Selamat Datang. Senyum Selalu!

31 May 2010

Ya Allah.. Bantulah mereka..


doa itu senjata orang mukmin...


doakan Syahid atau Kemenangan sampai ke tempat tujuan buat para sukarelawan bantuan kemanusiaan ke Gaza.. Semoga Allah menjayakan misi bantuan ini dan memberikan kekuatan dan kesabaran kepada para sukarelawan... amiin...



GESAAN KEPADA KERAJAAN DAN RAKYAT MALAYSIA MENGUTUK SERANGAN ISRAEL KE ATAS FLOTILA MISI BANTUAN KEMANUSIAAN LL4G KE GAZA
Perkembangan terkini flotilla Lifeline4Gaza;
1. Sebagaimana yang dimaklumi 7 buah kapal yang menyertai konvoi bantuan kemanusiaan antarabangsa ke Gaza sedang belayar menuju ke perairan Gaza melalui Laut Mediterranean. Konvoi ini diketuai oleh sebuah NGO daripada Turki iaitu Insani Yardim Vakfi (IHH). Maklumat terkini ialah kapal induk Mavi Marmara telah diserang oleh angkatan laut Israel. Akibat dari tindakan biadap ini 3 orang sukarelawan telah terkorban dan 30 lagi mengalami cedera parah.
2. Seramai 12 orang sukarelawan bersama-sama petugas media daripada Malaysia turut menyertai konvoi bantuan kemanusiaan ini. Mereka berada di atas kapal “Mavi Marmara”. Penyertaan mereka bersama konvoi ini adalah semata-mata atas dasar kemanusiaan.
3. Semua objektif dan pergerakan konvoi ini adalah berpandukan kepada Resolusi 1860 (2009) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan undang-undang maritim lain yang berkaitan. Antara lain, Resolusi 1860 menyebut antara lain
a) menyeru kepada penghantaran bantuan kemanusiaan kepada Gaza termasuk makanan, minyak dan kemudahan perubatan,
b) menggalakkan usaha-usaha membuka laluan dan mekanisma lain bagi tujuan menyampaikan bantuan kemanusiaan yang berterusan,
c) menyeru semua negara untuk menyokong usaha-usaha di peringkat antarabangsa bagi memperbaiki keadaan kemanusiaan dan ekonomi di Gaza, dan
d) mengecam semua bentuk keganasan dan serangan terhadap masyarakat awam dan semua bentuk terorisma.
Semua rakyat Malaysia yang terlibat di dalam konvoi ini berpegang teguh kepada peraturan dan undang-undang antarabangsa dan pekerti mulia sesuai dengan aspirasi negara Malaysia.
4. Konvoi ini membawa kira-kira 10,000 tan barangan bantuan. Seramai lebih 540 orang menaiki kapal Mavi Marmara, termasuk ahli parlimen, ahli akademik, petugas media, ulamak, seorang kanak-kanak berumur kurang daripada satu tahun dan juga seorang warga emas berumur lebih daripada 80 tahun. Tidak ada sebarang bentuk senjata dibawa bersama konvoi ini walaupun untuk tujuan mempertahankan diri. Fakta ini jelas menunjukkan bahawa konvoi ini adalah benar-benar sebuah konvoi bantuan kemanusiaan yang akan disampaikan oleh sukarelawan-sukarelawan dari kalangan masyarakat awam.
5. Berdasarkan kepada fakta-fakta ini jelas Israel secara biadap telah melanggar undang-undang antarabangsa. Apatah lagi serangan ini berlaku di perairan antarabangsa dan dilakukan ke atas sebuah kapal bantuan kemanusiaan yang tidak bersenjata yang bertujuan aman. Tindakan Israel menginjak-injak prinsip kemanusiaan ini wajar mendapat kutukan dari seluruh masyarakat antarabangsa yang cintakan keamanan dan keadilan.
6. Kami dengan ini menyeru supaya kerajaan Malaysia di bawah pimpinan YAB Dato’ Seri Mohd Najid Tun Abd Razak dan juga Datin Seri Paduka Rosmah Mansor sebagai Penaung kepada Tabung Bantuan Kemanusiaan Palestin mengeluarkan kenyataan rasmi mengutuk tindakan biadap dan kejam regim Zionis Israel yang telah bertindak di luar batas kemanusiaan dengan menyerang sebuah flotila kemananan yang bertujuan semata-mata untuk menghulurkan bantuan kepada rakyat Gaza yang teraniaya dan dizalimi sekian lama.
7. Kami juga menyeru PBB supaya mengadakan persidangan tergempar untuk meluluskan resolusi bagi mengambil tindakan paling tegas ke atas Israel, termasuk mengheret pemimpin mereka ke muka pengadilan.
8. Kami juga menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia untuk menyatakan bantahan dan kutukan paling keras ke atas Israel serta bersedia untuk menyokong apa-apa tindakan yang akan disusun seterusnya bagi menangani isu ini.
9. Kami juga menyeru kepada semua pemimpin-pemimpin politik, pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan dan rakyat seluruhnya supaya bergabung tenaga menyatakan sokongan kepada misi penghantaran bantuan kemanusiaan ke Gaza dan mengenakan tekanan ke atas Israel yang telah menyerang flotila Gaza sehingga menyebabkan kematian dan kecederaan di kalangan sukarelawan.
10. Kami seterusnya menyeru agar semua peringkat masyarakat dapat meneruskan doa dan solat hajat di masjid, surau, jabatan kerajaan, atau mana-mana tempat lain yang sesuai bagi memohon agar Allah SWT menjayakan misi bantuan ini dan memberikan kekuatan dan kesabaran kepada para sukarelawan.
Zulkifli Mohd Nani
Pengerusi
Pasukan Pengurusan Krisis dan sokongan keluarga misi LL4G Malaysia


♥ much more love for you! ♥

Tag by Nenek Rempit.. hehe

salam

apa khabar anak-anak cikgu hari nie? sihat? hemoh hemoh.. tiba2 lak ada anak.. ekekeke.. takpe la kan tak lama lagi jadi cikgu jugak kalau umur panjang.. insya Allah... hari nie TIDUR sy di ganggu.. huk3.. kena bagun awal [awal ke?hihi] and gerak ke dewan. hari nie ada Sambutan Hari Guru peringat my IPG.. awal2 agak bosan.. [banyak sangat perutusan yg di bacakan.. tp stu pon tak lekat dlm kepala.. adoyai..] ngantuk sgt sampai kepala melayan ke belakang huk3.. lepas tu baru ada persembahan.. seronok tengok show dikir barat, mang HEbaT la!! [thumb ups guys!] and tengok my lecturer nyanyi.. [oh.. encik pujaan hati.. lagu itu untuk sy kah?? ngeee~] perasan! takda maknanya.. dush3~ before majlis abes, sy dah keluar g makan.. hahaha [perutku terlalu menyeru-yeru makanan] kikiki~ then The End. ^_^

oleh sebab mOod sy agak Turun naik hari nie.. so, sy nak enjoykan diri sebentar dengan TAG.. yahuuu!! i like it aha aha... ^___^

terima kasih kepada nenek sb tag cucunda [betul ke ejaan mcm tu?] layann jer la.. muahahaha

lets begin the TAG (^______^) : ----->

10 fakta tentang saya

--> anak bongsu tak da adik..
--> ada 10 orang kakak
--> ada 5 orang abang
--> bakal guru [insya Allah.. preschool teacher]
--> asal terengganu
--> tak suka nasi Dagang
--> tak cantik tapi comey.. [sila muntah.. lalala~]
--> seorang perempuan
--> penyabar [puji diri sendiri dh ni.. hek3~]
--> anti perempuan yg suka kacau rumah tangga org.. lalala~

10 perkara menakutkan saya

--> tempat gelap dan sempit
--> kematian
--> cerita triller
--> tak lulus exam
--> bercakap di depan orang ramai
--> dimalukan secara tiba-tiba
--> terjatuh dalam gaung
--> laut
--> accident
--> perang

10 perkataan yang selalu saya sebut

--> aku
--> kau
--> astafirullahalazim
--> gane
--> hah?
--> dok eh
--> pastu?
--> yeke
--> ntah
--> dan banyak lagi.. muahaha

10 perkara yang amat bernilai

--> nyawa
--> ibu bpa
--> keluarga
--> kawan-kawan
--> laptop
--> beg duit
--> brodband
--> tiket balik.. ngeee~
--> kenangan
--> anggota badan

7 orang bertuah [wajib jawab tag nie tau.. ini arahan! muahaha]

--> maCy
--> asada
--> ayu

*kalau korg rajin buat la yer.. tak paksa pon.. hehe... have a nice day!!

p/s : kepala berat.. mata pedih... kontot memanggil supaya dipeluk.. leave.. bye~


♥ much more love for you! ♥

30 May 2010

PhoToGeNic cOntest

salam semua

now.. im back to my hostel again. huhu. masih perlu terpenjara di sini untuk beberapa hari lagi.. aisshh.. hate to think about it! i wanna go home now!!! huk. kalau la boleh berada di rumah dalam sekelip mata mesti best! jom pejam mata dan pikir ke mana anda mau pegi.. sekarang pejam mata!! dan celik balik.. pasti anda berada di tempat yg sama lagi kn.. sama mcm saya.. huwaaaaa.... sob3..

okeh2.. hr ni i got a tugasan from budak comey iaitu cik maCy. erk? comei ker?? hik3.. ok2 sy ngaku dia mang comey.. ^_^ i need to masuk a contest. macam mano nie? seyes tak pernah masuk pape contest sepanjang berbloging nie.. bkn tak berminat.. tp tak pandai.. miahaha.. pepon.. i try it today! thanks maCy coz ajk sy join contest yg sah2 sy akan kena reject awal2.. hak3.. apepun better try than never.. kikiki~

~lets begin~


tuan empunya contest. u should win. ngeee~

Here's the term and condition :
1.terbuka kepada semua peringkat umur.. *okeh! sy masih di bawah umur.. muahaha~ im sweet 20*
2.gambar anda seorang ! kalo ade org laen,saye REJECT.. *erk? bru nk buh gmbr ramai2.. huk3*
3.gambar anda mestila sePHOTOGENIC yg mungkin.. *muahaha... sah2 la takda..*
4.hanya sekeping gambar sahaja d benarkn ok ?? kalo pakwe nak join,tunggu next contest yeah .. *huk2.. takda pkwe camne?? ngeee..*
5.mestilah menjadi follower YEYEN aka IZYAN IZZATY. *DONE*
6.sediakn entry khas untuk contest ni dan tag minimum 3org .. *ayookk! i try ok.. heee*
7.letakkan BANNER CONTEST yg ada d sidebar saya d BLOG anda ok ?? :).. *orait!*
8.tarikh tutup contest ini ialah 30 JUNE 2010.. *lambat lagi..ngee*
++explain ape yg menarik dlm pics anda n part mane yg anda paling suke dlm pics tuh .. senyuman ker , mata yg hot ker .. pape jer lar , make sure berkenaan dgn pics anda ok ?? :) *okeh!*
^_^ Lets Begin ^_^
tadaaa..
dis is my picture yd dipertaruhkan untuk kena reject awal2.. muahaha.. ada nampak ke'genic'an di situ ke?? kalo nmpk sy bg 5cen.. miahaha.. kalo nampak kesopanan dan keayuan sy blanja eskrem tp sila bayar snri yek.. hik3~

apa yang menarik ek?? hah! nampk tak perbezaan background kt blkg tuh?? remaja dan dewasa. moga2 yg belah kiri akan bertukar dan jadi mcm yg tengah-tengah (pling comey.hihi) before bertukar kepada yg sebelah kanan pulak.. hehehe... just gurau jer.. ekcheli tak taupun yg sebelah kiri tu malay or Chinese hee.. about dis picture lak.. erm.. ms nie sy mkn kt kfc with mr Him. gmbr taun lepas dh nieh, ms sy msih lagi dgn mr Him. skrg tak da dah.. sob3.. andai itu takdirNya.. ni jer satu-satunya gmbr kenangan sy dgn dia. yg lain sume dh di delete. muakahkahkah (gelak syaitonirojim) ngeee~ sy simpan gmbr nie sb ni gmbr sy.. bkn gmbr dia.. walaupun dia yg tlong snapkan utk sy.. hihihi.. takpe kan?? apa sy pakai masa tu sume dh takda.. baju tu dh takda sb makin mengetat.. i dont like it.. so i throw it away. huhu.. speck tu dh tukor lain sb dipatahkan oleh my anak buah.. tudung tu just jd perhiasan dlm almari.. ngeee~ so sy rsa tu jer la part yg menarik pasal gmbr nie... hehehe... pasal rupa mang takda pape yg menarik.. i just got bulu mata yg panjang dan tak lentik.. just jadikan wiper cermin mata.. miahahaha.... someone call me bulu mata unta! ada ke patut.. grrrrrr~ dats ol~ the end.
next, tag minimum 3 orang : here you are!!

selamat mencuba... all the best guys!! hehehe ^_^

p/s :line sangat lembab malam nie.. mungkinkah terendam di dalam air hujan petang tadi?? grrr~


♥ much more love for you! ♥

29 May 2010

Dream comes true~

salam

*from pak cik google*

hari nie impian sy jadi kenyataan! alhamdulillah... akhirnya boleh jugak masuk pawagam tengok cerita SHREK FOREVER AFTER.. hehe... Thanks to my kakak and my abang sb belanja sy tiket wayang... ngeh3~ sayang kamo! ngeeee~ nanti2 sy mau dtg lagi la.. kita tengok cerita lain plak boleh?? hik3.. "mak aii... bagi betis nak peha plak yer!" dush3.


okey nie sinopsis yg sy wat sendiri ek. hehe. cerita kali nie pasal shrek yang bosan dengan rutin harian hidup dia dan akhirnya termakan pujuk rayu sorang mat kenit iaitu Rumpelstiltskin, ahli sihir yg nakkan kerajaan "far-far away" milik ayah fiona dr dulu lagi. so, shrek yg tengah tension nie tandatanganlah satu perjanjian dengan si kenit tadi. dia akan serahkan satu hari dalam hidup dia untuk jadi Orge yg ditakuti macam dulu2. so, dia serahkan hari dia dilahirkan.. bila semuanya bermula, shrek kehilangan segala-galanya. semua kawan-kawan dia tak kenal dia. Fiona pun tak kenal dia sebab tak pernah jumpa shrek. Donkey la yg tolong shrek utk batalkan perjanjian tu, Fiona pulak jadi pahlawan. mang hebat la. hehe.. dia yg bela Puss sampai jadi gemuk giler.. haha.. memang sangat comel la.. ada la part2 yg lawak and sedih.. pepon The End of the story, everything back to normal. yeah! happy ending


Puss yang ada mata comel.. haha.. dlm citer nie pon ada part dia buat-buat comel mcm tu.. masa dia nak suruh Donkey tolong jilatkan bulu dia yang basah. sebab dia tu gemuk sangat so lidah dia tak sampai nak jilat badan sendiri.. muahaha... mang gelak smpai tendang-tendang seat depan la time nie.. muahahaha.. just kidding.. sy gelak sopan okeh! ngeeee~


anak-anak shrek yang comel.. kembar tiga kan?? wahh... sy pun nak anak kembar!! sape nak bagi??? gatai noh! dush3 heeeee~

apa pon.. citer nie Happy Ending!! hehe...

pengajaran yg sy dapat dr cerita nie ialah

"hargai apa yang kita ada sebelum kita kehilangannya"

p/s : nie first time sy masuk pawagam after break with mr Him>. biasanya sy masuk tengok Movie dengan mr Him. so, bila macam nie.. kenangan lama kembali menggangu emosi sy.. and im crying alone in the dark with the laugh.. hahaha.. mcm bodoh jer kan.. tapi sy tak rsa kecewa sangat about ending of my love story nie sbb sy yakin sy dah berusaha utk bagi yg terbaik dan termampu semasa jadi seorang kekasih kpd mr Him.. peweett.. puji diri sndiri plak kn.. hehehe... takpe la, takdir tak menyebelahi kami. dia yang memilih untuk menamatkan cerita yang dia mulakan.. apa yg sy boleh buat.. terima je la.. hehe.. maybe dia dh jumpe someOne yg lagi membahagiakan hidup dia.. dats Good for him. kepada mereka, sy doakan kamu bahagia hingga ke akhir hayat.. amiin... apepon.. life must goes on!! everything happens for a reason..

kini sy rasa dunia sy lebih luas.. sy seperti si buta yg baru mula belajar menikmati kehidupan.. mula menghayati setiap insan yg hadir dalam hidup sy... mula nampak bahawa dunia nie penuh dengan kegembiraan kalau kita pandai mencarinya.. itulah hikmah tersembunyi barangkali.. semoga lebih banyak hikmah akan sy temui nanti.. insya Allah.. yang paling penting.. saya makin dekat dengan DIA... I LOVE ALLAH.. semoga sy akan terus begini.. insya Allah...

maaf.. sy merapu lagi..

okay, need to leave now.. see ya! bye~


♥ much more love for you! ♥

28 May 2010

okay! ini memang dairi yang tak perlu di baca. TQ

salam

ada orang cakap.
nape blog ko nie penuh dgn cerita hidup ko jer ek? nape nak heboh-heboh kat orang pasal benda mcm tu? menarik sangat ke cerita hidup ko nie? ada sesuatu yang hebat ke? tengok mcm takda pape pon. buat cerita panjang-panjang ko ingat ada orang nak baca ke? kalo rasa nak wat dairi.. baik beli buku jer. tulis kt situ. simpan utk ko sorg2..

huwaaaaaa..... meh aku nak jawab nie.
yang ko sebok kenapa? ikut suka aku la.. blog aku.. kalo tak nak baca. tak yah la baca! ada aku paksa ko baca?? hah! nie memang dairi aku pon. nape? takleh? seboookkkk jer!! hah, lagi satu. ko ingat meluah dalam dairi tu hebat ke? boleh ke buku tu bg nasihat kt ko? apa daa.. kalo kt sini.. ramai yg boleh bg nasihat tau! lu Pikir r sendiri!


argh! saya tak kisah pun orang nak baca ke tak nak baca. janji saya happy main-main kat sini.. muahaha... okeh sy ngaku! ini mmg mcm dairi. tapi.. salah ke??tak kira la.. nak tulis dairi gk kat sini.. hik3~

mood : macam-macam ada
location : atas bumi

rentetan peristiwa hari ini
  • keluar hostel melalui jalan bertar yg baru siap
sume batu melekat pada tapak kasut! nasib bek tak berlubang kasut putihku.. huk3. mat indon yg wat keje kt tepi2 jalan sebok tanya soklan.. menyampah aku!! bengong
  • terjumpa seseorang macam mr Him.
memang sejibik. cepat2 sy melarikan diri dan berlindung di sebalik tiang yg lebih kecil dr tubuh sy. muahahahaa.. tak da la.. but my heart beat so fast when i see dats guys! body, bentuk muka dan cara jalan.. Totally same!! tiba2 terpikir.. mcm mane kalo terjumpa mr Him yg betul? patut ke sy larik? hehehe...
  • almost kena langgar semasa melintas.
mengong nyer traffic lite. leh plak jd merah utk 2 saat jer.. mane sempat nak lintas! tp alhamdulillah sy masih selamat. huk3.. ngeri~
  • salah beli tiket lrt.
warghhh!! membazir duit aku.. mesin tolol r tu. lain yg aku tekan lain yg kuor. nasib baik sempat check balik price and beli again guna org di kaunter. moral of the story. beli jer kat kaunter.. grrrr~
  • di KL sentral : kauter tiket bas belum dibuka.
mang fedup giler ah. kena tunggu setengah jam before kaunter dibuka! terpaksa tercongok sorang diri tanpa buat apa-apa.. kalau tau, leh bawak buku siap-siap. leh gak tambah ilmu. ecehceh rajin la konon.. muahaha
  • masuk KFC dengan penuh semangat
dengan bangganya menuju ke KFc sb nak beli snack plate set. skali tengok menu breakfast. snack plate tak leh oder. keciwa. huk3 ada bubur yg tak menyelerakan. kena beratur panjang sb pekerja yg agak terkial-kial mengambil oder.. huh, so cancel and keluar balik dengan muka bengkek huhu
  • beli topup
mintak kad tak ada.. terpaksa la pakai easy reload. mak aihh.. punya la susah nak masukkan nombor. tambah plak tukang kedai yg duk mendengus mcm nak marah! aisehh.. rilex r brader, wa tak amek lu nyer fon la. sy tak biasa pakai fon tu la. sb tu lambat nk tekan nombor! ag stu bukan no sy. mcm mane nak laju! eeiiii.. kecoh r! mencikk!!
  • beli tiket balik terengganu
yesss!! 4hb im going home. nsb baik tiket tak abes lagi.. thanks to brader jual tiket. layanan mmg ada umpphh!! hik3
  • sempat beli jam baru. muahaha..
tapi longgar cikit.. huk3.. takpe la.. murah jer pun.. moga bertahan agak lama. ngeeee~
  • masa nak beli tiket utk ke Putrajaya boleh plak mat2 omputih tu men potong que!

issshhh.. nasib baik i sabau tau! kalo tak aku lompat sekeh kepala kome semua!! yeler.. pendek katakan.. grrrrrr~
  • masuk tren jumpa zulhuzaimi.
wakakaka.. just a guys yg agak kacak sebijik mcm zulhuzaimi.. sempat main mata dgn dia. muahahaha.. tak da maknanya. mata ko bengkak! tak yah tunjuk kt org. maluu! dush3~ tu la.. sape suh nages before tido.. lalalalala

  • joget-joget kt tangga dengan budak kacak tadi. muahaha..
naik tangga duk sebelah-sebelah.. nasib baik tak try buat-buat nk pengsan.. ekekekeke~ tak da maknanye.. sy ciap gerak menjauhi beliau lagi tau!
  • smpai putrajaya sentral, tergoda dengan bau roti..

sy singgah kedai roti and beli roti.. kelaparan tahap gaban dh. huhu. then wait for my sista dan brader utk dtg jemput sambil makan roti and mendapat pandang pelik dr seseorang.. hello awak! nape pandang2? nk roti ke?? sana da kedai.. pegi beli sendiri ek. muahaha. tak senonoh sgt ke cara aku makan? huk3..
  • dia datang dengan pesona. peweet..
my sista come and take me to breakfast, roti canai telur lak masuk mulut.. hahaha.. then g mydin beli barang2 the nampak ikan keli dalam akuarium.. erk?? geli... TAK NAK makan ikan keli dah pasnie.. tak sanggup... ngeeee~
  • balik umah makan n mandi n tidur n makan lagi.. muahahaha...

seronok leh borak-borak ngn my sister! luah semua perasaan kt dia.. thanks utk semua nasihat tu.. sy dah tenang sekarang.. dia nasihatkan saya..
"cukup2 lah buat baik kat orang yang tak tahu menghargai tu.. tak da maknanya kawan dengan orang mcm tu. just menyakitkan hati jer.."
mungkin betul apa yg my sis cakap. sy pun mcm dh keciwa giler dengan perangai dia tu.. so, keputusannya.. tak perlu jadi baik utk dia lagi.. noktah.
  • plan malam nie nak g tengok shrek kat pwgam.. muahaha...
seronok nyer... movie lewat malam.. hehehe.. harafp maaf, cerita korea terpaksa di tolak ke tepi buat sementara waktu. hehe. sabar ye hero-hero kacak semua.. nanti sy jumpa kamooo okeh! ngeee~


  • THE END
sejujurnya.. sy tak mengharapkan semua orang baca apa yg sy tulis, tak megharapkan semua orang tahu mcm mane perjalanan hidup sy.. sy juga tak memaksa sesiapa pun untuk mencatatkan ulasan mengenai penulisan sy yg merapu nie.. sy tahu, blog sy nie tak ada nilainya.. tapi sy sangat menyukai alam blog nie.. tolong jangan sekat sy untuk buat apa yang saya suka. sy seronok berada di sini dan seronok menjadi begini.. maaf kalau sy ada mengguris hati mana-mana pihak...

okeh dah abes tulis dairi...

leave~ bye


♥ much more love for you! ♥

27 May 2010

Budak Kecik dalam Beg besar

salam

tajuk entry yang tak ada kaitan! cuma budak kecik nak bercerita hehe



saya nak menjerit jap boleh? sila tutup telinga okey!!

YAHHUUUUUU!!!
HOYEHHH!!! HOYEHHHHH!!!
Ya Bedabeduuuuuuu!!!!
Yipeiii yIpeee andrreeek andreekkk!
hahahaha

Fuhh...
okeh! dah...
hihihi~

sekarang sy dah bebas!!
dah terlepas dari semua buku dan nota! yeah!
EXAM is OVER. hehe..


Holidayz time! yezzaaa!!
sekarang bermula la cuti olok-olok cikgu aien hahaha... seronok tak terkata nieh. walaupun terpikir gak nak buat apa ek masa cuti 3 minggu nanti, cehh, macam cuti lama jer kan muahaha. tak kisah la, janji cuti dan sy tetap tak sabar menanti 4Hb Mei 2010! weeeee~ tak sabar nak balik!! ohh Terengganu.. i miss You so much! wait for me okeh! kalau ada pakwe sedang menunggu mesti lagi best kan? hak3.. opsss! terlebih sudaa.. tp sy tak nak org terengganu. Boleh tak? dush3~ sy nak orang utara ada org utara tak kt sini!! jom kapel nak?? haha. tak serik lagi ke cik aien oih? erkk. ok serik dah? muahahaha...~ memilih sungguh kn! huhu

Balik Awal
skrg tetap tak boleh blk awal walaupun dah abes exam.. cam ampehh jer kan paksa-paksa org duk kat sini tanpa buat apa-apa. kalau duk kt umah dah boleh tambah lemak.. dah boleh save duit... dh boleh jalan-jalan pusing kampong! bestnyer... huh, sabar jer la..

Bercuti ke Pulau..
tapi takpe la.. esok sy akan berangkat ke Pulau Bali menaiki belon.. selamat tinggal semua.. nanti saya bawak balik ketam sekor sorg ya.. jgn berebut tau! haha.. sila percaya okeh! muahaha... tak ada la.. sy just nak g Putrajaya jer.. rumah my sister.. oh jimat duit makanku utk 3 hari.. ssshhhh.. ini adalah rahsia kita okeh.. hahahaha.. sebab sy bagi tau my sista, sy nk g rumah dia sebab nak tenangkan fikiran.. kt sini dh tak ada orang.. semua balik.. sy takot nanti sy nagis sorang-sorang bila teringatkan Mr Him yg sudah pergi itu.. sy tak ada tempat nk citer-citer.. sedih kan? dan tiba-tiba kakak sy bersimpati.. yess! taktik menjadi. muahahaha.. sayang kamu sis!! muahh!

Kampung menanti
sy tak boleh balik kampung lagi sebab still ada program kat Institut nie. ada sambutan Hari Guru pd 31hb. saje je tak nak bagi kami balik awal.. argghhh.. geram!! rugi tau duk sini lama-lama! dush3~ kena jugak tunggu sampai 4hb. kalu ponteng balik awal sah-sah HEP anta surat cinta kat penjamin! huwaaa... dh DUA kali dapat surat cinta tuh!! menci3x~ kes kecik pun nak anta surat ke?? adoyai... skemata tol la maktab nie.. Opss.. kutuk maktab snri plak. hik3

Tegur-menegur
hah! hari nie sy jadi gadis comel yg baik hati lagi.. bluweeekkk sila muntah. muahaha... baik hati cikit la, sebabnya.. sy menegur orang yg sakitkan hati sy tu.. sy senyum-senyum kt dia.. walaupun rsa mcm senyum kambing plus kerang busuk sb tak dilayan.. takpe la janji ikhlas, sy ckp-ckp cikit dgn dia. tp dia tak jawab pon. dan sy rasa kalo dia jawab mesti sesuatu yg menyakitkan telinga sy. so, bagus la dia diam jer.. hehehe

SETUJU
sila setuju bahawa saya memang seorang yang rajin menaip sebab suka sangat buat entry cecah lantai yang konpem orang tak nak baca sampai habes.. muahahahahaa. tapi tak kesah pun.. hak pengguna kan.. hihihi~



p/s : i didn't tell my mom dats i will go to putrajaya alone.. hehe.. sb tak nak dia risau. dia paling tak suka kalau sy keluar dr hostel sorang-sorang.. ngeeee~ bila dah sampai putrajaya nanti bru sy bg tahu dia takpe kan?? demi kepentingan bersama.. hehehe.. pastu sy akan tahan telinga untuk beberapa saat mendengar bebelan manis my mom sebelum dia akan cakap "mujurlah adik dah selamat sampai" hehehe... dats my mom! comei kan?? ngeee~

p/s to mom : i'm a BIG BIG BIG girl now walaupun sy kurus.. hehe.. dont worry too much for me okeh! sy tak akan bagi org buli sy dan sy tak akan bagi hati sy dilukai mcm hari tu lagi.. sorry mom for make you sad about my Sad Ending Love Story I LOve You Mom.. nanti terima je la sape-sape yg anta pinangan ek.. hahaha.. sempat lagi.. dush3~ from : anak bongsu yg tak manja.. hahaha (tipu!)

okey la.. budak kecik dh penat membebel.. hihi

leave~ Bye~ salam~


♥ much more love for you! ♥

26 May 2010

Not easy to be Me

salam



aisehh... malu nie.. hihi
yela.. semalam bkn main ag semangat tak nak post entry baru
nak fokus study dulu, nak abeskan exam dulu!! ngee~
tup2.. post jugak... nampak sangat tak tahan godaan.. dush3!

sok dh last exam. yahuuu! bau-bau cuti dah makin hampir.. emmmhhh.. sedapnye!! erk? tiba-tiba da bau megi.. aisshh.. sapa makan megi nieh.. wa dh la tengah lapar nieh... huk3. abaikan jer.

sebenarnya, sy ada satu persoalan yg sedang berlegar-legar di fikiran skrg.. rase nak tembak jer bagi hilang! ngee.. persoalannya adalah.. "Bila Saya Boleh Kawen?" muahahaha... tak da la.. dats not the question okeh!

soalannya mcm nie.. (mood : sad)

salah ke kalau kita berbuat baik pada orang :

yg selalu menyakiti hati kita..
yg selalu buat sindiran halus pd kita..
yg selalu marah-marah pd kita tanpa sebab..
yg selalu rasa tak puas hati dengan ayat-ayat kita..
yg selalu cari alasan untuk gaduh dgn kita..
yg selalu nak jadi lebih dr kita..
yg pernah rampas sesuatu dr kita..
yg pernah tikam kita dr belakang..
yg pernah nasihatkn kita supaya berundur demi kepentingan dia..
yg pernah buat baik pada kita tapi ada niat tersembunyi..
yg pernah menyebabkan kita terluka dan menangis..

someone said :
"plezzz!! dont be too naive. dont be too kind. dont be too blind. and dont act like you dont have a heart!! why should you be too kind for those who always hurting you? "

and i just said :
"what else can i do huh??
sy perlukan ketenangan..
and i will get it just by doing what people said DON'T!
its not easy okey!!

salah ke berbuat baik pada orang yang buat jahat pada kita??
apa yang sy buat tu salah ke?
memaafkan.. salah ke?
cuba melupakan.. salah ke?
stat new life.. salah ke?
ikhlaskan hati.. salah ke?

mereka buat sy berada dalam dilema..
sy tau orang-orang di sekeliling sy mula benci dengan sikap sy nie..
sb terlalu mudah untuk memaafkan..
dan sy pun dh mula benci dgn diri sy!

ya! i Hate Myself Right Now!!! Full Stop



The Way to Hapiness
keep your heart free from HATE
your mind free from WORRY
Live simply
Expect little
Give MUCH


leave~ bye.


♥ much more love for you! ♥

25 May 2010

rehat bersama sayangku

salam



wah.. belum berhabuk lagi sayamku ini ya!
pandai betoi kamo jaga diri.. muahaha..
sewel ker?? erk! hahaha... agak la.. otak dh tepu ni.. ngeh3

tapi hari nie sy relax-relax jap..
tenang otak kasi dia bernafas cikit.. oksigen plezz!!
well.. 3 paper dh abes!! yahuuu...
tinggal lagi 2 kertas... syoknyer!!
tak sabar nak bungkus sume nota and buh lam kotak.. ekekeke~

next

exam direct 4 hari mcm nie mang leh wat otak jem la..
konon-konon study hard! perah asam la kamo! muahaha
tapi.. hari nie mang betul-betul kena study hardcore punya!
sebab esok and lusa adalah subjek yg ganasss... hihihi

next

pelik betul la hari ni..
mcm mane la sy boleh MENGANTUK masa jawab esei td!! isshhh...
siap boleh sandar kepala kt dinding ag.. menguap mcm badak.. muahaha
tak senonoh betui anak dara ni... tp takpe.. bkn ada orang tengok pun.. lalalala~
SLEEPY kalo di layan.. konpem leh berlayar sampai ke korea..
sah2 lam mimpi duk dating dgn Kim Bum.. "oppaaa!! sarang heyo.. muahx!" haha
hah! tengok.. tak pegi korea lagi dh pndai ckp korea.
kalo pegi tak tau la mcm mane ak ckp... ekekeke~

next

well, hari nie dan esok sy akan jadi doktor! sila bangga! muahaha..
sebab esok exam anatomi dan fisiologi.
so kena la study badan-badan manusia nieh..
dah la tak dapat spot!! mcm mane nk study nieh!! huwaaa..

lusa plak sy akan jadi ahli muzik! ngeee~
sebab exam Pendidikan Muzik Prasekolah.
kena la bercinta n berdetim dengan Dalcroze, carl Orff, Kodaly..
wahhh... sume hebat2 nie!! agagagaga~ mampukah aku?

next

lepas abes sume exam tu sy akn study belog2 orang plak!! yehaaa!!
tak sabar nak cuti..
i got 7 days left before holidays!
so.. apa yg sy patot buat masa tuh ek??
patut ke sy pegi belajar berenang?? hihihi


next

ermmm.....
mengantuk sudaa...
penat jwab exam td..
kuat berperang katakan.. miahaha...

p/s :

okey la... need to stop now..
tunggu lagi dua hari..
sy akan mula masuk tempek muka sy kt belog2 kamooo semua...
sila muak tengok muka sy nanti okeh.. hahahaha
muka katun yg comei mcm saya.. ahaks!



dont miss me ya!!
perah asam lagi.. muahahaha
see ya!

daa... adios... salam

ZzZzZzZz......


♥ much more love for you! ♥

23 May 2010

meh adik ajar kakak!

salam...

......... KISAH PERTAMA ..............


mood : agak tenang + senyum (^^,)

hari ni sy nk cuba jd positif!
walaupun nmpak muka si sengal tu.. sy tetap senyum..
tiba-tiba nampak dia macam sakit jiwa.. miahahaha
nape ek? terbaca sesuatu ke wahai kamo?? lalalala
tu la.. sape suruh intai-intai.. kang dah berasap kepala otak..
pasnie konpem dtg intai lagi kn...
nak i buat entry spesel kt u ker?? muahahahaha

......... KISAH KEDUA ..................



ohh.. hri nie sy sgt bahagia bila kakak2 sy yg duk marah sy berfacebooking dtg menuntut ilmu dr saya.. hahaha. bru thu kehandalan adikmu ini berfacebooking ya! mcm2 sy ajr diorang.. bru thu selama nie.. depa sume duk tengok jer sy buat gaya comei dlm Fb tuh.. malu la konon nak tanye sy buat mcm mana.. muahahaha.. cian kakak2ku.. segala ilmu sudah ku turunkan.. sekarang masa untuk aku menyedut ilmu plak.. ngeee~

......... KISAH KETIGA ..................



huwaaa... esok exam nieh!!
tapi tetap duk layan benda nieh.. ayok!!
insaf.. insaf...insaf la cik aien oi!!! dush3~

mula dr esok dan 3 hari seterusnya sy akan pergi berperang!
pistol, bom, kereta kebal.. semuanya sy dh siapkan.. hak3
tinggal nak tembak dan mengebom jer kertas jawapan nanti.. ahaks!
minyak masak pon dah prepare awal2.. hahaha
cadang untuk goreng sampai rentung.. ngeeee~

sila amek tahu pasal jadual perang sy okeh dan tolong doakan sy selamat :

24hb : Perkembangan Kognitif kanak-kanak
wajib jadi mcm skinner, tahu NCTM, sains kanak-kanak, matematik kanak-kanak dll~

25hb : perkembangan Kreativiti Kanak-kanak
wajib tahu teori-teori kreativiti, pelukis2, cara bercerita, sosiodrama, bla3...

26hb : Anatomi dan Fisiologi
wajib tahu apa ada dlm tubuh, otot, tulang, saraf, usus, kulit, fungsi2 sistem and much3 more.. nyum3.. sedapnya chipsmore.. tiba2.. ngeee~

27hb : Pendidikan Muzik Prasekolah
wajib tahu krocet, minim, dalcroze, carloff, dan lain lain yang seangkatan dengannya...

hah!! direct empat paper tuh... waahhhhh saya shangat shuker ini macam!!
berasap kepala.. fuhhhh....
tolong sediakan alat pemadam api di tepi sy okeh!! tenkiu.. ngeeee~

......... KISAH KEEMPAT ............


sebok mengata orang.. diri sendiri tak tengok ker? ahaks!

...... KISAH KELIMA .............


saya akan tinggalkan sini selama beberapa hari...

tolong rindu saya... wakakaka~ takda maknanya.. dush3~

okeh2.. study time.. chow... adios... salam... Muah!!

p/s : entry cecah lantai lagik ker? ngeee~


♥ much more love for you! ♥

22 May 2010

hanya DIA yg aku mahu

salam...



maaf...
sy mula rasa orang yg datang ke sini akan bosan dengan entry2 sy nie..
mula muak dengan cerita-cerita di sini...
penuh dengan emosi yang tak pernah habis..
tapi tolong jangan marahkan sy...
Blog ini adalah kepunyaan sy..
Diari elektronik sy..
jadi sy berhak untuk melakar apa saja di sini kan?
dan sy tak sesekali memaksa kamu untuk membaca..

sy tak kisah kalo ada kwn2 yg terjumpa dan membaca diari sy ini.
sebab semasa sy menulis di sini.. sy sudah pun pikirkan hal tu..
dan sy sudah bersedia.. cuma..
tOlonglah jangan ulas balik apa yg sy tulis di sini ke alam realiti..
apa yg sy tinggalkan di sini biarkan ia berada di sini sahaja!

.............................................................

ketenangan hati saya sentiasa di ganggu..
saat sy cuba belajar memaafkan..
menghapus kebencian..
kenapa mesti wujud benda baru yang mengganggu?
sampai bila sy perlu bersabar?

Ya Allah...
adakah hambaMu ini mampu untuk terus bersabar?
masih mampu mengukir senyuman walaupun hati menahan sakit.
aku tahu.. mereka bergembira saat aku menangis..
dan mereka akan menangis jika aku ketawa..
tapi.. Aku yakin dengan ayat-ayat cintaMu..
''Jika kamu bersabar dan bertakwa..
nescaya tipu daya mereka sedikit pun tidak akan mendatangkan kemudaratan kepadamu..
kerna ALLAH tahu segala apa yg mereka sedang kerjakan..''
SubahanAllah.. hanya padaMu aku bergantung harapan...

Hanya Engkau yg mengetahui apa yg ada di hati mereka..
dan hanya Engkau juga yg mengetahui apa yg ada dihatiku..
andai ini adalah ujian atas kelalaian ku selama ini..
aku terima dengan REDHA... insyaAllah..

hanya PadaMU..
aku mohon ketabahan..
ampuni hambaMu ini...
amiin...



p/s kepada mereka :
sy tahu kamu mengintai sy di sini bukan..
ingin melihat keadaan sy barangkali..
gembirakah bukan melihat sy begini?
ketawalah.. bergembiralah..
mungkin sampai satu saat nanti..
kamu akan sedar..
ini hanya pentas mainan semata-mata..


♥ much more love for you! ♥

21 May 2010

bagi BUNGA dapat TAIK

salam...


ada orang tanya.. kenapa saya suke update blog?
erm.. apa patut saya jawab ek?? ngeeee~
saya update bukan sb saya nak orang sentiasa nampak saya nie rajin..
(tp mmg rajin pon.. lalala)
bukan juga nak orang datang komen entry sy yang tak tentu hala tu..
entry yang hanya boleh dikira sebagai repekan semata-mata..
(sampah jer semua tu.. nti DBKL dtg amek.. ngeeee~)
tapi kalau ada yang bg respond.. sy gembira.. mereka bg semangat pada saya..
bg saya rasa yang dalam alam maya ni.. saya tak keseorangan.. thanks semua!

saya cuma suke meluah.. itu jer kot sebab utama dia..
kadang-kadang nak cerita face to face pada kawan.. rase malu ada gak..
sbb mcm tak penting pon.. so.. daripada sy menyakitkan telinga mereka..
baik saya cerita kat sini jer...
terpulanglah pada readers sama ada nk baca atau tak nak...
betul tak??? betul3!! gaya upin ipin (erk? jawab sendiri plak.. hihihi)

opss... itu baru mukadimmah.. hahaha..
macam jawab soalan esei jer kan.. al maklumlah sekarang kan musim exam.
terbawa-bawa kerajinan mengarang panjang2 ala esei..
(konon2 suke soalan esei.. Boooooo~)

sari berita utama : BAGI BUNGA DAPAT TAIK

wahh... mcm kasar jer bunyinya kan.. ngeeeee~
bukan apa.. saya just rasa tak puas hati jer kat sesorang nie.. (tolong jgn tanya siapa dia okeh!) sy just andaikan dia bernama 'Xy' la... pelik ker.. tak main la A atau B.. bosan.. ngeee~

Xy nie mang sy anggap kawan... dh banyak kali Xy sakitkan hati sy.. tp sy wat bodo jer.. yela.. tak nak la musuh-musuh dengan kwan sendiri kan.. setiap kali sy cuba wat baik.. pikir positif ttg Xy.. mesti ada jer benda lain yg Xy buat untuk sakitkan hati saya.. dan.. apa yg Xy buat tuh BUKAN TAK sengaja.. tapi memang terang lagi bersuluh SENGAJA nak menyakitkan hati saya... sampai orang lain pun sedar dia sengaja nak sakitkan hati sy.. hah! amacam.. sy sendiri ker yg terlebih beremosi?? huhu. kenapa la ada orang macam nie dalam hidup saya... sedih la.. huk3.. mungkin sbb sy nie baik sangat kot.. (sila muntah..lalala)

penat dh nie bersabar... rase nak meletup dh hati nie duk tahan sabar tau! ape lagi yg kamo tak puas hati nie?? jangan jadi budak-budak lagi boleh tak?? adoyai.. penat la macam nie.. kita dah baik-baik ngn dia.. tiba-tiba cari point nk sakitkan hati kita pulak.. tolong lah.. sy dah malas la nk tahu pasal hidup kamo tu.. tak ada kaitan dengan saya pun... tak payah nak tunjuk pada sy lagi.. tak payah nak wat sy jeles lagi la.. sb sy memang dh tak jeles.. kamu tahu tak Xy.. apa yg kamu buat td tu mcm lawak je bagi sy tau.. dulu2 mang la skit hati.. ya! kamu berjaya.. TAPI itu dulu. skrg dh tak rasa pape la.. sy gelak bagai org gila tadi tau.. siap guling-guling atas lantai lagi!! lompat2 smbil pegang perut.. haha... dasyat kan? (tu semua hampir2 sy buat.. tp malu. so tak jadi buat. just gelak tendang2 meja jer.. ekekeke)

apa yang saya bagi pada kamu tu terima je la eh... ikhlas dr hati.. tp terpulang la pada kamu nk anggap mcm mane.. nak kata saya belagak ke buat-buat baik ker.. terpulang la okeh! cuma sy malas dh nk cr pasal dgn kamu... NOKTAH

tin kosong : pelik dengan satu makluk asing nie.. dh ada buah hati yg disayangi bagai nak rak heboh satu kampung.. tp still keluar dengan orang lain.. siap tunjuk kat masyarakat kampung lagi.. adoyai.. pelik2... di mana kesetiaan kamu wahai makhluk?? jangan sampai si dia juga memperlakukan kamu begitu sudaa... tak elok rasanya mempermainkan perasaan dua manusia serentak.. sekadar renungan~ ngeee..

hahaha... dri sendiri pon tak lulus bab2 duniawi nie ada hati nak nasihat org pulak.. buat ape nak campo idup org lain?? pegi @#$%^& laa... blahhh r lu! booooo~

p/s : entry cecah lantai lagi... hahaha... aku nie suke betol wat sampah sarap kt sini... ngeee~

rumusan cerita macam nie :




♥ much more love for you! ♥

bila nak beranak sendiri? ngeee~

salam...




Happy Birthday To me~
semoga ALLAH merahmatiku setiap masa dan
memberikan kegembiraan buatku di dunia dan di akhirat...
semoga cepat kawen dan cepat boleh beli kereta.. amiinnnn...
tolong amiin kan... tQ (^^,)

ting tong!
Jangan tertipu ya..
hari ni bukan birthday saya pon.. ekekeke~
saje gatai-gatai nak wish.. heeee~

hari nie birthday three of my frenz..
kongsi tarikh yang sama.. tp bukan kembar.. ngeee~
lain mak lain ayah dan lain negeri tapi tarikh dan tahun yang sama..
masa mereka diberanakan tak tau la same tak.. hehe
Happy Birthday to triple of you!!
May Allah Bless all of you forever.. amiin...
dan kepada sape-sape yang menyambut hari lahir hari nie..
epy birthdayz to You too! may happiness be with u all the time! aminn...

kalau setiap hari adalah hari lahir saya..
mesti kegembiraan jer yang akan saya dapat.. maybe la..
ye la kan.. hari-hari orang doakan kita.. wish yg baik-baik untuk kita...
itu pun kalau kawan-kawan ingat la.. ekekeke~
lagi best kalau dapat hadiah hari-hari... ahaks!
bajet femes nk dapat hadiah hari2... agagagaga~



nanti saya juga akan sambut hari lahir sendiri.. weee~
tapi bila la agaknya saya yang akn melahirkan manusia yg akan sambut hari lahir?
mampu ke sy jadi ibu?? wah.. bestnya kalau ada baby.. hik3
saya suke tengok ibu-ibu yg mengandung.. rasa nak g sentuh jer perut dia..
kadang-kadang terbayang... apa yg baby tuh buat dalam perut eh..
main-main tarik tali pusat ker or duk main bilang-bilang jari?? ngeeee~
dush3~ sila kembali ke realiti wahai cik aien!!!

tapi bila tiba hari lahir sy nanti.. mesti sedih..
sebab umur dh bertambah... (tapi tetap mantain comel.. hik3)
bila umur bertambah..
rumah kata pergi.. kubur kata mari.. huk3.. takut~

aiisehh... tiba-tiba lak emosi bertukar.. ngeee~
takpe la kan.. saling ingat mengingati...

dah la... tak tau dah nak merepek ape lagi...
nak study.. tapi mood study tak ada.. huk3..
nape la malas sangat nieh..
erm.. hati dah ada kat rumah... huk
tak sabar nak cuti... huwaaa... nak balik!!!
miss them so much!

p/s : tolong doakan saya rajin untuk study ya! tenkiu~ muahh!!



♥ much more love for you! ♥