Selamat Datang. Senyum Selalu!

30 January 2011

Saje nak bagitahu

salam

so tired

1.00 p.m at Kuala Lumpur

9.30 p.m at Kuala Terengganu

sekarang boleh senyum lebar-lebar!

^_________^

alhamdulillah. dah selamat sampai rumah. hehe.
will be at home from 30 jan 2011 until 5 feb 2011. hoyeh!
tp skrg rase sgt2 penat walaupun bukan sy yang memandu. ngeee~

macam2 hal yang berlaku sepanjang perjalanan. *uji kesabaran*
juga sempat snap a lot of pic before berlepas dari terminal. 
tapi. next time la i show. mata dah layu~

jumpa lagi and bubye!

p/s : 
sedihnya tak dapat beli arnab yg cumey amat! 
bye-bye cayunk. i'm happy to meet you today!




♥ much more love for you! ♥

27 January 2011

mengeluh kot?

salam

rase macam dah lama tak hupdate mr.blogie nieh. cian plak. windu bangat mau menconteng kat sini. tapi tak punya waktu. sob3 T__T. tetiba rase macam "penatnye jadi pelajar" untuk semester nieh. walaupun ada jugak benda2 yang best. tapi rase macam penat yang amat lah. aiishh~

Olahraga. memang salah satu perkara yang saya Paling Paling paling Tak Suka! sekarang dah rase macam orang tua jer. habis sakit satu badan. nak berjalan pun kena slow2. *tolonglah jangan demam* huk3 T__T. nie la padahhnya bila lama tak bersukan. main lari2 tengah padang pun boleh buat seluruh badan sakit. hailoohh.. nie belum lagi main lontar peluru or lompat jauh. huhu.. tapi dalam sengsara ada juga bahagia.. syok gak main lari2 bila dh besar nieh.. keh3.. al maklumlah.. dah lama tak bersukan. huhu

skrg, blaja pj semua dalam kelas. boring sesangat! tapi ada yang suka. sebab kulit tak burn. heee.. tp seriusly. memang sangat bosan. belajar plak pasal pengurusan apa ntah. taksuka taksuka!! setiap kali kelas pj. mesti sy akan *badmood* sebab rase macam taknak sangat3 blaja tu semua. huk3.. tapi apa boleh buat. kena ikhlaskan hati.. kan?

nak berblog tak sempat sebab, tiap2 malam mesti ada group discussion. siapkan power point la, buat kertas kerja la, buat itu la buat ini la.. haiisshh.. sebok sungguh! tapi berborak je yang lebih sebenarnya.. hak3. syok! hilang ngatuk. tp terpaksa Stop sebab ada kelas esok plak. kena la tidur awal. *kononye* hehe

sem nie sesangat busy kot. kena anjur karnival sukan, karnival olahraga, pegi lawatan pengurusan sukan, praktikum. lawatan ke sekolah pendidikan khas, amali di kelas pendidikan khas and macam2 lagilah.. sigh~ tapi its okay la.. sebab dah jadi tanggungjawab kan.. laksankan je la.. huhu

nak menaip nie pun rase macam dah tak larat. tapi saje je nak update. sebab dah lama sangat tak hupdate. hehe.. dah pukul 2. baru nak iron baju untuk esok. Bravo!! maggie belum makan, beg belum kemas. hailoohh.. esok je la.. yang penting.. jom makan maggie dulu! weeee~

merepek meraban lagi. hoyehhh! jumpa lagi..


p/s : ini hanya luahan. bukan keluhan. errkk?? yeke? pape pun layann~


notasiput : sungguh rindu dia~ 


bubye~


unknown,


♥ much more love for you! ♥

23 January 2011

tafsir mimpi?

salam

talk about dreams. korang pernah mimpi tak?? haip2! jangan cakap tak pernah okeh! konpem tipu. nanti dosa tau! ekekeke.. apa yang aku nak cakap pasal mimpi nieh. adoyai.. lupa plak.. rasenye bukan pasal mimpi kawen dgn anak raja. muahaha.. memang la bukan sebab tak pernah lagi mimpi cenggitu.. ngeh3 =P

oh. dah ingat. nie mimpi pasal seseorang. macam real sangat3. hailoooh... kenapa la dia datang menggangu lagi. padahal dah lama tak jumpe. and dah lama tak dengar khabar berita. sihat ke? sakit ke? i don't know. and i don't wants to know.. T___T

Tak tahu la apa yang ALLAH sedang aturkan untuk saya kan? ujian apa yang akan saya terima lagi.. sabar menanti walaupun taktahu mampu atau tak mampu untuk saya tanggung. apapun, ALLAH tahu yang terbaik buat hamba-hambanya..

Bukan apa. makin saya doa supaya dijauhkan dengan seseorang.. makin saya doa supaya ALLAH hilangkan seseorang dari ingatan.. makin saya doa supaya hilangkan rasa yang pernah ada untuk seseorang.. Makin kuat saya ingat dia.. sampaikan termimpi2.. and mimpi tu semua yang membahagiakan.. nak kata tak baca doa before tidor, tak mungkin.. nak kata terlalu fikirkan dia.. pun tak mungkin.. hmm.. entah la. apapun.. sy pegang "mimpi itu mainan syaitan". ya dak? hehehe..

yang penting. hanya saya yang tahu apa yang sy rasa dan apa yang sy tulis.. harap2 takda yang akan emo lebih2 nanti after baca my entry nieh. hak3. tu je la bebelan untuk hari ini. sekian..

oh. sebelum tuh, meh nak tunjuk sikit harta2 shopping semalam. ramtus jugak la habis.. lepas nie memang dh takkan pegi shopping dah. *hope so* ngeee~ list barang dah makin kurang! i Loike~ hahaha

semuanya keperluan. lalalala~

okey. sampai ketemu lagi.. 

p/s : mereka mula bercakap tentang jodoh bagi pihak adik bongsu mereka. Thank You.

mau berangat ke katil sekarang. hee.. bubye~


salammesra,


♥ much more love for you! ♥

21 January 2011

Update kencang.

salam

second update. okeh. memang sah! penyakit gila hupdate dah mai. otteke? hmm, layankan aje la ya. huhu. tadi Happy kemain lagi sebab dah dapat elaun kan. tapi sekarang dah jadi Bad Mood balik. sebab banyak barang2 yang dah diListkan dalam notebook terpaksa diDelete sambil pejam mata. sadis~ sebabnya, my elaun bukannya untuk dibuat jimbajimbi or jolajoli. tapi untuk keperluan as a student kat sini. INSAF. *bagus kan?* sila puji banyak2. terima kasih. keh3. ♫


well. hopefully saya mampu untuk manage my elaun sem nieh. sesuai dengan keperluan dan bukannya kehendak. tapi what to do? mungkin ada yang cakap saya nie boros la tak pandai berjimat la hape la. sedangkan diorang tak tahu yang my life kat sini 100% disupport oleh duit kerajaan bagi tuh. *i know. itu semua duit rakyat* tapi, takkan la nak beli camera pun takboleh. sampai ada yang boleh cakap yg ai nie kejhe nak perhabis duit jer. Pelisss laa... i buy untuk keperluan untuk ke sekolah nanti okeh. nak buat report. nak rakam semua2 tuh.. ingat i beli untuk wat posingmosing kat bilik ke hah? kalau utk posingmosing tu, ai tak main la camera kecik2 tuh. ai pakai dslr jer.. keh3. *berangan* 

alah.. korang boleh la cakap cenggitu sbb korang nyer aset2 segala bagai mak ayah yg support. tu pun nak berlagak kata ai tak guna duit elaun pn utk beli bla bla bla.. wthekhekhek! nak je ak cakap. ak tak guna duit mak ayah pn untuk beli benda macam tuh. nak membazir, biar la guna duit sendiri.. lalalala~ and sebab tu la jangan pelik, kalau ak takda simpanan lagi sampai skrg. muahahaha.. erk? bangga plak. kih3..


yang utama sekarang. i needs to divide siap2 segala perbelanjaan. berapa nak simpan utk kawen, nak wat makan anak2, untuk bayar duit kelas menjahit,  untuk praktikum, untuk bayar minyak kapalterbang, untuk alat tulis and berapa untuk keperluan diri. fuhhh.. mampu ke nak berjimat? sob3 T___T kalau betul2 nak berjimat, terpaksa la ikat perut.. huk3. Tali kerbau plezzz.. erk? ngeng!

Fenim2. ada duit susah. takda duit pun susah. dah la. nak pegi buat kira2 plak. semoga myduit takkan mengalir keluar selaju air paip. hehe.. but, i really likes status2 my frenz di FB. ada la jugak yang beri peringatan untuk sentiasa beringat apabila keluar membeli belah.. jangan boros, berjimat cermat, jangan lupa solat and macam2 lagi la. hehe

rasenya plan mau pegi makan2 angin kat sini tak tercapai la. sob3 T__T tapi takpe la. berkorban demi pelajaran apa salahnya kan? walawehhh.. *kagum sekejap dgn diri sendiri* keh3.. Well, praktikum perlukan lebih banyak pengorbanan. *sediakan mental, fizikal dan juga fulus* ngeee~

ok. dats all. jom pegi jolajoli! erk? silap2.. jom pegi tenangkan diri sambil buat penyata gaji. keh3~


p/s : plan nak blk kg dgn mysister tak jadi. terpaksa beli tiket last minit. hope masih ada. sedih T__T



♥ notasiput ♥
kita merancang, ALLAH juga merancang. Namun, perancang DIA pasti yang terbaik
^___________^




leave now, 

salam sayang,


♥ much more love for you! ♥

cakap sikit.

salam


malas cakap banyak a.k.a cakap sikit. hihi =P
just rasa nak jerit Kuat2 sampai keluar anak tekak! 
  
Thank You So Much!!!!
*untuk... erk? untuk sape2 je la* ngeh3~

sebab

Elaun dah masuk! hoyehh!!
and 
minggu depan dah boleh balik rumah! 
*holiday : mau jalan2 ke kedah, perlis and langkawi*
suke3!

dis weekend?
boleh la pegi ronda2 kuala lumpur. kih3~
TM, MJ, MiD, KLCC, Lowyat?
Love It! hehe

dats all for now.*sila jeles* hehe
 tata titi tutu

p/s : mr.B masih tak berubah. mau merajuk dengan dia sebulan. padan muka! grrr~

p/p/s : mau beli camera *penting* ♥

Leave Now

Salam


happygurlz,


♥ much more love for you! ♥

20 January 2011

welcome Princess!

salam

hari nie sy rasa sangat Awesome! why? sebab cuti la. adoyai. itu pun taktau ke? ai kan pelajar yang sentiasa rajin mengira cuti. muahaha.. heaven giler bila tak perlu bangun mandi awal2. kih3. sejukk you air kat sini. tapi sejuk mana sekalipun. ai tak pernah lagi skip mandi tau. eh ada ke yg tak mandi pagi??muahaha.. tak senonoh betul! ngeee.. tapi tapi.. cuti pun terpaksa terperap kat bilik jugak.. coz takda fulus mau ronggeng2! aigooo~ 

♥ ok2. back to Topic ♥

Welcome new Princess! ini dituju khas buat my new anak buah yang ke empatfuluhtimga. hehe.. lahir pada 17 Jan 2011 jam 8.45 p.m. if i'm not mistaken la.. ngeh3~ princess nie belum lagi bernama. so, i just call her princess la.. rasenye itulah yg akan sy panggil dia smpai besor nanti.. kih2.. ish. nape la ak nie suka sangat panggil my anak buah dgn nama yg org lain tak panggil. ngee.. yg dh jadi mangsa ia bujat, demok, bolat, sportlight and new one is Princess.. agaga.. okey apa panggil princess kan? mesti mama dia suka klo ai panggil anak dia cenggitu. hehe

welcome to Dunia sayang!
well, so so so rase nak balik rumah skrg! mau jumpa baby2 tu.. kat rumah skrg ada akif ziqri yg lahir bulan disember hari tu and princess yg lahir bulan nieh. eeeii.. tengok gambar pun ai boleh rase nak ciumium je! tak sabar nak balik rumah jumpa diorg!! tapi.. ai will blk dengan tangan kosong lagi la stakat nieh. ngeh3. al maklum la.. fulus pun cukup2 makan je.. ngeee~

macam kembar plak kan? hehe
akif & princess. beza satu bulan tapi berlainan tahun.
mesti bestkan ada baby? hehe.. bila la my turn ek?? agaga.. merepek! perlu cari calon dulu la jawabnye.. hihihi.. talk about calon. hopefully my abang tak betul2 nk bagi en.dia itu pada saya. how can he promote sungguh2 ttg en.dia pada my mom? pleaseee... let me choose my own partner. pelissss.. adoyai. i think i should tell him my plan for becoming years.. kawen tak masuk dalam list lagi la abang. sy mau enjoy dulu meyhh.. huhu.. Jodoh biar ALLAH yang tentukan.. ^__^

opss.. apa aku merepek nieh? agaga.. apapun. Congrats again for my kakak Pn.Nurul Syafiyah dan my abang ipar En.Mat Kairi for your 1st child! hehe.. thanks for give me new anak buah! i wants more! hahaha.. lepas nie keluarkan kembar plak okeh. macam mama dia ngn pkcik dia.. hehe.. hopefully akan dapat pasangan kembar yang ketiga soon. ngeh3~ hamboi! sesukahati je ko nk suruh orang beranak kembar kan? muahaha.. 

okeh la. dats all for now.. thanks for reading. ^__^

p/s : anak adalah harta paling berharga. juga amanah daripada ALLAH.

notasiput : i wait for someone and someone wait for me. burden! 

leave now. SALAM


princess aunt,


♥ much more love for you! ♥

18 January 2011

hari Selasa tak boleh dating!

salam

entry Emo Tired

i hate Tuesday!
sebab tak boleh pegi dating.
haip2! TIPU DOSA tau! takda pakwe ada hati nak p dating. agaga

tapi sy betul3 tak suka dengan hari selasa! sigh~
why? sebab ada Pj & ada Muzik. eh2.. Muzik suka. sbb boleh nyanyi2. hehe.
main Point tak suka selasa becoz of ada OLAHRAGA! grrr~


terpaksa berlari di tengah padang yang panas terik!
pukul 2.30 petang baru mula acara. Heaven giler kan?

dan untuk kali pertama turun padang, dah kena guling2 tengah padang.
haisshhh. dislike banyak3!! grrrrr~
tak tau la taik apa yg tak melekat kat baju. cis3! kotoq!
baju terus masuk baldi! rendam hempatpulophempathari. deal! hee

afrter guling2, sambung plak dgn larian merentas desa a.k.a merentas kampus.
haiillooohh. seronok sungguh! nak lagi nak lagi!! caih! hipokrit sungguh! dush3~
bila dah lama tak main lari2. pastu tetiba je kena plak lari jarak jauh. 
apa lagi, baru separuh jalan dah pancit. agagaga! macam mana nk jadi chekgu pj nieh!
erk? saya nak tukar minor boleh tak? ngeeee~

tak suka banyak mana sekalipun pun. tiap minggu terpaksa hadapi semua tu. sob3 T__T
*dah la aku tak suka sukan* 
sebab utama i don't like berlari2 is becoz takot lemak hilang. muahaha..
hei.. bukan senang tau nak kumpul lemak! keh3 =P

punya la malas nak pegi kan.. sampai tadi pun nak turun padang tak henti2 ai berdoa tau! 
semoga HUJAN turun dengan lebat3 sangat.
so, tak payah pegi padang. ngeee~ tapi tak hujan pun. keciwa hatiku~


and masa duk golek2 tengah padang tu pun masih lagi pandang langit and doa.
Hujan. turun lah.. tapi sampai ke akhir pun tak turun2 jugak.. sob2 T__T
dan yang lagi best. tepat2 masuk bilik.. terus je hujan. agagaga..
KUASA ALLAH. kang dah makbul doa tu. suka! heee
moralvalue : ingatlah, tak semua yang kita nak kita akan dapat. ya dak? ^__^

minggu nie lari2 biasa. minggu depan? konpem lari pecut.
takpun larian ganti2.. or mungkin juga larian jarak jauh again. hailoohh~
*saya tak nak jadi atlit! jgn train sy macam nieh! pelisss*
lepas tu akan sambung lagi dengan lompat jauh,
then lontar peluru berpandu, lompat tinggi, lompat pagar, 
lompat longkang, lompat katak and segala maknenek anak beranak lompat lah.
so, Perlu sediakan fizikal dan mental dr skrg. huk3 
u can do it bebeh! Fighting! 

"sy penat sangat. tumpang boleh?"
skrg betul2 kekurangan energy. maklumlah. kuat sangat berlari tadi. tenaga dah habis.
cis3! padahal jalan je memanjang. sampai lecturer ingat aku nie dlm golongan org sakit. haha
aahh.. ada aku kesah? janji aku buat macam orang lain buat. turun naik tangga, merayap di tepi2 jalan cuci mata, berpeluh masham2 and tamatkan larian. ya dak?? hek3.. sila kagum pada saya. hahaha

okeh la. takda tenaga pun tetap jugak bebel tak habis. adoyai.
dah la. mau peghi berehat pula la. recharge energy.
*NO disturbing! princess on dream. kih3*

SEE YA!

BuByE



p/s : sape cakap senang nak jadi cikgu? pikir balik okeh! sekian


tired,


♥ much more love for you! ♥

17 January 2011

Balas Balik

salam

hello!! isnin tiba lagi. rutin harian akan kembali bermula. sigh~ kenapa la sy jadi makin tak suka pegi kelas nieh. rase macam kena paksa je. huk3 dan sy paling3 tak suka kalau kena paksa okeh! tapi apa boleh buat kan. dis is my journey. my duty. huhu. don't you should be thankful for being here cikgu? okeh2! saya bersyukur. hehe.. setakat kena pegi kelas, salin nota, present, berolahraga kat padang tgh panas or do a lot of assignment.. apa la sangat kan? nak dibandingkan dengan mereka2 yang kena bertarung nyawa demi hidup.. kan? sob3 T__T

kredit to google
owh. back to topik. "Balas Balik". what i mean here is macam balas dendam la.. pernah tak korang rase macam nak je balas balik perbuatan jahat seseorang. contohnya, dia duk mengata korang nie itu la ini la.. then satu ketika tu, dia sendiri buat apa yang dia pernah cakap kat korang tuh? pernah tak rase macam nak je bagi balik semua ayat yang dia pernah cakap pada korang tu? but its not a right thing to do right? sigh~

dats what i feel right now. all what dia said to me dah jadi balik pada dia. all the nasihat sedas and setapmantap yg dia pernah bagi pada saya dulu2 tu tu rase macam nak je hambur balik kat dia. kadang2 terfikir jugak. dia nieh tak ingat ke apa yang dia cakap pada aku dulu? how can u be so tak malu and dengan bangga tunjukkan pada semua orang sesuatu yang kamu kata NEVER pada suatu masa dulu? ya ya! alasannye. people change dear. so, just shut up. okay! ok. i'll just shut up my mouth. but sorry, i cant stop my fingers to write. hihihi =P

How can i still remember all the peringatan or nasihat yg dia pernah bagi pada saya dulu. oh memories. please erase or delete it!! sigh. sekarang nieh rase geram sangat3. dia pernah malukan saya. burukkan sy. and i admit. masa tu sy memang salah. but, memalukan seseorang tu bukan cara yang betul untuk menegur okeh! nak menegur pun perlu berhemah. kan?? ingat kat jalan raya je ke kena berhemah! haisshh~

i love danbo!
ok. forget it. all can i say "Thank You Allah" untuk semua petunjuk yg telah KAU perlihatkan kepadaku. kalau ikutkan hati rase nak je sebarkan pada semua orang. biar orang tahu dia tu jenis yang macam mana. and  biar semua judge sendiri and tak membabibuta terima bulat2 kata dia. sigh~

Mungkin Allah nak sy belaja bersabar and memaafkan. belajar terima yang manusia nie tak sempurna. tapi kalau ikutkan syaitonirojim, memang sy dah mampu nak aibkan dia balik. and it's we can call as Balas Dendam. then baru dia tahu macam mana rasenye dimalukan. grrrrrr~ tp patut ke saya balas? or just let me keep it as secret. and biarkan Allah yang menentukan segalanya.. itu lagi bagus kan? Hati! please. jangan ikutkan emosi. be rasional.  don't be macam dia. sanggup membodohkan diri sendiri kerana emosi. sungguh memalukan.

kesian pada dia. sebab dulu dia pernah cakap pada saya yang dia TAK MUNGKIN bla bla bla.. Never bla bla bla.. tapi skrg semuanya dah jadi sebaliknya.. see? tahu tak hidup nie macam roda? satu saat kita kat atas. tapi jangan lupa and bangga diri dengan kedudukan tu. sebab kita tak tahu bila kita akan berada di bawah plak. kan? so. sama2 kita beringat okeh! *nasihat utk diri sendiri juga* ^_^

and after i write this entry saya dah tetap dengan keputusan saya buat. Just Forget and Keep it as a secret. Biar Allah yang mengatur segalanya.. Dia Maha Mengetahui.. and now i admit. segalanya yang berlaku punya hikmahnya yang tersendiri.

p/s : tak perlu faham. hanya luahan. 


sekian, 

notasiput : one day dia akan faham semua ini.

leave now,

Salam,


i'm not perfect,


♥ much more love for you! ♥

14 January 2011

my part time job!

salam

~hai hai hai~

"Selamat Berhujung Minggu"

homaigod! patut ke seorang pelajar ada partime job masa weekend?? hohoho.. saya pun macam dalam proses gak nak mencari part time job nieh. *konon2nye* al-maklum-la elaun tak dapat lagi. terpaksa la cari kerja tambahan.. sob3 T__T tapi tapi tapi kan.. tak perlu lagi kot buat masa skrg.. sebabnye... sy nak bergonjeng2 dulu.. hehe... jom kita melayan games!! hoyeh3!! tapi games pun bosan jugak bila lama2 main! sigh. frust sgt sebab kena main dari level 1 balik. yg dulu2 dah hilang after lappy nieh di format. sob3 T__T sedih betul.. tp skrg pun duk cari games2 baru untuk di donlod. hehe.. itulah Part Time Job saya skrg! hehehe..

kena stat all games dari level 1. hailooh.. malasnye. but it's okay.. i got an idea! hehe.. balik rumah cuti nanti.. i will let my anak2 buah untuk main semua game for naikkan level. keh3.. bila level dah tinggi2 and diorang dah boring.. saya plak yang akan sambung! hahaha.. yesss!! dua2 untung nanti.. kan?? haha.. mesti diorang sayang ai lebih nanti. sebab bagi diorang main games puas2.. muahahaha.. *ada udang di sebalik batu* kih3 =P

and my second part time job is "download wallpaper" agagaga.. donlod bukan main lagi banyak.. tapi yang duk guna just satu gambar untuk satu bulan.. hehe.. tapi seyes geram bila tengok gambar cantik2! aigooo.. nasib baik la internet agak laju skrg nie.. download tanpa limit.. heaven dowh!! ngeh3~

jom ceria seperti bunga ini!
korang suka letak wallpaper desktop yang macam mane?? for me la kan, i more prefer gambar sendiri jer.. hak3.. Takuasamaknyah! letak gambar sendiri la yang ai paling tak suke. huhu.. tapi kalau gambar pakwe.. suka jer.. hihihihi.. gatai noh! ekcheli, sy lebih prefer gambar yang boleh menyejukkan mata.. contohnya gambar pemandangan ke.. cartoon ke.. and saya suka yang colorful gitu hah! baru la kita akan rasa seronok.. duk mengadap pc or lappy lama2 pun tak elok kan? so, letak la gambar yang boleh buat mata rase sejuk sikit.. banyakkan guna warna hijau. sebab hijau baik untuk mata. *eh. fakta ke?* entah la. haha.. fakta aku buat sendiri kot. keh3 =P so, bila dh penat menaip or apa2 je, just tgk je gambar tu.. kasi tenang balik.. nak tgk yg real payah sangat kan?? kalau malam macam mane nak tgk pokok2 hijau.. ya dak? so, tgk gambar je la... hehe

penuh maksud tersirat. kan? hehe
dan saya tak berapa suka tengok lappy yang ada guna gambar suram2 sebagai wallpaper desktop. bila tengok macam tuh, sy boleh mengandaikan yg dia nie sedang bersedih or dalam kemurungan. ya dak?? fulamak! boleh baca orang beb! hahaha.. pandai2 je ko nak menilai org dari gambar kat lappy tuh kan? hailoooh... masing2 punya selera la kan nak bubuh gambar macam mana. hehe

ok la. stop now. nak sambung main games plak sambil mencari gambar yang shantek2 and sedap mata memandang.. ngeh3~ OH. bdw.. ada sape2 tahu tak kat mana nak dapatkan Games2 free yg full version? taknak yang trial.. penat cari.. semuanya TRIAL. ngeng betul la! tipahtertipulagi! caih!

dats all for now.. see ya!

p/s : games apa yang best ek??

notasiput : she's a pathetic girl. May Allah helping her to realize everything soon. ameen~

Leave now,



suka bebel,


♥ much more love for you! ♥

13 January 2011

awak menggigil tak?

salam

hai hai hai
bertemu kita kembali dalam rancangan merapu cik aien!! yeaaa. sila tepuk tangan. clap2 pelizz.. hehehe.. mereng ke ape makcik nieh? lalalala.. ok ok. berbalik kepada tajuk seperti di atas "MENGGIGIL". anda tahu apa itu menggigil?? ianya adalah sejenis makanan yang.. erk? salah2! opsss.. sorie.. sy tengah kelaparan nie. sbb tu duk ingat makanan jer.. hehe.. menggigil tu adalah menggigil la. hailoohh.. itu pun tak tahu ke?? hik3 =P

ada pakar sains tak kat sini?? boleh tak tolong terangkan punca2 yg boleh buat seseorang tu menggigil?? saya memang sangat2 nak tahu!! yang sy masih ingat, badan kita akan menggigil sebab nak bagi badan kita ada getaran and keluarkan haba supaya badan tak terlalu sejuk. kan?? eh.. betul ke ek?? entah2 teori main taram. ngeh3. taktau la.. maktakghetisains! hehe

saya ada beberapa sebab yang boleh buat saya menggigil. tapi tak banyak pun.. maybe korang juga punya sebab tertentu yang boleh buat badan menggigil kan?? boleh share tak?? haip! sebok je nak tau! ngeee~

for me laa. dis kind of thing makes me gigil tahap takleh nak pegang sudu or something. 
karang mesti akan tercampak ke sana sini. aiigoooo~

dis all perkara la! check it out!

Cuaca sejuk yg amat3 sangat!
*konpem pakai baju berlapis2. hehe.. tapi tetap suka mandi hujan masa kecik2. hehe*

Lapar yg amat3 sangat!
*rase macam dh nak hampir parkison dah. nak jalan pun rase takda tenaga. hee*

Marah yg amat3 sangat!
*hohoho.. Marah tapi tak luah. then mula la menggigil. cait!*

Terkejut yg amat3 sangat!
*nasib baik la just menggigil. kalau sakit jantung? ahah.. taktau.. hehe*

Geram yg amat3 sangat!
*nieh memang selalu jadi. geram sangat3. tapi takleh wat ape. so. gigil la sorang2. hak3*

Takut yg amat3 sangat!
*payah nak nagis sebab takut tapi cepat benor jadi ketaq. apadaaa~*

Tertengok gambar my.ex.
*opsss.. ini pun jadi masalah. hahaha.. cek pun tak tau awat jadi lagu tuh!. haha*

Mandi air sejuk yg amat3 sangat!
*rase nak marah je pada air tuh. pastu la duk main renung2 dgn air. hailooh~*

Sedih yg amat3 sangat
*tak boleh nak tahan dah kan? so. jadi macam tu la. sampai boleh muntah. sigh~*

Presentation
*sigh~ nieh ketaq tahap kronik! perlu elakkan drpd pegang kertas. kang kantoi! hahaha*

okeh. itu je la.. nie pun tengah menggigil. sebabnya.. seperti di atas.. tapi tak semua la.. hehehe.. so, terpaksa stop skrg. tak larat dah.. sob3 T___T 

tadi salah makan. muntah. pening. huk2
esok kena present untuk dua subjek. Pj and Prasekolah 
tolong doakan sy tenang and sihat okeh! tenkiu~

p/s : Korang plak menggigil sebab apa??


notasiput : Tak suka present sampai bila-bila.sekian


leave now. 

withlove,


♥ much more love for you! ♥

11 January 2011

siapa dia tanda soal

salam

baru je siap transfer cerita ceritut dari external jojo a.k.a mantan monitor. ngeee. so banyak cerita korea yang disedut. kih3.. and akhirnya. my external sudah mau fenuh meyhh.. hailoohh. rase nak beli yang lagi besau jer.. opsss.. tak boleh tak boleh.. sem nie kena berjimat. so just boleh beli camera je la.. agagaga.. suke3! tak sabau nak membeli belah di lowyat or di any Pc fair.. ngeee.. *p/s : elaun. sila masuk cepat2 dalam akaun saya okeh!* terima kasih.. heeee ^__^

emosi hari nie. i mean awal pagi nie, agak tidak menentu.. tak faham kenapa. sigh. dah2. abaikan jer.. hohoho. sikalang sudah pukul 2. tapi masih lagi terpacak di depan lappy. esok konpem akan melentok di dalam kelas. haip2! ada berani?? esok lecturer yg agak strict meyh.. hope mata nie takkan mengantuk dlm kelas nanti.. ngeee~ kalau tak. mamtiklahkenajwabsoalan! dush3~

dis entry is about. *merepek*

erm.. i miss someone.. 

someone yang pernah 
buat saya ketawa,
buat saya menangis,
buat saya marah,
buat saya cemburu,
buat saya keliru, 
buat saya geram
buat saya seronok,
buat saya sedih,
buat saya gembira,

someone yang 
selalu nasihatkan saya.
selalu buat joke bila sy marah.
selalu pujuk sy bila sy down..
selalu layan sy walaupun penat..
selalu tenangkan saya bila sy resah..
selalu dengar cerita2 sy merapu
selalu ingatkan saya tentang itu.. tentang ini..
selalu ajar sy untuk jadi lebih kuat.

dan yang paling penting. dia buat saya bahagia tanpa dia sedar.
sungguh2 rindunya pada dia.. 
Hei! kamu baik2 saja kan?? 
T___T

alangkah bagus kalau kamu juga rase apa yang aku rasa.. 

Finish~

sangat jatuh cinta sama encik ini! Sekian~

encik ini bukan dia. 










entry jiwang kah? agagaga... skali skala perlu dilayan rasa hati. ya dak? ngeeee~
apapun.. Hanya Allah Yang Tahu apa yang aku rasa dan hanya Allah yang Maha Mengetahui segala apa yang terjadi pada hambaNya.. 

p/s : Jom baca surat2 cinta daripada-Nya. Cinta DIA lebih utama.

jumpa lagi andai panjang umur.

p/p/s : kebahagiaan kamu kegembiraan bagiku.. ♥

leave now..

SALAM SAYANG,


♥ much more love for you! ♥

09 January 2011

apa motif ada blog?

salam

alhamdulillah.. hari nie line agak okay. so, boleh la blogwalking. hee..

tapi bila jalan2 kat blog orang. tetiba terfikir. apa motif aku buat blog ek? nak dapatkan follower? NOPE! nak kejar duit? lagi la bukan. so. what is the main point wujudnye blog nieh? adoyai.. diri sendiri pun tak tahu nak jawab. Ngeng! kadang2 rase macam taknak bagi orang follow dis blog... sebab sy tahu, my blog nie bukannye ada entry best2 pun. semuanya tentang my life. my emotion. my problem. such a boring story.. hohoho.. BUT. dats is the point kot. saya buat blog saje untuk suka2. rase nak menulis menaip. ececeh.. rajin plak menaip entry kan. taip esaiment malas plak.. keh3..

bukan la. just rase nak meluah. tapi tu la.. tak sangka plak sampai ada yang benci saya sebab blog nieh. agaga.. teruk sangat ke saya bercerita kat sini? rasenye takda pun kutuk2 orang. saya just luah apa yang saya rase je. kalo ter Emo tak tentu pasal tu memang banyak kali la.. ngeee.. tapi nak kata kutuk memvavivuta tu tak da kot. tapi entah la.. ada yang terasa kot. sebab tu sesukahati dia je cop sy nie sebagai Enemy dia. hailooh.. tak pasal2 aku ada musuh. grrr~ mencik! sepatutnya dia Tak Payah la Stalk my blog kalau taknak sakit hati. kan?? betul tak? aiggooo.. tak paham la manusia nie.. hmm.. terpulang la pada anda. hak memilih di tangan anda. sigh~

ekcheli. saya sudah sangat tersasar dr matlamat utama blog nie. dulu2 rasenye, saya buat blog sebab nak taruk nota2. kononnye nak sharing2 la kan.. tapi.. skali nak try share kan, saya sendiri pun terpaksa cedok dr blog orang lain. apakehey?? tak original la beb.. ai tak suka la copycat segala bagai nieh! tak gentle lorr. eh.. silap2.. tak ladies la gitu.. so, better ai cerita je pape yg merapu meraban tahap z sekalipun. janji semuanya keluar dari kepala otak ai. kan?? so, takda yang akn tuduh2 ai copycat ntah pape semua tu.. ya dak?? hehe

lagi satu, saya bukan jenis yang kejar keywords apa kebenda tu semua.. sy tak minat langsung. tak rase pun nak tarik visitor dtg untuk baca isu2 terkini kat my blog nie.. agagaga.. so, berblogging ikut cara sendiri je la lagi kan? lagi bagus... heeee.. dan satu lagi. saya memang suka buat entry panjang2.. saya tahu, jarang yang akan baca sampai habis.. but i don't mind.. yang penting saya puas hati bila menaip entry.. keh3.. 

saya hanya mencari kepuasan and keseronokkan dengan berblogging.. tak kisah sangat pun pasal jumlah komen or trafik or money and something like dats.. tapi bagi sesetengah orang. itu semua penting.. kalau blogger otai tak yah kira la.. hehe.. yg saya cakap, yg baru nk berjinak2 dgn alam blogging macam saya nieh.. hehe.. sebab tak fikir semua2 yg sy cakap kt atas tu. saya rase bebas nak berblog. tak rase macam terbeban. nak kena update selalu la.. nak kena blogwalk selalu la.. nak kena pandai guna keywords la.. itu lah ini la.. all i get now is FREEDOM! maaf la kalau ada yg stay dengan my blog then tengok sy tak hupdate.. sorie la ek. sy memang pemalas.. nak update pun kena tengok mood.. hehe

and for me la kan.. saya tak berapa suka blog yang terlalu mengejar trafik. and taruk cerita betul2 tentang isu2 semasa.. pantang ada cerita sensasi. terus buat entry pasal tuh. berebut2 nak menulis pasal tu.. hahaha... tapi bagus gak kan? dari pada blog2 macam nie la kita boleh dapatkan maklumat.. nak harap kan baca paper.. memang tak layan mane la jawabnye... *dats me* keh3.. so, Thanks la kepada blogger yg selalu update cerita2 sensasi tuh.. boleh saya tumpang baca.. hehehe

apapun. setiap orang punya motif tersendiri kenapa mereka ada blog. kan?? so, jangan cuba nak banding2 kan blog2 yg ada okeh! setiap orang ada style masing2.. ada yang klaka, mesra, peramah, garang. and macam2 lagi la.. tapi ada jugak yang sombong! haiissshhh.. and ada juga yang selalu tak puas hati dengan entry orang lain.. hehe.. komen pun macam tak ikhlas. pastu siap kondem2 empunya blog plak.. ayookkk!! macam2 la kan.. hehehe..

okey la.. dats all bebelan buat masa sekarang.. hehe.. tadi dah pegi tengok sekolah. ermm.. takda la besar sangat.. and takda la jauh sangat.. okey je la kot.. tapi hari pertama praktikum nanti maybe perlukan bantuan dak lelaki yg wat praktikum kat sek tu jugak, untuk drive kami ke sana.. hehe.. nerves plak. ngeee~

itu je la.. see you!

p/s : korang suka blog yg macam mane??

leave now. bubye~


repekan, 


♥ much more love for you! ♥

Tolong jaga dia baik-baik!

salam

mynotes : please take care of mr.lappy as you take care of yourself. wah! hehe

u know what? seharian tanpa mr.lappy. sy rase macam nak gimless jer.huhu.. tp nasib baik dia kembali ke pangkuan hari nie. ngeh3~ Thanks to Mr.format sebab repair my lappy nieh. hehehe.. walaupun banyak file dr my document yg hilang. T__T i don't care. janji mr.lappy kembali hidup. after nie memang nak jaga betul2 la. sape2 yg nak cucuk pendrive tu. sama sekali Tak Boleh dah.. sob3 T___T eh2.. takda la sampai macam tu.. selagi tak bawak bapak virus dlm pendrive.. i'm okay je.. heee ^__^

tapi banyak benda dah hilang bila format laptop nieh. agak sedih la. rase nak meraung2 je.. erk? takda la.. sy okay je.. i'm fine.. stakat bertakung sikit2 tu biasa la kan. ngeee.. bukan ape. terkilan sikit sebab semua ayat2 best yg saya simpan dh hilang! ayat2 motivasi semuanya tak sempat nak amik. sob3 T__T nanti2 kalau sedih2 lagi kena cari ayat penenang yg lain la plak.. huk3.. ayat2 tu semua sy simpan since 1st day my brokenheart start.. ayat2 tu la yg bg sy semangat untuk bangkit. ececeh.. ye ye or je kan? ngeee.. tapi itu la yg paling sy sayang. tapi apa boleh buat. dh windows lappy corrupt. dah tak boleh nak backup langsung.. huk3.. he said, he try his best to backup. tp tak boleh.. huk3.. but its okay la.. i dont mind.. *redha je la*

pastu, semua lagu lagan baru yg sy download guna tenet line merangkak nie semua dh hilang. nak donlod len macam dah tak mampu. sebab line memang sangat2 kronik skrg. grrrr~ my video lagu best2 pun hilang dah semua. Hoyeehhh!! suke3! giloss~ ngeee~

tapi bagus gak dah hilang semua. takda la susah payah sy kena pilih2 nak delete yg mane..sebab bila nk delete, rase sayang je.. padahal tak tengok sangat pun. hihihi.. and nasib baik sempat jugak transfer sedikit gambar2 dr mydocument masuk external. hehe.. kalau tak, mang habis la gambar baru2..fuhh.. lega. hee.. tu la. padan muka! sape suruh taknak ikut cakap mr.dia. dari dulu lagi cik abang dh pesan. jangan simpan file penting kat situ. nanti hilang.. bla bla bla.. pastu bleh plak sy duk cakap dia bising la merepek la..  hamek! skali dh rosak, pandai plak cari dia balik.. hehe =P

me : "Laptop xleh bukak. bla bla bla.. macam mane nieh?? "
mr.dia : "macam mana lagi. rendam je dalam air.. nanti okey la tu"

Hamekkk ko!! the best solution dia bagi.. haaaiissshhh.. sabor je la... rase nak pegi sepak laju2 je! orang serius. dia men2 plak. sigh~

tapi takpe la.. alhamdulillah. dh boleh bukak balik nie dah syukur sangat2 dh.. siap dapat windows7 lagi. walaupun tak ori. *excited sebentar* agagaga.. tapi takpe je. janji boleh guna lagi lappy nie.. lagipun. nie baru 1st time mr.lappy kena format after 3years wif me.. pandai kan sy jaga? ekekeke. perasan betul. ngeee~

oh. sorry kepada yg dtg melawat sy tapi sy tak lawat balik. bukan sombong or taknak kunjung korang balik. tp line sangat2 tidak mengizinkan.. sob3 T__T just boleh baca sikit2 je dr dashboard and baca tajuk je.. bila bukak je memang tak keluor langsung. huaaaaa.. menyampah la macam nieh! huk3 T__T nak loading blog sendiri pun amik masa yg lama. siap boleh tidur and bangun balik lagi tau! heee~

okeh la.stop kat sini je la ek.. sebab nak bagi mr.lappy rest plak.. *takot perkara lama kembali berulang* hehehe.. so, see you again! 

p/s : esok nak pegi tgk sekolah untuk praktikum. hope tak jauh sangat and takkan melalui jalan yg selalu jam.


notasiput : i meet him in my dream for the first time. and i see him on a picture for the second time. is't deejavu or myfate??



leave now. tata~ 


SALAM~





♥ much more love for you! ♥

07 January 2011

cerita semester

salam

sorry. terpaksa membiarkan my blog tidak dihupdate utk beberapa hari just becoz of masalah lineciput yang amat. nak buka fb pun take times. sangat2 menyesakkan dada. rase nak geget2 jer myberukbend nieh! hailooh.. nasib baik tak balik kat dinding. haisshh.. *kurang kesabaran sedikit* huk3 T__T

adakah celcom sedang mengsabotaj saya? haiihh.. tau la ai byr bill lambat.. tp jgn la sampai kipasusahmati nak connect. damn! argghhh! dah. malas komplen banyak2. kang merajuk lagi BB nie. tak pasal2 lak kang kena pegi wudhuk sbb nak bagi hilang geram *wah2.. bagus tak sy? ngeee* 

tomorrow is my 1st assembly for this year. sangat malas mau pegi! hope ada persembahan yang menarik la.. baru semangat sikit nak menapak ke dewan and mengeremkan bontot selama beberapa jam. keh3.. yang tak bestnyer. kelas pagi terpaksa ditunda utk waktu petang. after jumaat. grrr~ dislike dislike dislike!! tak payah buat terus tak boleh ke?? sigh~

sem nie sangat2 busy. i think. huh~ dengan praktikumnye. dengan amalinya. dengan presentation nye. hailooohh.. belum hadapi semua tu pun dah rase stress.. dan yang sangat tak best jadual akan jadi sangat3 Pack!! tasuke tasuke!!! yela.. ada ke patut minggu yang kena pegi sekolah untuk praktikum sebulan tuh pun kena ganti. mak aihh.. memang berganda2 la tugasan nanti.. aiggoooo~

rase nak je jerit kuat2 je "Saya Tak Suka Present!!" sob3 T___T nak2 kena present bila ada mass lecturer. i mean. kelas gabung2.. perghhh.. mr.nerves memang konpem datang la.. silap2 leh menggigil pegang nota.. agagaga.. yelah. bukan 2 3 4 mata je yg pandang kita. tp berpuluh2 mata tauk!! tu belum campo dengan mata2 tambahan lagi..si berkaca mata..  kih3 (O-O)

tapi sem nieh rase sedikit excited sebab ada amali yang nak kena dibuat kat sekolah keperluan khas. tiap2 minggu! hemoh2.. sheronok! hehe... rase sangat3 nak pegi tengok and ajar sendiri kanak2 prasekolah yg berkeperluan khas tu.. macam best jer.. hehe.. tapi my lecturer said. kena banyak sabar la. sebab ada yang sampai nak mengunyah pun cg yang kena ajar.. tambah2 nie awal tahun, so kebanyakkannye yg baru masuk masih tak tahu mcm mana nak urus diri.. kesian kan?? so. bersyukurlah anda sebab dilahirkan dengan normal and sihat tubuh badan.. 

for my Pj plak. kena buat lawatan ke organisasi sukan ape ntah. ingatkan boleh la keluar dr area KL.. tapi keciwa den sebab semua cadangan tempat lawatan semuanya ada kt KL nie.. adoyai.. kalo ipg lain mesti ada yg dtg sini kan?? jeles3!! sob3 T___T and sebab terlalu fanatikbombastik dengan bola yg sedang meletup2 baru nie, ramai plak yg suggest nak g FAM. eh. betul ke tuh? ahh. bantai.. hohoho.. agak2 boleh jumpe pemain bola tak?? ekekekeke.. gatai noh!! ngeee~

eh2.. apa fasal ai ceriter pasal my aktiviti nie.. perasan ada yg nak tahu.. keh3.. ahh.. layankan aje la ya.. muahaha... yela kan.. mana tahu kot2 ada yg duk intai2 ngendap segala bagai ag sebab nak tahu about my life kan.. so. nieh sy cakap kt dia hah! sila baca sampai habis ya makcik/pakcik sekalian.. lalalala~ =P

okeh. dah la.. its time to selep pula. sok perhimpunan!! argghhhh!! taksuke betul la.. tapi maybe bagus jugak. boleh kenal dgn pengarah baru.. ramai yg mengharapkan pengarah lelaki.. agagaga.. Kenapakah?? entah.. so, sama2 la nantikan.. huhu..

entry cecah lantai? *pedulik!!* muahahaha.. janji ai puas hati membebel.. hihihi...

okey. see ya again.. 

p/s : untung jadi cikgu. sebab banyak cuti. hee.. cuti bakal menjelma lagi.. hoyehh!! hehehe

siputkata : tak boleh mesej abang.. mesej adik pun jadilah.. hehe.. 







♥ much more love for you! ♥

04 January 2011

Random Topic ♥

salam

bila rasa malas update or takda topik nak buat entry.
mane lagi bagus?

Buat entry entah pape yang tetap boleh dikira sebagai update
atau
parking je entry lama selama berminggu2?

haiisshhh.. seriusly not i'm in mood to conteng2 kat sini.
just becoz of line internet yang sangat la gelong and lombab! grrr~
nak blogwalking pun takda mood! sigh~
rase macam nak tukar service Berukbend jer.
any suggestion?


nak yang caj bulanan murah tapi line O.K. 
especially area Lembah Pantai KL.
ada ke?? ngeeee~

tetiba merindui line tenet yg sedikit laju di rumah.
*erk? adakah ak hanya merindui internert di rumah?* agagaga
now, mula rasa macam nak demam rindu
not becoz of homesick okeh!! tidak tidak tidak!!
*tetap menafikan berkali2*
bukan2! tapi sebab ulser in my mouth nie hah! cait. alasan. huhu
tambah lagi dengan rahang yang sakit
and also fulus yang makin kurang. opss. takda kaitan.
*terpaksa berdiet. huk3 T__T*


Azam tahun nie : nak berjimat! 
segalanya perlu dikurangkan. termasuk makan.
T___T
dengan kadar metabolisme yg tinngi.. mampu ke nak kurangkan makan?
konpem tinggal rangka je nanti. haiiilloohhh. sadis betul la.
sape nak derma daging pd saya? bak sini cepat!! hehehe

sikalang sudah tired dengan kaedah2 menaikan berat badan. 
tak pernah jadik! mungkin sebab faktor genetik.
kalau betul itu punca. nampaknya saya perlu kawen cepat untuk menjadi cubby! keh3~
eh2. tak boleh. 2 years more to go.
then 1stly perlu buy a car. house. dslr. 
menabung. insurans. pelaburan. and bla bla bla.
hohoho. so many perancangan.
but kawen? not in my 4years planner. sangat awesome! ngeeee~

opss.. now sy sudah merapu meraban kan? hehe
so. lets stop it here.

p/s : sudah 2hari hadir kuliah. tapi satu nota pun tak disalin. kih3 =P

leave now

_______________________________
sorry for annoying entry from dis blog
_______________________________



♥ much more love for you! ♥

02 January 2011

update express

salam

Update express!

sekarang sudah berada di my lubely campus.
IPG KBM KL
*jejak kaki di bumi kl jam 4.40 am*

update after sudah siap mengemas. fenatfenatfenat!
dari pukul 12.30 p.m ~ 4.30 p.m.
*sila bayangkan barang2 and baju bajan saya hanya sedikit. TQ*

but. evrything just back to normal now.
sama je macam tahun lepas. nothing change.
printer di situ. tabung duit di situ and mr.lappy juga di situ. sigh~
*someone! decorate my room pelizzz!*

♥ my feberet kaler. pink purple and blue. all's there. ♥

okeh. everything is DONE! yea!
oh. my baby-baby di atas katil sudah memanggil.
"masa untuk berehat wahai tuan puteri" kata mereka.
HaHaHaHa
*kefenatan yang amat buat aku lebih berimaginasi. hihi*

esok dah mula kuliah. 
feel? excited macam baru masuk darjah satu?
ofkos la TIDAK! 
i will meet the same person again and again.
sudahjemumuakbosandengankorang. Ha Ha Ha *joking*
will meet my classmates. 23 kids. keh3 =P
*miss them all*

1st thing akan di tanye esok.
apakah kamu sedang membina lemak di rumah atau tidak? hak3 
and same question will be ask to me
"tak makan nasi ke duk kat rumah?"
and as usually i will answer
"tak. makan pasir jer" 
~lalalalala~

oh. i lost my cooler laptop.
i lost my extension untuk iron.
and also
i lost my slipper untuk ke tandas. grrr~
siapa buang hah?? 
sila pulangkan balik! sengal betul. ai sengaja tinggal tau!
bukan untuk dibuang la makcik!! haissshh~
*semua tu penting tahu tak!!!*

i'm T.I.R.E.D now

okey. dats all. see ya!

p/s : is using broadband rumate. sebab my beruk bend kena block. *streess*

P/S/S : elaun. cepatlah masuk!! ngeeee~ =P

leave now.

bubye

salam


play2student,


♥ much more love for you! ♥

01 January 2011

New year with tears ♥

salam

first of all. i wanna wish a happy happy new year buat semua! now its comes to the end of 2010 and here we are. in new tears. year. 2011. haihh.. dah2 la. ape ko ingat orang tak tahu ke hah? dush3! T__T

hamek! ngadap muko kawe semeta deh!
hadiah tahun baru. hee =P
apa perasaan korang bila masuk tahun baru nie? korang pegi sambut kat mane2 ke? ada pegi tengok konsert? bunga api? lampu2? or just like me? mengadap Tv tengok iron man dengan khusyuk dan tawadduk dengan hati yang sangat sayu. gosh. then sambung jumpe buah hati nie. my yayang a.k.a mr bloggie. haissshh.. tetiba rase tak bersemangat nak menghupdate. agagaga.. orang lain bersuka riang ria sambut tahun baru. ko lak munyuk macam ayam berak cair nieh apekehey! okeh2. jom SMILE!! ^____^ cis3! hipokrit betul. huh~

now i'm packing my baju bajan sebab dah nak balik oversea. kah3. perasan! setakat pegi kay el tu org tak heran la. tu tempat berak diorg je ko tau tak? ekeke.. dh jadi tempat tido makan berak aku jugak dah.. hailoohh.. 5 tahun setengah duk kat situ. kalo beranak memang dah boleh menyanyi dah anak aku tuh. tahu tak? keh3.. *banyak sangat program nyanyi knk2 skrg nieh* rosak anak bangsaku.. agagaga. T__T 

p/s dari cg.aien : "cg tak benarkan ank murid cg jd penyanyi. Faham!" ahaks~ 

okeh. sambung. Tahun baru saya kali nie disambut dengan linangan air mata. T____T untuk banyak sebab. dan punca utamanya ofkos la sebab 1hb Jan 2011 jam 9.30p.m. saya akan berambus dari rumah terchenta nie. huk3.. dan maybe akan balik semula pada bulan Februari. agagaga.. *bagus tak cg nieh? belum stat kuliah. tapi dah mula kira cuti* hihihihi =P 

sebab lain buat sy nagis ofkos la sbb teringat balik semua peristiwa suka duka sepanjang tahun 2010.

Sedih : tamatnye satu perhubungan (2008~2010)  


apapun.. khas untuk si awak.. thanks awak. sbb bagi saya kenal rasa cinta manusia. thanks sangat2 kat awak untuk semua yang awak dah korbankan untuk saya.. thanks jugak sebab pernah bersusah payah untuk saya. sanggup datang jumpe saya dari jauh.. thanks sebab pernah buat saya gembira. thanks sebab melepaskan saya dengan cara yg baik. thanks sebab awak dah pilih keputusan yang boleh buat awak bahagia.. i'm happy if u happy. thanks sesangat untuk semua rasa yang awak pernah bagi pada saya.. all i can say is.. Thank you awak.. semoga awak akan sentiasa bahagia di samping yang tersayang... dan sama2 kita doakan semoga kebahagiaan kita semua perolehi berkekalan hingga ke akhir hayat.. dan untuk terakhir kalinya.. saya sayang awak. T___T

yg ikhlas, sahabat..

Happy : dapat lesen memandu *impian tercapai* 

alhamdulillah. target nak dapatkan lesen sebelum 2011 tercapai. Thanks to Allah atas semua urusan yang Allah dah permudahkan untuk saya.. tapi dah dapat lesen pun tak best gak sebab takda kereta. sigh. tapi insyaAllah. 2013 i will have one.. amiinnn.. tolong aminkan okeh. hehe

Happy : dapat 4 baby baru dalam family. 

si abang kata. adiknya bernama Ben 10. kih2
so in love with dis boy!
semua cute macam aunt dia yg takcumil nieh. ekeke.. sorry la syg2 semua.. lupa la kamu lahir bila.. yang pasti kamu berempat akan jadi sebaya nanti. hehehe.. buat Nur Balqis Qistina, Muhd. Yusof Fakhry, Muhd. Rayyan Thaqif dan new babyboy yg masih belum bernama.. thanks for be born and be part of my life.. saranghae~

Happy : masih lagi mampu bernafas di tahun baru.. msih boleh lihat muka mak ayah. masih boleh bergurau senda dengan adik beradik. masih lagi boleh ketawa dengan anak2 buah.. alhamdulillah.. Thankyou Allah.

Thanks sis sbb bawa sy jalan2. ^_^
Love you all kids! Muaaah!

Happy : sebab tak banyak hal2 sedih yang saya ingat.. *percaya?*

Happy : sebab banyak perkara gembira yang saya coretkan kat sini. *untuk tatapan tahun depan*

dan yang paling penting. i'm tired now.. baju bajan hampir siap dimasukkan ke dalam 2 bijik beg. haishh. bengang betul la. silap plak bawak balik beg kecik hari tu. kang dah jadi 2 bijik beg skrg! ngeng betul la. adoyai.. ahh.. lantak la. janji semua baju penting dah selamat masuk. heeee..

and sorry sebab entry cecah lantai lagi. heee.. again.. "Happy New year Bloggers!"

p/s : apa azam utama korang tahun nie?? cakap cepat! hehe

leave now.. have a nice and blessing new year guys!

baibai 2010..


inlovewif2011, 


♥ much more love for you! ♥