Selamat Datang. Senyum Selalu!

31 July 2010

gembira itu happy

salam



sihat ke sahabat sekalian?? kalau tak sihat, jangan lupe makan ubat ya!! soo... ape korang buat weekend nie?? jalan2? makan2? dating2? or tidor2 sahaja?? hehe.. well, tak kisah la ape pon kan, janji semuanya baik-baik saja..

jangan buang masa dengan aktiviti yang tak berfaedah sudah!
do some activities okey!
amalkan gaya hidup yang sihat!
ececeh.. promot plak.. ekekeke

hah! hari nie sy keluar menghabiskan duit lagi. yahuu.. *kalau my mom tau, konpem kena piat* hehe. sy just keluar jejalan kat lowyat jer. saya beli harta idaman saya iaitu external hard disk. hehe.. rase lega sgt bila dah beli tu. walaupun tak dapat brand yang saya nak. its okay la.. yang sy amek nie pun tak kurang hebatnya.. *alahai.. keciannya.. pujuk diri nampak. hehe* takda la, sy beli ape yg sy mampu la. kalau sukakan brand yg power2 tapi fulus takda tak jadi jugak kn. huhuhu..

Beli la Ikut kemampuan.
ukur baju dibadan sendiri
betul tak? hehe

tapi, tujuan saya tetap tersasar sedikit. sebabnya saya TERBELI speaker kecil jugak. adoyai.. tak pernah pikir pun nak beli. huhu. tapi bila ingat nak buat mengajar nanti.. dengan bangganya saya amek dan terus bayar! walawehh.. tak pikir panjang beb! hehe.. bila dah bayar baru la rase nak jual balik.. sob3

menyesal dahulu pendapatan
menyesal kemudian tiada gunanya

okeh! dah la cerita pasal gadget2 nie.. kang my sis baca my blog nie habis la.. Seguni dia membebel kang. hak3.. dia selalu cakap saya nie GILA teknologi! *mane ada gila. minat je cikit* ngeh3.. kadang2 terpikir gak. kenapa my frenz tak da perasaan langsung tgk benda2 berkaitan teknologi nie ek.. best la diorang kan.. SAVE duit maa.. saya jugak yang selalu POKAI awal. hahaha.. saja cari penyakit.. lalalala

sendiri buat sendiri tanggung!

malam nie nak Blogwalking.. yahuuu!! i like it.. tadi memenatkan kaki berjalan2.. sekarang sy nak memenatkan mata membaca entry2 orang plak.. kih3.. Ready!! go! hehe

okey! see ya guys!! tata..

jap2.. sebelum tu.. nak tanye korang.. apa yang korang akan buat pada orang yang rase terganggu dengan kehadiran korang? i mean di alam maya nie la.. sampai korang boleh nampak dia rase tak tenang. hehe.. WHAT YOU GONNA DO? biarkan dia tetap macam tu atau korang undurkan diri.. tak kacau dia lagi atau korang makin kacau dia?? hahaha.. just a survey.. hehe

p/s : kesian budak itu.. aku hadir tanpa sebarang propaganda tapi telah di salah ertikan..

jom blogwalk bersama saya.. kita melompat-lompat di alam maya!! jom!! hehe


see ya.. tata.. SALAM

yg Happy,


♥ much more love for you! ♥

satu malam bersama kalian


salam hujung minggu buat semua..

semoga hujung minggu korang terisi dengan aktiviti2 yg berfaedah..
jangan jadi mcm weekend saya.
*terisi dengan tidur semata-mata* hahaha

ekcheli, entry nie just nak tunjuk gambar je sikit.
gambar masa konsert UNIQUE known as U.N.I.C
tak banyak dan tak clear sangat pon
just rase nak tunjuk jugak. hehe
*amek gambar pakai Nset sony jer*

(nie kumpulan jemputan dr USIM)

for me
tak kisah la Unique or Unic
Group nie memang best!
dah lama saya tak hadirkan diri di konsert nasyid!
alhamdulillah.. semalam dapat peluang pergi
tiket pun murah jer.. just Rm5. leh duk seat depan lagi. hehe

teringat dulu2.. selalu g tengok nasyid wif my family
kena bayar Rm10 pon belum tentu dapat duk depan. huhu

(walaupun hanya bertiga.. mereka tetap HEBAT!)

tapi yang SEDIH nya semalam
warga2 kampus saya nie tak bagi sambutan langsung!!
rase macam boleh kira je berapa orang yang datang tengok
sedih sangat!
maybe kalau bawak ella ke, datuk siti ke, elyana ke
baru la dewan akan penuh kot!
entah2 persembahan stat pukul 9.. diorang dh datang pukul 7. huhu

satu lagi, mentaliti masyarakat kita nie payah nak dikikis
bila cakap minat Nasyid jer..
cepat2 diorang cop jadi USTAZAH!
nak layan lagu nasyid jer.
dah kena cop BUDAK SURAU!

ape kes nieh??
aku pantang betul la..
kadang2 rase nak jer cakap kt diorang
" dengar nasyid boleh gak buat ingat tuhan"
"duk dengar lagu jiwang wat ingat buah hati pastu lupa Tuhan! mbazir"
"korang pilih la nak yang mane?"
"tapi kalau ALLAH tak ingat kat korang jangan nak marah plak!"
"sendiri pilih la.. huh"

(nie plak kumpulan nasyid selingan dr my Kampus. BEST!)

okeh! stop talking about dis!
rase panas jer.. huhu
tapi yela kan.
masing2 punya taste sendiri nak pilih hiburan macam mana
terpulang la pada korang.
tapi tolong jangan nak memandai tegur aku, cakap
"woo.. dengar nasyid.. warak sungguh!"
memang s**l la org cenggitu. huh~
nak kena sembur pedas2 dr mulut aku nie try la habaq lagu tu noh!

(tak puas tengok diorang nyanyi. hee)

~sigh~
okeh! dah2.. Full Stop
kalau membebel pasal nieh,
sampai esok pon tak habis.. hehe

(jom posing dengan Unique! hehe)

special thanks to Unique sbb sudi datang ke my Kampus
dari awal kemunculan U.N.I.C lagi i like dis Group!!
kebanyakkan lagu2 mereka memang saya suke sangat3!!

hah! ahli baru kumpulan tu adalah Fakhrul Radhi
dia Juara AKademi Al-Quran utk musim ke-3
saya sendiri pun tak tahu. hehe
patut la macam pernah tengok.. ececeh.. dang2 jer.. hihihi
apepon
vokal ketiga2 mereka nie memang mantap!
lagu yang dipersembahkan pun memang sangat POWER!
*nampak sy mcm sgt excited kan?* hehe

(my junior yg sempat juga bergambar)

thanks juga kepada tetamu-tetamu jemputan dari IPG lain
sebab sudi datang memeriahkan majlis..
nasib baik korang datang..
nampak penuh la juga dewan tu. huhu

okeh la! dah lewat nie

see you again guys!!

selamat berhujung minggu!!
have a nice day!!

salam


♥ much more love for you! ♥

30 July 2010

Hari Jumaat yang Berkat

salam hari jumaat buat semua..

sebelum saya mula merapu meraban ntah pape.. ape kata kita tambahkan sedikit pengetahuan mengenai kelebihan hari jumaat.. semoga Allah memberkati kita pada hari nie iaitu Penghulu segala Hari buat Umat Islam.. insya Allah.. jom baca!!

Kelebihan Hari Jumaat

  • JUMAAT adalah hari paling mulia serta mempunyai beberapa fadilatnya untuk direnungi.Kitab As Sabi’ iyahti Fi Mawa’izhil Bariyyat banyak memaparkan peristiwa agung yang berlaku pada Jumaat. Antara peristiwa itu ialah perkahwinan Nabi Adam dan Hawa; Nabi Yusuf dengan Zulaiha: Nabi Musa dengan Shafura binti Syuaib; Rasulullah saw dengan Khadijah; Rasulullah dengan Siti Aisyah binti Abu Bakar serta Ali bin Abi Thalib dengan Fatimah Zahara binti Muhammad.
  • Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah bersabda, maksudnya: “Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah Jumaat, pada hari itulah, Adam diciptakan dan pada hari itulah juga dia dikeluarkan dari syurga.
  • “Pada Jumaat juga kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.” (Hadis riwayat Muslim).
  • Dalam hadis lain, Rasulullah bersabda yang bermaksud : “Hari yang dijanjikan ialah hari kiamat, hari yang disaksikan ialah hari Arafah dan hari yang menyaksikan ialah hari Jumaat. Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia dan afdal daripada hari Jumaat.
  • “Pada hari itu terdapat suatu masa di mana seorang hamba mukmin apabila meminta (berdoa) kepada Allah sesuatu kebaikan melainkan Allah memakbulkan doanya atau ia meminta Allah melindunginya daripada sesuatu kejahatan melainkan Allah melindunginya daripada kejahatan.” (Hadis riwayat Tirmizi).
  • Solat Jumaat dua rakaat yang difardukan ke atas umat Islam membuktikan hari itu adalah semulia hari yang perlu ambil manfaat untuk mendapatkan ganjaran Allah daripada setiap amal ibadat yang dilaksanakan.
  • Rasulullah bersabda: “Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat pertama, dia umpama berkorban seekor unta.
  • “Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat kedua, dia seperti berkorban seekor lembu.
  • “Barang siapa yang menghadiri solat Jumaat pada saat yang ketiga, dia seperti berkorban seekor kibas.
  • “Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat keempat, dia seperti memberi hadiah seekor ibu ayam dan sesiapa hadir solat pada saat kelima, dia seolah-olah memberi hadiah sebiji telur.”
  • Apabila imam naik ke mimbar, malaikat menutup buku catatannya dan ikut mendengar khutbah. Justeru, sesiapa yang datang untuk solat selepas itu seolah-olah dia hanya datang untuk solat semata-mata, tidak direkodkan dalam buku kehadiran malaikat.
  • Umat Islam juga dituntut membuat persediaan sebelum menghadiri solat Jumaat untuk mendapat fadilatnya, termasuk dalam berwuduk, mandi sunat dan tertib ketika menghadiri solat Jumaat.
  • Imam Muslim meriwayatkan sebuah hadis Rasulullah yang bermaksud: “Sesiapa berwuduk lalu memperelokkan wuduknya, kemudian mendatangi solat Jumaat, terus mendengar dan berdiam diri, tidak berbicara sama sekali, maka diberi tambahan tiga hari lagi.

“Sesiapa yang memegang kerikil untuk dimainkan sehingga tidak memperhatikan isi khutbah, sesungguhnya dia telah melakukan kelalaian, yakni bersalah.”
  • Hadis di atas membuktikan bahawa Islam memberi penekanan terhadap perlunya makmum menumpukan kepada khutbah yang disampaikan. Isi kandungannya khutbah perlu diteliti bukan hanya sebagai sumber ilmu, malah mencakupi teguran, pembinaan hidup dan nasihat yang berguna.
  • Daripada Ibnu Umar bahawa Rasulullah bersabda: “Jika seseorang antara kalian mendatangi solat Jumaat, maka hendaklah mandi dulu.” (Muttafaq ‘alaih)
  • Daripada Samurah, diriwayatkan bahawa Rasulullah pernah bersabda: “Sesiapa yang berwuduk pada Jumaat, maka dengan keringanan itu, bolehlah dilakukan tanpa mandi tetapi mandi itu adalah lebih utama.” (Hadis riwayat Imam Abu Daud dan Termizi).
  • Kemuliaan yang ada pada Jumaat meletakkannya sebagai ‘penghulu’ segala hari.
  • Hadis Rasulullah yang diriwayatkan Abu Hurairah yang bermaksud: “Jumaat dinamakan sebagai ‘Saidul aiyam’ iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari).”


Ada banyak hadis dan riwayat mengenai kelebihan hari Jumaat. yang bertujuan menceritakan ganjaran yang perlu direbut oleh umat Islam. Antaranya:

  • Orang yang meninggal dunia pada hari Jumaat akan terlepas soal jawab kubur hingga hari Kiamat.
  • Sesiapa yang membaca surah Ali Imran pada hari Jumaat, maka Allah dan malaikat mendoakan kebaikan ke atasnya sehingga matahari terbenam pada hari itu.
  • Sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abi Said Al-Khudri bermaksud: “Sesiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, Allah menerangi hidupnya antara dua Jumaat.”
  • Sesiapa membaca Surah Yassin pada malam Jumaat, Allah mengampunkan dosa kecil yang dilakukan, demikian menurut hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abi Hurairah.
  • Sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abdullah Ibn Abi Khatadah, bermaksud: Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat seolah-olah dirinya bersih hingga Jumaat akan datang.
  • Mereka yang mendirikan solat Jumaat antara satu Jumaat ke satu Jumaat berikutnya, maka Allah mengkifaratkan atau mengelakkan dia daripada terbabit dosa besar.
  • Mereka yang berdoa dengan penuh keikhlasan hati pada Jumaat, mudah dimakbulkan Allah.
subahanallah.. lihatlah betapa banyaknya kelebihan Hari Jumaat nie.. setiap yang kita lakukan pasti punya ganjaran tersendiri.. itu menunjukkan Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. DIA takkan biarkan setiap amalan hamba-hambanya itu sia-sia begitu sahaja..

sama-sama lah kita perbaiki diri semoga apa yang dilakukan hari ini mendapat ganjaran pahala dari Allah Yang Esa.. insya Allah..

p/s : sumber dari SINI

okey la.. dah tamat.. terima kasih kepada yg sudi membaca.. semoga mendapat berkat dan rahmat Dari-NYA. kepada yang malas nak baca itu.. anda sangat rugi!

apepun.. selamat berhari JUMAAT buat semua.. jumpa lagi.. salam..

hamba yg fakir,


♥ much more love for you! ♥

28 July 2010

pengalaman pertama.. WOW!


salam

hye guys! sihat ke hari nie? kalau agak2 tak sihat tu cepat2 pergi jumpe doktor tau!! skrg nie mcm2 penyakit berjangkit ada tau. so BEWARE okeh! opss.. entry nie bukan pasal penyakit ke ape ke ek.. hehe.. just about my kampus life.. hehe

=============================

Sungguh Hebat Dugaan Hari nie.. sabar je la..
awal2 pagi, my classmates dah breakfast makan cake dari secret recipe.
memang Terliur jugak la. tp cikit jer laa.. hihihi
perut cakap "makan!"
hati cakap "sabar!"
akal cakap "duk jauh2 cikit" hehehe

so, selamat la puasa sy hari nie. ngee~

kredit to atuk google

after dats, masuk plak kelas Teknologi Dalam PnP.
belajar pasal penggunaan Camera Dslr sony. *Hak Milik Kerajaan*
my lecturer bagi la beberapa task yg nak kena di selesaikan dalam masa 4 jam. huhu
so, agak kelam kabut la kami keluar snap pape yang patut.
yang menepati dengan syarat Task tu..
walaupun sangat penat.. tapi BEST!
*nie my first time pegang camera DSLR*
rase macam sangat jakun and excited giler! nasib baik tak giler.. hehehe
*opsss.. nie rahsia tau!* heeee


sebelum nie kn sy just duk usha2 jer orang guna camera mcm tu. kesian kan? sob3
sy memang tak tahu pape pun function simbol2 kt camera tu. hahaha
tapi..sy still berangan nak dapatkan satu camera cenggitu!!
*impian kecilku*
bestnyer kalau dapat satu!! mesti hari2 saya bawak g jalan2.. ngeh3
helo2!! takda sape2 yg nak bagi hadiah camera kat sy ke?? hik3
*spesel sgt ke ko nie sampai orang nak bg camera? ciskek! nyampah ai!*


ok sambung. bila dah settle snap2 semua picturer yg kami rase agak bagus tu,
kena la tunjukkan pada my lecturer plak.
then dia akan pilih gambar2 yg sangat menarik daripada yg takmenarik itu.
* semua perasan mcm photographer handalan je* hahaha

tapi.. bila tunjuk pada en. lecturer.. hanya beberapa gambar jer dipilih.. huwaaa... daripad 600 lebih gambar, hanya 10 jer yang dipilih!! sangat sedih okey! tapi takpe.. belajar dari kesalahan kan?? ngeee~

then, terpaksa la lari2 keliling kampus lagi utk dapatkan pictures yg lagi bagus! yg lagi shantek. hehehe.. bayangkan.. dari pukul 8.00 pagi kami duk usung benda alah tu. tetonggeng sana, tertonggeng sini, baring sana, terbaring sini, panjat itu panjat ini.. just utk dapatkan beberapa gambar mengikut kriteria yg telah ditetapkan.. huhu.. pukul 1.30 petang baru kami settle and lulus kesemua gambar.. alhamdulillah..


susah gak jadi Photographer nie kan? patut la sy tengok yg datang amek gambar masa wedding my sibling tu semua berpeluh2.. penat rupanya nak dpatkan sudut terbaik bagi sesuatu gambar. huhu. apepon.. saya memang suke alam PHOTO nieh.. *ada impian nak buka kedai Photographer bila dah kaya nanti* ekekeke.. doakan semoga tercapai.. heee


hari nie rase macam masuk acara explore race plak. hihi.. mesti orang pelik. ape la cikgu2 nie duk buat bawah2 pokok tu.. sampai semut pun jadi perhatian.. hahaha.. best gak sekali skala perhatikan semut kan?? tapi jangan sampai kena gigit sudaaa.. ngeee~


ingat nak show sikit hasil gambar2 yg sy snap guna camera Dslr tu.. tapi tak boleh lagi sbb belum lagi dipublishkan di my kampus nie.. ekcheli our hasil kerja nanti akan dijadikan bahan pameran kot. *sedikit teruja and bangga okeh* hehehe.. semoga ada la yg akan memuji kehebatan bakat terpendam kami melalui gambar2 tu nanti.. hihihihi.. *cesss.. perasan betul!* lalala


p/s : kesemua gambar di atas adalah hasil daripada Handset sony semata-mata. Harap Maklum!

okeh la.. nak stop dah..
mesti BOSAN kan my entry nie?
takda pape yg menarik sangat pun nak diceritakan.. huhu..

thanks for reading..

tata.. leave.. salam

handle with care,


♥ much more love for you! ♥

Thanks ya Kamoo!



salam


nothing much to say for now!
sekarang cuma rase sangat
kenyang
penat
mengantuk
malas nak iron baju

dan

rase nak tidur awal! hee
1.00 a.m *awal lagi ke?* hihihi

======================

petang tadi keluar berbuka puasa di Midvalley with my classmates!
cesss! kat mid je pun. tu pun masuk Food court jer. hak3
punya la bangga sampai nak citer kt sini. hampehh..
kalau berbuka kat pizza ke.. rasa mas ke.. domino ke..
bangga la cikit kan? ececeh.. apa la yg nak dibanggakan tu tak tahu la. ngeh3
apepon.. yang pasti.
SAYA SANGAT KENYANG!
sampai skrg pon masih terasa apa yg dimakan tadi.. blurrrppp!!
pergghhh.. bau sotong bakar beb.. hihihi

nie gambar dlm kelas. masa buka Hamper ramai2.. hehe.
thanks to me for snap dis picture! hihihi

sambung cerita..
habis makan.. kami ronda-ronda la kejap.
korang tahu la kan bila dah masuk megamall
mata pun mula la nak Blink2 sana blink2 sini
nak itu nak ini
adusss.. sabar jer la..
tengok baju cantik2 kat patung
rase macam nak jer bawak balik patung tu!
*sbb patung pun shantek jugak!* hehe

hasil ronda2... akhirnya
saya beli jugak beberapa benda
ciskek betul la. ingat takkan amek pape dah. dush3
tak sangka plak boleh pergi beli

kasut.
one more? ayookk!
sliper
tak cantek pon. tp beli jugak. adoyai!!
vitamin
EPO.. hopefully berbaloi
air mineral
sbb allergic dgn air watercooler. sigh~
sos cili
sbagai perasa tambahan makanan. hihi
and
something secret tettttt
dah! takyah sebok nak tahu!
hihihi
*menyesal bawak duit banyak*
lain kali nak bawak seringgit jer. hehehe

tapi kira okeh la jugak perbelanjaan hari nie
makan tak sampai sepuluh hinggit
kasut dengan sliper jumlahnya tiga puluh hinggit
dan barang2 tambahan jumlahnya kurang dari lima puluh hinggit
*pandai tak saya berjimat?* hehe

berjimat sangat la tu cik aien oi!!
ape yang tak penting pon ko cekau masuk troli jugak kan?? lalala~
susah wei nak tahan nafsu! hak3
*hari nie dimaafkan sebagai ganjaran puasa* hik3 =P
manyak cantik muka ko!! mazhab mane ko pakai nie ha?? dush3~
okeh! gurau jer.. hehehe

apepon thanks guys for cheer up my dayz!!
love you guys!!

my classmates.. tapi tak semua ada nie.. huhu

========================


okey la
STOP NOW

nak g meng'iron' baju Pandu Puteri pulak!
sangat tak suke HARI RABU! sigh~

bye guys!
see ya!!
tata
adios

SALAM

*muahhhh!*




with love,


♥ much more love for you! ♥

27 July 2010

Naluri Ibu

salam

dah ucap Alhamdulillah untuk hari nie? sbb masih diberi kesempatan untuk menghirup udara a.k.a Bernafas lagi pada hari ini.. tp kat KL nie tak tau la ada udara segar ke tak. hehe.. apepon.. Thank You ALLAH for everything.. (^__^)

saya baru jer lepas baca satu berita mengenai NALURI IBU kat Harian Metro hari nie.. sedih. sama-sama kita sedekahkan Al-fatihah buat mangsa. semoga rohnya dicucuri rahmat oleh Nya.. insya Allah.. kalau nak tahu berita pasal ape, boleh KLIK SINI UNTUK BACA.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Katakanlah, bahawa mati yang kamu lari daripadanya, pasti akan menemui kamu juga, kemudian itu kamu akan dikembalikan kepada Tuhan yang mengetahui perkara ghaib dan nyata, lalu Dia akan khabarkan kepadamu segala apa yang sudah kamu lakukan.” (Surah al-Jumu'ah, ayat 8).

kematian boleh datang bila-bila je kan.. tak kira tua atau muda..

i wanna be a mom too! ngeee~

Talk about Naluri Ibu buat saya teringat pada my Mom.. gosh! miss her so much.. rasenye korang sendiri pon pernah alami sendiri penangan Naluri Ibu kan? contohnya bila ibu cakap "jangan keluar. nanti kena rompak baru tahu!" tup2.. balik tu betul2 si anak kena rompak. hah! menyesal tak sudah.. nauzubillah.. bukan saya cakap semua ibu kata mcam nie.. ini SEKADAR CONTOH sahaja ya. hehe

teringat plak pasal my mom and my sisters dulu2.. my sisters bawak air dlm cawan, pastu letak atas tangan kerusi tu. pastu my mom just tgk skali pastu dia cakap. "jaga-jaga.. jap g tumpah air tu". my sisters plak cakap "takkan la.. duk kt tempat selamat nieh" pastu diorang duk borak2, gelak2 dang2 je terkena siku sorang tu, cawan tu dgn bangganya jatuh atas lantai.. hahaha. hamek ko! padan muka. hahaha.. pastu my mom just tengok and cakap "kan dah kata tadi". hehehe.. tu la, lain kali jangan diabaikan kata2 ibu nie.. firasat ibu nie agak tepat tau! ngeee

Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibubapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. [al-Ahqaf 46:15]


pernah jugak dulu, saya puasa tapi tak cakap pon kt my Mom nie.. pastu tghri tu saya call my Mom.. saje2 la kan, lepas rindu. hihihi.. tapi belum sempat saya tanye banyak2.. my Mom terus tanya "puasa hari nie?" hah! tepat dowh tekaan dia.. hehe.. sy cakap la "ya puasa.. mcm mane tahu?" and my Mom cakap "naluri ibu" heeee.. terharu seyhh.. hihihi.. hebat kan penangan Naluri Ibu. kita tak cakap pon dia boleh tahu.. huhu.. *love You Mom*

Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibubapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan). [Luqman 31:14]

dan yang paling best. kalau kat rumah, my Mom sebut je "lamanye (nama anak) tak telefon.." tak lame nanti mesti si penama tu akan call. macam dapat mesej dr my Mom jer.. hahaha.. pastu mula la yg lain pun nak call, so terpaksa la tunggu giliran.. huhu.. sy rase kn My Mom just sebut nama sorang my siblings tp dalam hati dia.. semua dia sebut. hihihi. sbb tu la yang lain pun jadi nak call jugak.. kui3.. tu andaian sy jer la.. heee

~i love my family~

*dah call Ibu Bapa anda tanya khabar?? lakukan sebelum terlambat*

itu jer la sedikit contoh2 yg sy boleh ingat pasal naluri ibu nie. hihihi.. banyak lagi sebenarnya. tapi takot buat entry syok sendiri lak nanti. hehehe.. nie pun dah nak cecah lantai.. terpaksa la di hentikan.. hehe.. apepun.. ayah jangan dilupakan tau! Tanpa Mereka Berdua siapalah Kita..

sayangi IBU BAPA anda

so, korang plak macam mane?? ada pengalaman berkaitan NALURI IBU??

p/s : kenapa tak ada istilah naluri bapa? hehehe

Note : petang nie berbuka puasa dengan my classmates.. Bestnye.. hehe

see ya!


♥ much more love for you! ♥

26 July 2010

Hayatilah sayangku...

salam

nie entry kedua for today.. *saya sudah terkena penyakit ketagih hupadate* hihi.. tapi belum sampai tahap parah lagi.. biasa2 jer.. okeh. taknak bebel banyak.. just nak share dgn korang sume pasal Nisfu Syaaban dan juga kelebihan bulan Syaaban.. semoga kita sama-sama dapat manfaat darinya.. insya Allah..

BULAN SYA'ABAN

bulan Sya'aban adalah bulan kedua selepas Rejab yang penuh dengan keberkatan. Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, pada bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam cela dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.

NISFU SYA'ABAN

Nisfu Sya'aban adalah peristiwa hari ke-15 dalam bulan Sya'aban tahun Hijrah. Hari ini adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya'aban bermula pada 14 Sya'aban sebaik sahaja masuk waktu maghrib. [15 Sya'aban bermula pada 14 Sya'aban sebaik sahaja masuk waktu Maghrib]

Jom baca yang nie pulak!
baca sampai habis tau!!
insya Allah. pasti berguna

^_^ semoga ALLAH merahmati ^_^


MENGENALI BULAN SYAABAN

Bulan Syaaban adalah bulan kelapan menurut kiraan takwim Hijriyyah yang padanya mempunyai 28 hari. Syaaban bermaksud bercerai-berai. Dinamakan Syaaban kerana di dalam bulan ini masyarakat Arab pada ketika itu bertebaran ke merata-rata tempat untuk mencari air disebabkan kemarau yang berpanjangan.

Bulan Syaaban merupakan di antara bulan yang mulia dan mempunyai beberapa kelebihan dan keistimewaan tertentu padanya. Padanya digalakkan untuk memperbanyakkan ibadat sepertimana di bulan Ramadhan, Rejab, Muharam dll juga. Di samping itu juga bulan Syaaban ini adalah bulan untuk persediaan bagi menyambut ketibaan bulan Ramadhan.

Masyarakat Arab ada menggambarkan kemuliaan bulan Syaaban ini dengan beberapa huruf dan ertinya yang tersendiri antaranya:

1. Kemuliaan darjat Rasulullah S.A.W. di atas kurniaan bulan Syaaban kepadanya sehingga dinamakan bulan ini adalah bulan Nabi S.A.W.

2. Keperkasaan dan ketinggian.

3. Kebaikkan dan kebajikan yang dilakukan pada bulan ini akan mendapat ganjaran pahala yang besar daripada Allah Taala.

4. Kasih-sayang dan kemesraan.

5. Cahaya keimanan dan cahaya ibadat yang dikurniakan oleh Allah Taala kepada hambaNya yang bertakwa.

ANTARA PERISTIWA DI BULAN SYAABAN

  • Menurut Imam Nawawi, hari Nisfu Syaaban pada 15 haribulan tahun kedua Hijrah telah berlaku pertukaran kiblat umat Islam. Iaitu dari Masjid al-Aqsa ke Kaabah di Masjid al-Haram.
  • Berlaku peperangan Bani Mustalik pada tahun kelima Hijrah. Kemenangan berpihak kepada Islam.
  • Berlaku peperangan Badar yang terakhir pada tahun keempat Hijrah

ANTARA AMALAN DI BULAN SYAABAN

  • Memperbanyakkan Puasa Sunat

Saidatina Aisyah RAnha berkata yang bermaksud:
Aku tidak pernah melihat Rasulullah S.A.W. menyempurnakan puasa sebulan penuh melainkan pada bulan Ramadhan dan aku tidak pernah melihat baginda memperbanyakkan berpuasa sepertimana pada bulan Syaaban. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

  • Melazimi Berzikir dan Berdoa

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
Allah mencurahkan kebajikan pada empat malam iaitu malam Raya Haji, malam Raya Puasa, malam Nisfu Syaaban dan malam Arafah. (Riwayat al-Baihaqi).

  • Sentiasa Bertaubat dan Beristighfar

Firman Allah Taala bermaksud:
Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah wahai orang-orang yang beriman supaya kamu berjaya. (Surah an-Nur: Ayat 31).

KELEBIHAN MALAM NISFU SYAABAN

Adapun antara kelebihan malam Nisfu Syaaban itu ada disebutkan di dalam beberapa hadis. Di malam Nisfu Syaaban juga adalah di antara malam-malam yang dikabulkan doa.

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
Allah menjenguk datang kepada semua makhlukNya di malam Nisfu Syaaban maka diampunkan dosa sekalian makhlukNya kecuali orang yang menyekutukan Allah atau orang yang bermusuhan. (Riwayat Ibn Majah, al-Tabrani dan Ibn Hibban).

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
Allah mencurahkan kebajikan pada empat malam iaitu malam Raya Haji, malam Raya Puasa, malam Nisfu Syaaban dan malam Arafah. (Riwayat al-Baihaqi).

Berkata Imam Shafie di dalam kitabnya al-Umm:
Telah sampai pada kami bahawa dikatakan: Sesungguhnya doa dikabulkan pada lima malam iaitu: Pada malam Jumaat, malam Raya Haji, malam Raya Puasa, malam pertama di bulan Rejab dan malam Nisfu Syaaban.

Berkata Imam Ghazali di dalam kitabnya Ihya Ulum al-Din:
Sesungguhnya sunat muakkad (sunat yang amat digalakkan) menghidupkan hari siang dan malam yang mempunyai kelebihan antaranya malam Nisfu Syaaban.

===============================

Marilah bersama-sama kita memperbanyakkan amalan pada bulan Syaaban ini kerana padanya terdapat banyak kelebihan dan keutamaan yang mesti direbut. Semoga kita semua berada di dalam redha Allah Taala setiap masa. InsyaAllah.

sumber : iLuvislam.com

semoga kita semua dapat menghayati bulan Sya'aban ini dengan ikhlas dan sempat bertemu Ramadhan al Mubarak.. insya Allah..

p/s : terharu bila mak pesan suruh baca Quran malam nie.. thanks mom..

hamba ALLAH,


♥ much more love for you! ♥

Dunia Petak-petak Kampus

salam..

hye guys!! how your life today?? everything okay? or not okay?? walaweh.. shakap omputih dowh! hahaha.. sje jer nak tunjuk i nie memang takterer spekangkung. lalala.. okeh! abaikan.. hee.. baru jer balik kelas nieh.. TODAY so far so good..

1st period ada subjek Kura-kura pjk. eh.. silap.. Kurikulum PJK la.. hihihi. pandai2 je ubah nama subjek tu.. kalo En. Pecah perut tu tahu, konpem aku kena kawen ngn anak dia nanti. miahahaha.. owh.. tidakk! DANGER. hak3. yang bestnya, bila en. Pp tu masuk memang terbahak2 la kami gelak.. pelik betol la. mane dia dapat IDEA nak buat lawak tu ek? heee.. mesti selalu tengok citer kartun spongebob nie.. hehe.. (agaknya la..) ayat en. Pp.. hak3.. opss.. maaf encik.. sy pinjam ayt encik jap yer.. ngeee.. dan macam biasa.. semua gelak guling2 atas lantai kecuali saya! saya gelak sopan smbil hantuk2 kepala kt dinding jer. muakahkahkah.. *pasni taknak duk tepi dinding lagi* hihihi

2nd period is Perkembangan Kerohanian dan Moral kanak-kanak. *maaf ustazah.. sy tak boleh fokus* hehehe.. dua jam tahan telinga tapi keluar dari kelas jer kepala KOSONG! hebat kan?? ni la contoh pelajar takterbaik. lalalala. *jangan tiru macam saya okeh!* hihihi.. kecian gak tgk ustazah semangat duk cakap kat depan tapi saya plak makin HEBAT duk bersembang kat belakang. adusss.. *jangan la anak murid sy nanti mcm sy.. tp konpem ada jugak mcm sy* hak3. what goes around comes around!! betul tak?? terima la akibatnya nanti.. dup dap dup dap menunggu saat itu tiba..

dah la ek.. tak tau nak merepek apa lagi.. hehe..
just nak bagi Tips elakkan bercakap dalam kelas

jom tengok.. hahahaha
(versi cik aien_raz)

  • salotape mulut siap2 sebelum g kelas. kah3
  • cakap guna bahasa isyarat. kalau tak tahu.. bantai jer. janji org paham. hak3
  • sumbat mulut dengan sapu tangan. kalau org tanye kenapa, cakap air liur terlebih. hahaha
  • buat-buat pekak. kalau ada yg ajak borak. buat2 tak dengar. konpem kena lempang. ngee~
  • selalu wat muka blur, mesti org malas plus menyampah nak tanye pape kt korang. ngeh3
  • paling mudah, TIDUR! kalo lec tanye why? cakap la demam.. *menipu sunat* ekekeke
okeh itu je la TIPS tak leh pakai yg saya nak bagi. miahahaha..
jangan ikut weii.. main2 jer tu.. hihihi
saje nak buang masa Menaip kat sini.. lalalala

today i'm fasting.. *perlu ke bagi tau?* agak tidak bertenaga skrg nie.. sob3.. bibir pun dah mula jadi tanah gersang ciap merekah beb!! hehe.. apepon.. yang wajib tetap kena tunaikan..

p/s : ape yg selalu Korang buat bila tak boleh nak FOKUS time belajar?? hehe

okeh la! nak rest plak.. cinChau... papai..

Salam

yg takmakan,


♥ much more love for you! ♥

25 July 2010

show off that things? ouch!!

salam

how are u guys?

susahnya nak buat ayat pertama.. sy nie ada masalah sikit bab2 nak buat pendahuluan nie. yela.. spm pon dapat A2 jer.. balik umah menangis2 sb BM tak capai target.. ekekeke.. memalukan betoi la.. makin rase nak menangis bila tahu dapat tawaran IPG Kampus Bahasa Melayu lak.. adoyai.. sah2 kena belajar BM kn. tapi nasib baik bukan major BM. ahaks.. tapi sempat jugak la belajar pasal tatabahasa semua tu.. pernah la jugak rase jadi mcm Pencinta Bahasa Melayu Sejati. lalalala.. Baca Paper jer terus nampak kesalahan tatabahasa.. hihihi.. tapi itu semua dulu la.. skrg nie dah Kurang sikit.. ngeeee.. but I LOVE MALAY okey!! i sound stupid in English.. *opssss* hahaha

okeh2! itu je intro budak tak Reti Buat Pendahuluan.. *kalau reti memang page nie full dgn intro jer la jawabnye* miahahaha.. *cupp!!* sy rse entry2 sy nie memang entry syok sendiri la.. hak3.. baru perasan.. lalalala.. layan je la.. hehehe

ekcheli.. yang atas semua tu merapu jer.. ekeke.. nie entry nak SHOW OFF and tunai Janji. cewaaahhh.. yela.. sb sy cakap nak jugak Show barang2 sy shopping kan? ngeee.. korang tengok jer la ya.. komen la pape yg patot.. *macam tak pernah g shopping jer* hahaha.. ala.. tak kisah la ada orang nak baca ke tak.. janji saya puas hati melayan Blog nie.. ngeeee~

jom Tengok barang2 yg sy shopping selama 12 jam!! hahaha

v

v

v


tak banyak pon.. tapi amek masa 12 jam untuk dapatkan semua nie.. hihihi
memang sangat TAK PATUT kan? hihi
saya pun tak tahu kenapa sampai 12 jam.. huhu
keluar pukul 10.30 pagi and balik pukul 10.30 malam. haha
*nasib baik gate hostel tak tutup lagi*


nie semua gadget2 yg memang tersenarai dlm list.
rase sangat happy bila dah dapat. hehe
headphone
mouse
Usb Hub
dan juga
antivirus takda dlm gmbr.
nie semua sy cari kat lowyat..
bila masuk sana memang boleh buat sy rambang mata la!!
sy rase nak amek semua benda yg ada dlm kedai2 kt situ. huhu
tapi terpaksa la tahan sb ikut Keperluan kan?? hehe
so.. just take 4 benda jer.. hehe
sy beli yang murah2 je semua tu.. save bajet.. lalala


dis is my kasut kuliah.. hehe..
tak cantik pon.. tapi takpe la.. selesa utk dipakai.. *maybe*
ekcheli sy nak beli yg stu lagi.. tapi takda size!! sangat sedih okeh!!
oleh sbb terpaksa.. i take dis One lorr..
okey jugak kan?? hee


ting tong! nie pulak my kasut untuk pergi belajar memandu.
nampak agak funky kan. hehe.. tak kisah la janji boleh dipakai.
*boleh pakai masa naik bas nak balik kampung juga* hehe
sbb sy beli kasut nie pon same mcm sbb beli kasut kt atas.
shoes yg sy suke takda SIZE lagi! semua kedai habis Stok. sigh~
takda rezeki nak dptkan kasut yg saya suke tu.. tapi takpe la..
yang nie pon okey jugak.. kan?
*pujuk diri sendiri* sob3

okeh.. last but not least

sy juga beli speck baru. hehe

nie memang keutamaan saya. bukan utk bergaya okeh!! ngee

v

v



nie yang asal a.k.a yang selalu di pakai

*sila fokus pada cermin mata sahaja*

** abaikan model takcantik tu.. hahaha**


nie yang agak baru juga sbb sy baru jer tukar lens dia.. hehe
tapi tak boleh pakai sangat sebab dah senget!!
biasa la.. spek sy kalo tak terduduk, tersepak, terjatuh memang tak sah! hehe
dats why la jadi gitu. huhu
*pakai masa dlm kelas jer sb power lg ups dr yg 1st tdi*

dan yang terbaru!!

Tadaaaa...

v
v
v

(sila abaikan model itu ya! terima kasih)


i like it so much!! wink2~
nampak sesuai tak dgn saya? hee
okey je kot noh?

dah lame tak pakai spek Full frame.. hehe
last pkai masa form 4. tu pon bukan pilihan sy.
my sister choice. ngeee~
now. dis is my own choice di bantu oleh cik Fiza Ika
thanks ya sayang.. hehe

=========================

okeh

TAMAT

sangat banyak kan saya membebel? hihihi

okay la

STOP NOW

bubye

salam

p/s : external belum beli lagi.. kena pikir balik samada perlu atau tak perlu.. huk3 T___T

with love,


♥ much more love for you! ♥

On Record OFF Record!


salam

hye guys!

sorry la.. hari ni tak sempat nak buat kunjungan balas pada sape2 yg tinggalkan jejak di my Shoutbox tu.. cess, macam la orang hingin sgt ko datang.. ingt ko fofuler mcm pasha sendal ke ha? ekekeke. wat ever la cik kak.. diam2 sudaaa.. pot pet pot pet! huhu.. hah! thanks jugak ya kepada semua yg sudi mengomen di entry cap ayam sy tu ya. hihihi..

hari nie sy keluar shopping hak3..
seronok sangat3..
thanks to my sayang
cik Fiza Ika
yang menjadi pakwe sy utk hari ini.. hihihi..

Rekod of The Day
--> 12 Hours shopping <--
hahahaha

rase macam nak krem dah kaki nie.. huhu..
mata pon dah berat sangat2 nie.
nak uplod pic pon dah tak larat..

next time i will show u barang2 yg i beli okeh!
*perasan ada org nak tengok* hahaha..
tak kisah la.. nak show jugak nanti.. ngeee

fenat yang amat

~ its BoThErINg Me ~

kenapa ramai sgt yg pakai perfume macam mrHim hari nie..
mencik la!
penat tahan nafas tau..



kamu tahu?
bau itu buat aku Rindu laa. grrrr~
cisss.. rase itu datang lagi
pergi la kamoo!!
aku taksuke kamo hadir!!
syussshhhhh..

dah2!!
Off Rekod!!

==============================

see you again guys!
leave
tata

SALAM

~ Muahhh ~


♥ much more love for you! ♥

23 July 2010

mesti dapatkan kamu!!

salam..

selamat berhujung minggu buat semua.. korang dah rancang ke nak buat ape weekend nie? jalan-jalan cari mangsa atau jalan-jalan cari makan? hehe.. ape-ape je la kan.. janji korang Happy Selalu..

sy masih lagi duk pikir.. nak buat ape hujung minggu nie ek. mcm nak g jalan2 jer.. Shopping ape2 yang patut.. hehe *mentang2 la elaun dah masuk* habis la megaMall kat sini.. semua i serang nanti.. hak3.. SerOnOknya!! lalalala

STOP!! takleh2.. my Mom dah pesan "beli apa yang PENTING sahaja!" huk3.. terpaksa la kawal nafsu nak beli macam2 tuh. *lambatnya kerja.. tak sabar nak dapat gaji tiap2 bulan* ekekeke.. Boleh la sHopping sepuas hati..hehehe tapi still kena Berjimat cermat! kena la jugak SAVE duit kan.. tapi bukan utk kawen la. hehe.. *dah takda perasaan nak pikir pasal kawen* huhuhu.. biarkan masa yang menentukan segalanya.. cewahh.. hehe.. yang Penting.. Berjimat Cermat Amalan Mulia.. hehehe

Hopefully dis weekend sy dapat la beli barang2 yang agak penting tu.. susahnya nak kawal belanja kan? sy memang tak pandai nak manage perbelanjaan saya kat sini.. nak2 bab MAKAN. susah la nak berjimat utk makan nie.. kalau sy rase nak makan pape... Memang sy akan beli jer.. walaupun sy tahu fulus tak banyak.. ekekeke.. *ikut nasihat my Mom la nieh* she said :

"Makan selagi Boleh Makan.. duit boleh di cari.. tapi kalau ALLAH dah tarik nikmat makan tu.. takda siapa yang dapat bagi balik nikmat tu pada kita"

dats why la sy susah nak kawal bab2 makan nieh.. ngeee~ tapi takpe.. makan banyak macam mane pon.. sy tetap tak GEMUK. hahaha.. Untung jer kan.. hihihi


I call my mom again today.
just to ask her : "boleh tak nak tukar spek?"
and my Mom said : "boleh la. nak guna utk belajar kan?"
and i said : "okey! Thanks mom.. hehehe.."


huhu.. agak2 nya la kan.. kalau korang yang jadi mak saya.. rase nak lempang sy laju2 tak?? ekekeke.. yela.. benda macam tu pun nak tanya kan? umur dah 21 tapi benda mcm tu pun nak tanya mak lagi.. adoyai.. padahal sy nak tukar spek tu bukan mintak duit ngn my Mom pon.. i used my own money.. hehehe.. *kecian my mom, mesti rimas dgn sy* ngeee~

ekcheli, rase bersalah to my sister.. sb tak boleh pergi Tolong dia pindah rumah dis weekend..
tak boleh pergi just becoz sy nak g beli-belah. sigh~ sungguh jahat kan? T__T

tapi saya betul2 perlu keluar hujung minggu nie utk beli kasutkuliah yang dah koyak rabak tu and cari barang2 lain juga.. hopefully my sister Understand.. sorry ya sis!

p/s : kadang-kadang perkara mudah pun boleh jadi susah utk difikirkan. huhu

soalan --> Korang jenis yang BERJIMAT atau BOROS??? hehehe

o.k DONE.

leave.. tata.. Adios..

SALAM

from,


♥ much more love for you! ♥

21 July 2010

hye.. saya suke awak!

salam

how are you guys? ayat lapuk zaman batu. muahahaha.. tapi takpe la.. niat sy memang ikhlas nak tahu korang sihat ke tak hari nie.. hm, sy sihat di luar tapi sakit di dalam.. Hanya DIA yang Maha Mengetahui apa yg berlaku.. ini semua Ujian dari-NYA.. semoga segalanya baik-baik saja.. hmm, mcm mane nak sihat? ubat pun tak makan lagi nie.. sigh~

just nak tanye korang sikit la.. cikit jer..


apa korang akan buat pada Orang yang "TerPerasan" korang MINAT dia.. padahal, dia hanya dipermainkan oleh kawan2 dia yg duk sebok kata korang nie minat dia.. sedangkan korang tak berapa suke sangat pada dia tu.. dan hanya korang jer yang tahu hal tu.. dia plak macam dah tergedix-gedix nak dekat ngn korang sb betul2 ingat Korang betul2 minat dia.. agak2 nya.. apa korang akan buat pada orang yang Terperasan nieh? errrk.. berbelit tak ayat sy nie? kalau tak faham.. buat-buat faham jer la ya.. hihihihi

so, apa penyelesaiannya?

marah dia?
dia mangsa keadaan je.. hehe

cakap terus terang?
kalau tetiba korang jer yg ''terperasan'' mcm mane? hah! malumaknyah!! ekeke

tunggu dia meluah?
perghhh.. penantian itu satu penyiksaan tau!! huhu..

tanya dia betul ke dia minat korang?
tetiba dia cakap.. "TAK" konpem korang akan jalan pakai Topeng nanti.. kah3

okeh

TAMAT

" APA ANDA AKAN LAKUKAN DENGAN SI TERPERASAN ITU?"
cerita nie takda kaitan dengan sape2 yang masih Hidup @ yang telah Meninggal dunia. Sekadar rekaan semata-mata.. idea cap ayam.. hahahaha.. ape pon.. yang baik jadikan Pedoman, yang tak baik jadikan Sempadan.. ^__^ Orait?

okeh. dah la.. itu jer entry takcukup panjang dari saya buat masa sekarang.. errkk... rase tak puas lagi la nak menaip nie.. kih3.. belum cukup utk isi masa lapang sy waktu petang.. *tahan mata taknak bagi tidur sbb dah lewat* lalalala.. tapi perlu berhenti supaya entry tak cecah perut Bumi.. ekekeke

p/s : malam nie ada kelas Malam.. mampukah mata ini Bertahan?? sama2 kita nantikan.. hihihi

leave.. tata.. adios.. SALAM

yg suke merepek,


♥ much more love for you! ♥

20 July 2010

KaMu PaSti MilikQu


salam

ucaplah Alhamdulillah kerana hari nie kita masih lagi diberi izin oleh-NYA untuk bernafas..

hari nie macam agak best jer sebab TAK ADA KELAS for a Whole Day!! yahuu.. rase mcm sedang berhujung minggu plak. erk.. sy pon dah lupe rase Berhujung minggu macam mana.. hey2!! bukan sebab sy nyanyuk okeh! i just rase i nie terlalu buzy la skereng.. auwww.. gedix di situ.. muahaha. gelinyah! wekkk.. hahaha.. yela i lost my weekend for a few week.. sedih and penat sgt.. tak sempat rehat.. hari nie leh rehat kejap.. thanks to my Lecturer. hehe.. apepon, semoga beliau cepat sembuh.. amiin...

ape aktiviti sy bila takda kelas? ofkos la Berbloging, ber"facebook"ing dan Ber"sleepIng" ber'eat'ing dan ber'Hibenasi'ing.. ciss, rase mcm beruang malaya plak nk berhibenasi segala bagai.. kah3.. okay2.. stop!!!!!! HOT STORY untuk hari ini adalah.. jeng jeng jeng...


ELAUN DAH MASYUKKK..

hehe.. seronok sangat3 tau! boleh la mula menyerwey aset2 idaman ku.. lalala.. opss.. adakah ini dikira penyalahgunaan elaun? ngeeee.. maaf.. dgn elaun nie jer sy Hidup.. segan nak mintak elaun PAMA.. tapi kalau terpaksa, mintak la jugak kn.. hihihi.. Ekcheli, benda2 yg sy nak miliki nie bukannya satu KEMAHUAN tapi satu KEPERLUAN okeh! jangan kata sy nie jenis Shopaholic ke air horlic ker.. bukan ek!! sape cakap cenggitu.. ciap la dia.. ececeh.. ugutan plak kan.. hahaha..

jom tengok aset2 idaman pujaan hatiku.. belum lagi dibeli.. tapi PASTI AKAN dibeli nanti.. tunggu masa jer.. ahaks!! suke suke.. ^___^ senyum sampai telinga dah nieh.. ekekeke

PICTURE : kredit to Atuk GooGle

* EXTERNAL HARD DISK *


saya masih lagi dalam proses menyerwey nie sbb tak tahu model ape yg elok.
korang tau tak The Best Choice jenis mcm mane?
maybe ada yg nak suggest pape utk saya ke.. hehehe
sy nie buta IT cikit. sudi2 kan lah membantu. tQ

*$PECTACLE$*


well.. susah gak jadi orang Rabun nieh.
speck pon kalau boleh nak tukar2 setiap hari.. hehe
yela.. bosan gak tau duk pakai yg sama jer..
opsss... tapi sy nak tukar speck yg baru bukan sebab nak BerGaya okey!
tapi sebab POWER dah naik..
duk dlm kelas susah nak baca slide kt depan. huhuh

*BAG*


hahaha.. nie aset wajib bagi seorang perempuan. agagaga
beg dah banyak tapi still nak beli yang baru. hihihi
sebabnya
BOSAN dgn beg yg sama yg kadang2 tak sesuai dgn pakaian. ngeee
ala.. bukan beli yg mahal2 pon.. yg cikai2 jer. janji cantik! hee
saya plak bukan jenis yg suke pakai barang2 Branded nie..
takretimaknyah!
mahal ke murah ke.. fungsi dia sama jer. kan? hehe

*$HOE$*

The Most important Thing nieh. huhu
sebabnya, kasut sy memang dah sangat Buruk and tak cantik sob3
tapak dah hancuss, kulit dah tertanggal..
tunggu masa nak terpenggal satu2 jer.. hehehe
kat mane ada SALE ek?
sy nak beli beberapa kasut la. ececeh..OKB katakan.. hak3
kasut untuk ke kelas, ke sekolah and ke kelas memandu.
tak sabar nak g ShOpIng.. hehe

okeh! itu je la item2 yang menjadi Pujaan Hati Buat masa sekarang. hehe. sebenarnya, ada banyak lagi.. tapi perlu difikirkan balik. yela, kalau ikut NaFsu memang habis gitu je la my elaun nanti. T__T sooo.. kena la berjimat cermat.. banyak nak guna money dlm jumlah yg besar. bayar bill, beli buku n nak kena bayar LESEN memandu lagi.. adoyai.. kejap jer boleh pokai! huhu. apepon bersyukur la.. (^__^)


$ebelum terlewat
saya nak ucapkan TAHNIAH kepada my sister
sbb dah dapat NEW BABY
my sista cakap baby Boy. huhu
semalam Baby dia dah selamat sampai kat umah..
my mom said
"PUTIH"
sama macam my sista la kot. hehe
saya plak yang excited nak tengok and main2 dgn baby dia tuh.
harap2 dia bagi la saya pegang baby dia nanti..
kot2 boleh bawak g jejalan ke..
wahh.. BEST nya.. saya sangat JELES okeh!!

BABY my sista mcm nie rasenya


v

v

v

v

v

v





SAGA S.E

my sista menjadi org ke 15 dalam my family yg memiliki kereta.
tinggal saya sorang jer lagi yang takda kereta!!
huwaaa.. nak BABY jugak!! ehh.. silap.. nak KERETA jugak!!!
sabar jer la.. lagi 2 tahun mesti saya beli kereta jugak okeh!!

JOM tengok kereta yang saya nak beli

v

v

v

v

v

TADAAAAAA



kereta api bhai.... muahahahaha..
tak main la kereta kecik2 nieh.. apa barang?? kah3..
konpem beribu-ribu Family boleh naik.. tak yah rebut2.. hak3..
nak g mane2 pon senang.. satu kenderaan jer.. lalalalala~

(kejelesan terlampau nieh)

okeh! dah la.. nak tido plak.. ekekeke
tata
papai

SALAM


ternampak muka witch itu lagi hari nie..
sangat menyampah! huh~


O.K.B,


♥ much more love for you! ♥