. and yang pastinya.. saya akan call my mom again and cakap. Taknak jadi cikgu la macam nie. susah! bukan mengajar yang susah. saya suka mengajar budak2. *i love teaching. ececeh.* tapi tekanan nak kena buat BBM tu yang payah.. nak tahan tekanan kena pulun buat RPH lagi RPS lagi.. *sampai tak tidur* pastu tahan hati bila kena kritik dengan lecturer. semua tu buat saya stress. *sangat3 stress* hanya cikgu2 je yang faham apa yang makcik nieh duk bebel kat sini.. ngeeee~


ok. dah2. abaikan jap pasal sekolah. now fokus pada exam plak. exam kali nie memang kena pulun lebih. WHY? sebab markah untuk kerja kursus memang hancuss kot. *lecturer sayang nak bagi markah lebih* huwaaaa.. sampai hati puan2. penat kami buat assignment tu.. kena wat 2-3 kali lagi.. tapi still dapat markah rendah?? sedih3.. tapi apa boleh buat.. *kami yang menurut perintah* sob3.. apapun.. saya tak salahkan my lecturer. maybe mereka nak mengajar kami jadi lebih rajin.. lebih banyak membaca.. eh eh.. saya banyak membaca apa... *baca novel, baca blog, baca status kat fb* hah! kira membaca la tu kan3?? *ok. pandang tempat lain* kikikiki =D

apapun.. tolong doakan saya rajin untuk Study ya.. doakan apa yang saya baca senang nak ingat.. apa yang saya belajar boleh membantu dalam exam.. dan doakan semoga semua kesalahan saya pada semua orang telah dimaafkan.. pendek kata.. tolong doakan yang terbaik untuk saya dan semua... orait? ok. Thanks. sayang korang padat2. muaaaahhhxx!

kk.. dats all bebelan hari ini.. moga boleh membebel lagi di lain waktu.. kikikiki ^_^




*habis taip entry. terus hujan petir kilat. nampak sangat tak bagi keluar kan?* hee



so, leave now.. tata



ygcintakamu,


♥ much more love for you! ♥

14 May 2011

Tuhan. jangan uji hatiku lagi. aku mohon

salam

dah tak lama nak start exam. dah mula rindu rumah. dah mula rase stress. dah mula fikir bila nak kemas barang. bila nak beli tiket? bila nak balik? nak join hari belia or tak? *sigh* okey. ini semua intro luahan perasaan. benci. geram. sakit hati. semua ada. bercampo-campo. *genang*

i don't know what to do...

apa yang patut saya cakap. macam nak cakap bagi dia faham yang cinta tak boleh dipaksa!

Warning : Hati belum stabil. kata-kata tak dapat ditapis. harap maaf~

untuk awak wahai encik!

aku betul2 tak sangka yang ko berani sampai macam tu! dah lama senyap.. call je terus merepek entah pape.. hei. aku tak paksa ko tunggu aku pun kan! aku tak pernah janji apa2 dengan ko! and now you said nak tunggu aku? and takkan kawen kalau bukan dengan aku? hei! come on la.. berjuta lagi pompuan kat luar sana tu okeh! STOP waiting for me la. *bikin aku stress la ngok!* dan aku paling tak suka bila ko cakap ko masih ada peluang selagi aku tak kawen?? hei!! are you crazy?? tolonglah. hati aku bukan untuk ko. never!! *hopefully.. amiin* and tak perlu nak ungkit balik yang ko dah tunggu aku untuk 4 tahun tuh. just wasting your time!! ko ingat ko cakap macam tu.. aku kesian and akan terima ko macam tu jer? hei. jangan jadi bodoh boleh tak? aku TAK pernah suruh ko tunggu aku kan? and now ko nak aku bertanggungjawab dengan masa yang ko dah habiskan dengan menunggu tu?? hei tolong sikit!! aku tak suruh pun kan?? issshh... aku paling tak suka orang macam ko nieh tahu tak!!! grrrrr~ geramnye!!!!

oh. so ko tak percaya yang aku bertunang? ok. fine. memang aku tipu pun.. tapi tak perlu la sampai cakap. "alah.. baru bertunang. belum lagi kawen. so, masih ada peluang selagi tak kawen" what the... issshh. aku tak pernah jumpa lelaki macam ko nie. and lelaki jenis macam ko nie la yang aku tak suka. tahu tak!!! nak ugut2 plak.. and ko kata aku dah berubah kan? berubah banyak sangat kan? dah tak macam dulu kan? dah lain sangat kan? yess!! aku dah berubah. so what? tak suka? ok. fine. just go find pompuan lain yang lagi baik. sebab aku tak pernah paksa or suruh ko tunggu aku kan? aku cakap dah tak macam dulu?? hei.. ikut suka hati aku la nak cakap macam mana pun.. pastu nak majuk2 plak ngn aku.. salah orang la bro.. aku tak main la pujuk2 orang yang bukan2 nie.. eeeeiiii geramnye!!! aku lagi suka kalau ko kawen cepat2. moga hari nie jugak ko jumpe jodoh ko. esok ko kawen.. amiinn.. tenang hidup aku..

and ko tahu tak aku paling tak suka bila ko panggil aku *B.P* ko!! heeii.. tolong lah. jangan jadi budak2 lagi boleh tak?? geli aku.. yucksss... ko simpan je la panggilan tu untuk orang lain nanti yep. and lagi satu.. aku tak suka bila ko duk ungkit pasal JANJI. hei hei. sejak bila plak aku janji dgn ko nie?? bila aku tanye.. aku ada janji nak kawen dengan ko ke?? ko kata takda.. dah tu janji apa plak?? janji nak jadi awek ko ke?? heeii.. tolonglah.. aku tak pernah buat janji bodoh2 macam tu okeh.. and kalau aku dh janji macma tu dgn ko.. mesti aku dah tak terima or kapel dengan exbf aku tuh okeh! nie mesti kes syok sendiri la nieh.. haissshh.. sabor je la... bila aku tanye taknak cakap plak janji apa.. alasannya aku buka *B.P* ko.. bp ko takkan cakap dengan ko macam aku cakap?? OK fine. so, tak perlu la nak cakap dengan aku tentang janji.. bila tanya taknak jawab.. macam !#$%^&!!! OK! ko simpan la janji ko tu sorang2.. sebab BP ko tu dah mati tahu tak!!! dia dah mati 4 tahun lepas lagi.. ko je yang tak tahu!! and lepas nie tak perlu lagi cari aku and kata nak cakap dgn BP ko tu ya.. sbb aku bukan BP ko! PAHAM!! grrrrrrrrr~ muak. mual! nak muntah!! eeeiii.. lantak ko la nak tunggu sampai aku kawen pun.. tunggu la.. nanti aku bawak laki aku p jalan2 umah ko keh.. masa tu jangan nak bunuh diri depan aku plak okeh. sekian. BYE~

yang mamat satu lagi nie pun satu hal. tak payah nak ajak aku balik skali ke apa. tak perlu okeh! driver aku banyak.. just kena beli tiket je.. ala. tak susah pun nak beli tiket tu. huh! and meh nak habaq sikit.. aku jual mahal ke jual murah ke.. ikut suka hati aku la! ko sebok kenapa?? hei.. ko ingat aku pompuan yang suka duk gedik2 ngn laki ke hah?? tolonglah.. thats not me okeh! dah.. p balik sorang2.. takyah nak ulang2 cakap akan anta depan rumah ke hape ke.. tak payah!! aku lebih rela pakcik teksi je yang anta aku. Faham! and nak cakap aku sombong?? silakan.. aku tak heran langsung... ko tahu kenapa aku taknak ikut ko?? sebab ko tu gatai!! ok. dah. malas bebel panjang2..

and sorang lagi. main sindir2 plak skrg yep. ok. teruskan.. teruskan. teruskan... mungkin aku yang salah faham. so, aku mintak maaf.. and harap2 lepas nie aku tak rase segan dengan ko lagi.. huhu.. and sindiran tu kadang2 ada benarnya.. so, aku tak marah sangat la.. huhu.. cuma.. aku nak mintak maaf sebab tunjuk sangat yang takleh nak terima ko.. heee.. sori..


*******************************************

fuh. hilang sikit beban kat hati nie
walaupun luah yang entah pape kat sini and takda yang baca
it's okay. sebab nie memang my diary pun. hee

cuma sekarang
i pray to ALLAH
semoga hati takkan dilukai lagi
takkan dihuni oleh lelaki yang bukan untukku
dan biarlah secebis cinta yang masih ada ini 
akakku hulurkan kepada imamku nanti
hanya untuk suamiku di dunia dan juga akhirat..
~InsyaAllah~

kepada My. Mr. Future
where ever you are.
just remember.. i will always love you 

ya Allah ya Tuhanku
jauhkan aku daripada cinta-cinta yang tidak halal untukku.
peganglah hatiku. bimbinglah diriku. dan rahmatilah hidupku

jauhkan aku dari cinta2 lelaki yang bukan untukku

Amiin Ya Rabbal Al-amin

************************************************

pengalaman lepas banyak mengajar aku apa itu Cinta
Thank You Allah For the past, present and future 


p.s : biarkan hati ini terus begini sehingga masanya tiba.


p.s to mom : let's me think 'tentang itu' next year~


ok. leave now



salam



En.Future punya wife,


♥ much more love for you! ♥

11 May 2011

dia bukan tajuk utama. membazir jer.

salam

hye hye hye!

how are you? semoga sihat dan ceria2 selalu yep! auummm.. *eh. tetiba* kikiki. hmm. nak citer pasal pe plak utk entry kali nie yep? ce teka ce teka.. sebenarnya kan. while i'm typing this entry.. hati sangat tak tenteram. why? just because of a stupid girl! *oh.kasar bunyinya* siapa? biarlah rahsia. huhu.. why i said stupid girl? because dah umo puluh2 pun still tak matang and act like.. pheeewww.. *geleng2 kepala* toksah duk cakap la.. kalau korang tengok pun korang boleh gelak. just pity her. dats all i can say. huhu..

ok. Stop it. biarlah dia dengan bayang-bayangnya sendiri. buang masa melayan kanak-kanak tua. betul tak?? huhuhu.. tapi tu la. kalau difikir2kan.. dibanding2kan.. my anak buah yang umor 9 tahun tu pun lebih matang dari dia kot.. hailoohh.. manusia manusia.. macam2 jenis.. dats why i think this world is so Amazing! setiap manusia tak sama. macam-macam ragam. But as long as u know how to handle your self. behave yourself. and so on. insyaAllah. you will stat to appreciate all people around you. setuju tak? heee. *merepekjekejemakciknieh* 

Oh. ekcheli. i got a nice story to tells. about someone.. tapi.. bila difikir2 balik.. macam tak patut je citer kat sini. huhu.. so, takyah la citer. kan3?? better i tells about my aktiviti kt my kampus baru2 nie jerr.. tak usik orang. tol tak? heee.. hah! ada Malek Noor taw!! *tak heran pun* adeh! its about larian guru and pelancaran 1 murid 1 sukan. *pergghh.. cakap macam cikgu je kan* kikiki.. tapi tapi.. betul ke cikgu akan jadi saya nie?? erkk.. apa ayat nie. *abaikan* huhu

en. Malek Noor. icon sukan negara
Thanks for coming..
al kisahnya. beliau sanggup datang naik teksi  tau
sebab keretanya habis minyak. hehe.. sweet kan? 
larian guru tu kami2 yang semester 5 nie bergabung tenaga. tapi tak semua la. just 5 kelas je yang handle this program. kelas G sampai L.. semua cikgu2 preschool and pendidikan khas and yang lagi 5 kelas. A sampai F cikgu2 pemulihan and cikgu bm plak kena masuk jadi peserta.. kikiki.. tapi best apa.. hadiah power beb. gilerr ar sape yg bg sponsor tuh. metacih la yep2. hee.. and kepada nestle jugak. metacih. cedap2 makan bijirin.. hehehe..

Takyah cakap banyak! jom layan gambar tak seberapa nieh! hehe

Aerobics times! yeaazzaaa!
seronok tengok lecturer pun ramai yang join.
thanks encik2 and puan2
kategori A bersedia untuk berlari.
eh2.. mamat tu.. ada jugak dia. hailoohh..
kategori B ready to go!! go go go! aja!
abang2 polis. jaga mereka baik2 tau! ngeee~
this is my port. waiting. waiting and waiting..
clap clap clap
cuci mata tengok ehem ehem.. auumm... hee
sape tak nak lari. boleh main games tahan panas nieh. kikiki
bola jaring. Oh. paling saya tak tahu main! agagaga
i Love hokey more. yuhuu~
everyone selamat sampai.. good job guys!
Thanks for coming.. 
cheers leading.
eh2. dia.. menari. comel~ ngeee
ekcheli program nie masa hari sabtu hari tu lagi.. 7 hb mei 2011. *citer basi* my part is making number. perrghh.. terpaksa pulun main ngn cat pelaka. memang macam.. haisssshh... sabor jela.. tapi best gak. its all pengalaman.. and rase sedikit bangga bila tengok peserta2 pakai nombor yang we all makes. weeee.. suker3! and on the day hari hari larian tu.. i change my job.. wah2.. letak jawatan katakan. kikiki.. tukar jadi Ajk penamat plak.. so, i know la sape yg 1st and second and third and last. haha.. *ramai plak yang nk pitam* huhu.. PBSM leh plak tengok saje?? hailohh.. kena marah baru nak gerak?? tu pun membebel lebih dari orang berlari.. apa daaa.. opssss.. teettt.. abaikan abaikan.. hehehe

AJK PERTANDINGAN & AJK PENAMAT
*merayau-rayau. snap2 pic. cuci2 mata. hoh. penat* hee
bdw. next week dah nak stat EXAM. *for IPG* budak U maybe dah abis exam kot... kan? dah stat cuti pun ley jadi gak.. tul tak?? huhu.. so, kepada semua guru pelatih.. Selamat Menghadapi Peperiksaan. dan dan dan.. tolonglah meniru dalam exam nti yep. hahahaha.. okey2. tolong jangan jangan jangan study hard sangat okeh!! kikikiki.. apa punya nasihat daaa.. apapun. All the best guys! yang dah mula study week tu.. jangan excited sangat okeh! sbb saya punya jadual masih full sampai hari jumaat. hebat kan?? *jeles* 

rabu --> ke sekolah untuk amali Kanak-kanak prasekolah berkeperluan khas
khamis --> masak-masak di Prasekolah Bintang IPG KBM
Jumaat -->  ke sekolah untuk amali Kanak-kanak prasekolah berkeperluan khas

itulah yang selalu terjadi bila dekat2 nak exam. kat IPG tak payah berangan sangat la nk dapat study week ye.. takda maknanya.. huhu.. dah la stat exam 19hb.. huhu.. then break jap.. then 23 sampai 26 NON stop exam. memang marathon study la nti.. huhu.. tak tau la nak jawab apa.. Moga2 soalan bukan yang powermower sangat.. amiiin... hehehe. ok. doakan yep! *selagi tak exam selagi tu akan ada post pasal exam* kikikiki.. ok2. dah!

hmm.. apa lagi nak citer eh.. dah la. tu jer kot.. *nak pegi usha blogshop plak* yeaaahhaaa!! jom2.. ala.. usha cuci mata jer.. takda money pun nak order2.. lalalala.. sabau jer la.. meleleh ayaq liuq tgk baju2 tuh.. hailohh.. sabau je la.. takpe2.. nanti dah kerja.. hah! jaga la korang!! sume ai order tau!! *berlagak* keh3.. Hoi! save untuk kawen la!! erkk?? kawen? *pitam* ok.bai~

i ♥ our baby ♥ you
LoVe YoU SaYang.
always and forever.
promise!

leave now

tata


p.s : sape nak pagi hari Belia kat putrajaya nanti?? jom meriahkan hari belia!! ada super junior tau! heee



bubye~


salam


hati yang kekal dimiliki,


♥ much more love for you! ♥

10 May 2011

Outing With Myself

salam

halluu.. hye olls. apa khabar? moga sihat2 selalu and ceria2 selalu yep! nak tanye nak tanye!! pernah tak korang rase macam.. macam... macam nak pegi berendam dalam lumpur? eh. silap2. berendam dalam aiss pada pukul 2 pagi?? ngeee.. ingat kawan badak ke hape nak berendam dalam lumpur? hehehe.. know why rasa nk berendam dlm ais?? sebab panas la cayang oi.. takda lagi orang sejuk2 nak p mandi ais plak. kan3? betul tak. heee.. itu la yg saya alami skrg. adoyai. tak tau nape rase macam duk dalam ketuhar je. *macam pernah duk je gayanye* lalalala.. nope la. just skrg nie cuaca tak menentu kan.. so now rase bahang yang amat sgt nieh. sabo je la ya. *kipas ada macam takda* huhuhu..

ok. dah abis intro.. hehe. intro saya pendek je kan? kan3?? hahaha.. now back to topik. merayau sorang pun best jugak. itu statment saya untuk hari nie. sape setuju sila angkat jari kelingking kaki anda!! cepat!! hehehe.. ok2. dah2.. takyah seksa diri. takda hadiah nk bagi. keh3..

alone in mall. thats what i've done today and i like it SO MUCH! hehe. walaupun rasa agak janggal tapi ai suke3!! rase bebas sangat. layankan kaki ke mana nak melangkah. just follow the step. heee.. but what i like most today is. Parking di MPH.. *macam kereta plak aku nie. kui3* yup! berehat2 di MPH sambil membaca apa2 yang patut.. and sepanjang beberapa jam duk kat situ.. barulah saya tahu yang my hobi dulukala yg selalu sy cakap bila org tanya adalah Reading adalah betul.. ecececeh.. yolah tu.. hee.. *but not exam note, books etc etc* i just like reading.. kecuali buku2 untuk exam. yang tu payah sikit la. heee.. nak pegang nota pun perlukan masa sejam untuk fikir nak study ke tak nak.. hahaha.. *kalau my mom tahu. memang masak* heee

and you know what. sangat banyak buku yang saya suka ada dalam MPH tu!! aissshh.. rase nak je borang semua yang saya nak! tapi tapi.. i need to saving for my ticket for balik kampung..sob3.. so. just amik. belek2.. and then letak balik.. sedih kot.. huhu... tapi apa boleh buat.. Terbeli jugak satu novel yang di cari selama nie.. yesss!! got it.. heee.. *nak pinjam ngn kawan punya la payah* baik beli sendiri je and leh jadikan koleksi.. kikiki.. I Like It So Much!! tak menyesal okeh!! huhu..

sape dah baca novel nie? sila duk diam2. hehe
yang belum baca.. nak pinjam saya punya??
boleehh... boleh blah... hahaha.. =P
beli la. and simpan elok2. mahal kot. hehee
i don't know.. kalau nak beli baju yg harga about twenty plus plus or someting.. saya mesti rase macam membazir jer. mesti pikir banyak kali. angkat letak angkat letak.. tapi kalau beli buku.. takpe plak.. angkat jer.. terus pegang tak lepas2.. hahaha.. tak rase membazir plak.. ngeh3.. ok2.. i need to stop right now.. walaupun sy rase entry nie agak tergantug *jangan ada yg pegi gantung diri plak yep. hehe* tapi i need to stop now.. have to sleep and esok ada kuliah awal pagi.. huwaaa.. dislike!! 

i got more story to tells soon.. lebih menarik kot.. so, see you soon..


p/s : i'm smiling again and again. hidup ini terlalu indah. belajar itu hari ini~ 


dabel p/s : private follower. hohoho. thanks la ya~


leave now~

Tata..

salam


en. future punya cinta,


♥ much more love for you! ♥

08 May 2011

cinta aku dan dia. i love you mom!

salam



i don't know why. skrg nie rase susah sangat nak hupdate. bukan sebab takda idea or takda masa or what. cuma takda selera becoz of manusia itu. sebok je nak tahu hal hidup aku. isssshh. makmenyampahlanyah! pegi main jauh-jauh boley tak? suuhhhhssss.... sssuuuhhhsss... *rasenaktampotampojer* grrrrr~

dah dah dah! abaikan manusia-manusia penyebok tuh. wat tenat otak jer pikir pasal dia. huhu.. jom tukar topik! hah.. korang tau ke musim apa skrg nie? bukan musim buah durian or rambutan or whatsoever yep! tapi Musim Hari Ibu. tau tak? tau tak?? tipu la kalu tak tahu. sebab kat segala benda laman sosial nie semua duk post ayat2 khas untuk ibu *termasuklahsaya* ekekeke.. 


cumanya. saya tak terlalu taksub macam orang lain. bukan sebab saya tak sayang my mom ke hape okeh! tapi i don't think saya perlukan satu hari sahaja untuk tunjukkan or tells my mom yang saya sayangkan dia. hargai dia. berterima kasih pada dia dan macam2 lagi.. for me. everyday adalah hari untuk berkasih sayang. hari untuk tunjukkan kasih sayang kepada orang yang kita sayang terutamanya IBU. EMAK. MUMMY. BONDA. UMI dan macam2 lagi.. hehehe

tapi saya tak pulak cakap saya tak suka tengok orang raikan hari ibu tu. terpulang pada niat masing-masing kan. walaupun ada yang cakap sambut hari ibu nie haram la apa la.. tp ramai lagi yang duk sambut. tak gitu?? heee. so, saya taknak menghukum sape2 cakap itu haram ini haram.. sebab masing2 dah besau panjang untuk  menilai sendiri. and pada pendapat saya. segalanya terletak pada niat seseorang itu. ya dak? *apa aku merepek nieh. agaga* apapun.. tak salah rasenya menunjukkan penghargaan yang lebih sedikit kepada ibu kita sebagai bukti terima kasih kita pada mereka. kan?


and me. what i've done to my mom untuk hari ibu nie?? nothing yet. nak call. tapi masih lagi duk kumpul kekuatan nak bercakap. coz fikirkan my mom pun dh boleh buat kolam mata pecah. nie apatah lagi dengar suara dia. i just miss her too much now. she is the best mom in the world. kalau nak cerita pasal segala apa yang my mom dah korbankan untuk saya. tak terhitung rasenya. boleh jadi entry nie takkan siap sampai bila-bila. hehe.. sebab jasa my mom and my dad memang tak terbalas oleh saya. hanya ALLAH yang mampu membalasnya... ok.stop. call my mom jap ye.. heee

and now baru lepas berborak dengan my mom. hee.. alhamdulillah. kolam tak bocor. ngeeee~

banyak benda yang dipendam tapi tak mampu diluahkan kepada my mom. why? because i'm me. saya taknak  buat my mom risau untuk sesuatu yang tak penting. as i tell her. don't worry mom. i'll be okay. i wanna be an independent girl. dan sebab itu saya rase. walau apa masalah sekalipun yang saya ceritakan pada my mom. keputusan or penyelesaiannya pasti berbalik kepada saya. not because my mom don't care about me. tapi sebab dia nak ajar saya buat keputusan sendiri. she knows me well coz saya anak dia. yang dia asuh dari kecil sampai skrg.. dia tahu bila saya mampu dan tak mampu untuk buat keputusan.

macam dulu. times saya clash. sangat3 pedih nak menerima semua tuh. saya cerita segalanya pada my mom. and dia tak marahkan saya. dia tak marahkan my ex. tapi dia alihkan topik. haha. selalu macam tu. bila saya bercerita. dia mesti alihkan topik. and now i know why. dia taknak saya terlalu fikirkan benda kecil macam tu dan dia tahu perjalanan hidup saya masih jauh and my mom said "urusan jodoh serahkan pada ALLAH. yang penting skrg. belajar bersyukur. apa yang berlaku pasti ada hikmahnya."


and dengan cara itu. sy belajar jadi kuat. macam my mom! hayati apa yang berlaku dan bina diri kembali. jadi lebih kuat!! huhu.. and now saya betul2 rase doa my family untuk jaga saya, betul2 termakbul. haha. mereka betul2 taknak sy terlibat dengan masalah cinta. dan saya sendiri tenang macam nie. hehe.. my mom and my dad tak perlu risaukan saya keluar dating or whatever. hehehe.. *eh eh. dah lari topik. keh3*

ok ok. esok still ada kelas walaupun next week dah nak exam. hailoohh.. seksajiwaraga betul dengan exam nie.. streess dh nak mai dah ni.. huhu... bila stress mula la rasa nak keluar. and tadi i tells my mom. hari nie takbuat apa pun kat bilik. nak keluar takda duit *saje wat ayat sedih* kih3.. and my mom said "keluar je la dulu. nanti takda duit cakap la" wah wah wah.. sayang betul my mom pada saya kan.. ekekeke.. kalau my sis tahu nie.. konpem kene bebel.. hehehe.. ekcheli malas nk keluar. tak tau nak p mana. Mid? amcorp? TS? KLCC? entah.. so, better duk kat bilik and membaca. *bukan study okeh* tapi baca novel.. ngeee..

kitab cinta yusof dan zulaikha
i wish mr.future will be like yusof. amiin
fuhh.. panjang bebenau entry kali nieh.. muahahaha.. kenapa wat panjang2? SAJE! sebab taktau nak watpe. nak study. mood tak datang lagi. isshh.. susah betul. pemalas juga aku nie ya.. heee.. kk dah. jom nonton citer plak.. tata..

kepada semua ibu di dunia.. Happy Mothers day. semoga kalian semua mampu mendidik anak-anak menjadi insan yang berguna di dunia dan juga akhirat.. insyaAllah.. amiinn..


sebelum saya terlupa..
sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada Timbalan Pengarah IPG Kampus Bahasa Melayu (my kampus) yang telah kembali ke Rahmatullah pagi tadi. Semoga roh beliau dicucuri Rahmat dan di tempatkan dalam kalangan orang-orang beriman.. She is a nice women. mudah tersenyum dan sangat lembut dalam bertutur.. Semoga Allah memberkati roh Beliau di sana.. amiin.. al-fatihah~


p/s : people comes and go.. setiap yang hidup. pasti akan merasai mati.. Bersediakan kita?? muhasabah diri~


leave now..

jumpa lagi.. insyaAllah...


tata


salam sayang dariku,


♥ much more love for you! ♥

03 May 2011

Just. Hanya. Nothing at all

salam...


nothing much to say
just missing home Badly now..
tapi buat2 kental. hati kuat konon. caih!
sekali dengar suara mom. terus sok sek sok sek. hah! kan dah banjir!
sebak. speechless. then hanya boleh cakap
"Oh. takda apa. saje je call nie.."
haiissshhh
kenapa la mulut nie susah sangat nak cakap
"Mom. i miss you.. i miss dad too.. and i miss all of you.."
wanna see you right now!! can i?? *sobbing*

sometimes i'm happy to be here.
and sometimes i wanna go out from here. really!

tapi dah 4 tahun bertahan kat sini.
takkan tinggal setahun setengah lagi ni dah tak boleh bertahan?
yeah. thats right. have to hold on! Fighting! Fighting! 




kenapa rase macam Haiissshhh.. susah nak cakap.
maybe sebab dah makin hampir nak exam kot..
and maybe jugak sebab Banyak Kelas Ganti sekarang!!
i HATE it SO MUUUUUCCCCCHHH!!
and lecturer masih lagi bagi kerja2 untuk minggu yg sepatutnya kami study!
dan kami masih lagi kena keluar beramali di luar kampus.
gosh. kenapa rase macam arggghhhhhh!! benci yang amat sangat nieh!! grrrrr~

ok ok. ini memang sesi meluah perasaan..
so.. kalau rase macam nak cakap "eeii.. dia nie. hal macam nie pun nak citer kat sini ke?
then i think.. better you get out from here sebelum i lempang u laju-laju keh! thank you! grrr~

hmm.. something bothering me..
and its keep running and running and running in my head.
dah dah. malas citer. malas pikir and malas buat apa-apa.
dah Stress.. so better i sleep! 

semoga hari mendatang akan membawa lebih kebahagiaan.. Amiin..

       missing... my mr. future...


p/s : Mr.Future.. when do u wants to comes?? mau pinjam bahu kamo. sob3~

Ok. forget it. 

leave now. 

tata

SALAM~





♥ much more love for you! ♥

Nak baca entry takda paedah? nah baca nie!

salam sayang buat semua

hai hai hai. apa khabar u olls sume?? cihat cihat je kan?? bgus3.. alhamdulillah.. caye pun cihat jugak.. *tak tanya pun* huwaaa.. majuk majuk!! ok2. dah2.. jangan nak merepek kat sini.. jom kita citer citer nak?? ce citer ce citer.. isssh.. dah2.. padia la duk cakap lagu tuh.. ingat cumil ke hah?? tapi tapi.. kalo kak Heliza yang buat.. alololo.. tomei cangat tau!! i shuker u!! auumm... cayang kak Heliza!! muah3! hehe.. 

ok. back to normal.. ekceli takda apapun nak dicerita kat sini. haiiissshh.. *tetibarasaKakunakmenaip* macam mana nieh?? tulunn... nie la padahnya bila dh lama tak hupdate.. kan dh tak reti nak menaip.. issshh susahnya... *tangan tetap laju tekan keybod* muahaha... sudah3. i memang tak reti nak hupdate panjang2 keh! tak pandai la nak merepek2 macam blogger lain.. ai nie skema tau! sbb tu hupdate selalu Takcecahlantai. kan3?? hahaha.. *apa aku merepek nieh. hadoi*

sebab otak masih beku and kaku. layan gambar je la yep! kalau tengok awek2 cun tu.. pandai2 la tutup mata yep yep yep!! jangan meleleh ayaq liuq plak keh. haha. *muntahsebaldi* ala.. biasalah.. masuk blog nie jadi glemer terlebih la plak. silap2 ada yang cenyap2 save gambo tu.. kan3?? ala.. nak2 budak tu sorang.. ala.. awak la.. Hah! awak.. ingat caye tak tahu ke?? hah hah hah! saman baru tau!! *takut tak takut tak?* haha.. gelong.

OK. citer nye macam nie.. kerja saya.. meronda and pergi lawatan. macam bagus je.. hahaha.. alah. pegi lawatan  untuk subjek PJ.. so, tak la pegi melawat zoo ke hape ke yep! tapi pegi jabatan2 sukan je.. tapi tapi kan. BESSSSTTTTT  sangat3!! kerja makan je kitaorg nie.. haha.. masa ceramah buat muka fokus sume.. padahal.. pandang penceramah tembus dinding.. hahaha.. tapi ada sorng je yang rajin menyalin and fokus 100% tau.. korang tau sape?? Ofkos la yang sedang menaip nie.. Muahahaha... *sila muntah tempat lain keh* terima kasih.. ngeee~

ok ok. sbb saya memang tak pandai buat entry cecah lantai *tipu* so, saya bagi korang layan gambar je la ya.. nak tengok tak?? kalau taknak cepat2 larilajulaju keluar dari sini ya... huhu.. layan gambar ai baik2 tau.. Haissshh... dari tadi suruh layan gambar.. tapi takda pun... *lempang jugak budak nieh kang* huahahahaha... *gilerkehape*

now. lets story begin
*nie salah satu entry takda paedah! sila jangan baca sampai habis*

soalan : korang selalu keluor pergi Mall bile?? jawab jgn tak jawab! hehe
my answer : 
bila bosan, bila kaya, bila stress, bila lapor, bila nak beli barang, bila nak cuci mata, bila nak tengok orang, bila nak gelak overdos, & yang paling penting... Bila nak dating. muahaha.. opsss.. teeettt
so. apa lagi yang ditunggu.. Jom Kita Outing!! hoyeeehhh..

dalam banyak2 tempat. yang nie jugak ak pilih. hailoohh
takpaham! why? why?? apa yg best kat sini??
sbb banyak kenangan kot.. opsss.. jgn marah sayam! hee
kalau pegi ronda2 mesti lapo kan kan kan?? so.. semestinya tempat utama yang dituju.. kedai makan! yeaaa!! eh2. jap2.. ada kedai makan ke dalam Mall. ngeeee~ apa-apa jelah.. janji kenyang.. lalala

makan Jom!! LapOOoorrrr!! heee
apa ntah nama benda alah nie.. lupa plak.. ekeke..
yang pasti memang makanan!! sedap3.. maksuke! nyum3
and bila balik lambat. kita perlu makan lagi and lagi!! Syookkk nyerr!! kerja makan je.. hahaha
oh. yang bawah nie Menu makan malam ya anak2.. 
penat ronda2 kat Pesta Buku kt PWTC.. masuk singgah makan kat The Mall jap.. hehe
macam-macam ada kat situ.. buku beli tak?? ofkos la beli.. tp tak amik gambar je.. heee

nampak sedap kan3?? tengok la siapa yang beli..
hahaha.. siapa yang masak? itu tak penting.. lalala =P
dah malam. Jom Balik!
ish3.. anak dara sapa la suka merayap malam2 nie.. huhu
tapi tapi tapi
sekali sekala je.. takpe kan?? heee

ce teka ce teka. gambar bangunan apa tu?? hehe

ok2. dah2. moh kita tengok kanak-kanak prasekolah & pendidikan khas pergi lawatan plak.
jom jom jom

tempat yang ktaorg pegi ada 4 sumenye.. KBS, Jabatan belia dan sukan negeri selangor. Uitm Shah Alam and Majlis Sukan Negeri Selangor... and its take 2days untuk habiskan lawatan tu.. yang bestnye.. mostly dapat jumpe pengarah.. bukan senang tau! hehe
memang seronokkkk sangat lawatan nie.. sbb takyah pegi Kuliah. muahaha..
tapi skrg rase macam nak menagis plak.. sbb lecturer sebok nak ganti kelas. haissshh..
sabor je la.. yg praktikum sebulan pun kena ganti?? pekehey?? baik takyah p praktikum kalo mcm tu. kan3?? pelik betul la my kampus nie.. huhu

Kementerian Belia Dan Sukan
Super Hebat diorg punya layanan! Thanks KBS! hehe
in the meeting room with pengarah KBS sendiri.
satu penghargaan buat kami ^_^
next

waiting for bus. nak pegi pusat maritim plak. 
oh. sila abaikan yang bawah ini. sebab mereka gagal mengorat abang2 askar kat belakang. hahaha


NEXT

nothing to say. just.. just.. biarlah rahsia.. huhu
NEXT

teringin nak bergambar kat rumput tu!! tapi tak sempat.. ngeee
SECOND DAY
perghh.. macam dokumetasi plak rase.. haha

my campus. my hostel. my life. my home.
i just love my campus so much!
NEXT

penuh kebanggaan berbaju batik IPG KBM.
masih ada yang single. nak kenal?
sila tinggalkan no fon yep.. hahaha.. =P
NEXT

muka muka makan tak hengat dunia.. hahaha

NEXT

rase nak lempang je budak duaorang nih!
gedix gedix gedix!
rosak kamera tau sbb cun sgt!! lalalalala =P
*muntah*
NEXT NEXT NEXT

Just Miss This Guy So Much!
he's wearing number 27 okay!
hey! dats my Birthday sayang.. heee
Thanks dear *blushing*

should i give this pic to dats boy?
susah betul dia nak faham!
single doesn't mean i don't have someOne i love okay!

Mr.Future. i will always love you. Promise!


p/s : tak perlu guna cara bodoh lagi menyakitkan hati untuk usha orang! 



dabel p/s : happy belated birthday to abang! May Allah bless you and your Family forever. amiinn ^_^


okay. esok kuliah.
jom kemas beg! iron baju! and makan! hehe

see you!

tatata

SALAM




♥ much more love for you! ♥