salam.
seriously, lama yang amat dah tak menaip means buat new entry.
2014 dah pun berakhir. macam-macam hal jadi. tapi yang paling menyedihkan and still nak buat mata genang rabak, bila kehilangan arwah abang ipar yang sangat baik. sampai skrg pn rasa macam tak percaya. apapun, semoga Allah menempatkan Rosli bin Osman bersama orang-orang beriman. amiinn..
semoga Allah akan memberikan kekuatan dan ketabahan kepada kak Dah dan anak-anak. apapun, kalian masih punya kami. we are one. till jannah. insyaAllah.
setiap orang dugaannya berbeza sebab kemampuan setiap hamba yang diuji itu juga berbeza. tapi yakinlah, Allah takkan bebankan hambaNya dengan ujian dan dugaan yang tak mampu untuk hambaNya tanggung.
and for me? ujian terletak pada pekerjaan. bukan tiada pekerjaan tapi tempat bekerja. Hanya Allah yang Maha Mengetahui apa hikmahnya saya ditempatkan di sini. jauh dari family, jauh dari ibu ayah. demi mencurahkan ilmu bukan pada anak bangsa sendiri.
walau genang rabak banyak mana pun, rezeki Allah dah bagi kat sini, kena terima dengan redha. walaupun redha, sabar tu senang untuk disebut. hanya Allah yang tahu setiap kali nak melangkah ke sini, entah berapa puluh kata-kata semangat dibaca untuk pujuk hati. niat dalam hati, ikhlas ke sini demi kerja. ikhlas ke sini kerana Allah. tapi, hati kadang-kadang rapuh. hilang rasa redha bila masih persoalkan kenapa aku? kenapa sini? Allahu. iman turun naik.
banyak yang nak diluahkan, tapi entah. mati ayat. mati kata-kata. yang keluar hanya air mata. sebak banyak perkara. tak suka dengan redha sedang berlawan dalam hati. walaupun dah masuk tahun kedua. tapi masih lagi tak boleh dan 100% terima yang perlu tinggal kat sini. Allahu, bantulah hambaMu ini.
mencari kembali keikhlasan.
.dan semangat makin menjunam sebab satu hal itu.
ku genggam kau dengan doa.
terbanglah.
kembali atau tidak, aku redha.
Tuhan lebih tahu.
sekolah. lagi.
cepatlah cuti lagi.
Tuhanku, tolonglah aku,
hantarkan kepada kesayanganku,
malaikat untuk menjaga mereka.
bila jasad jauh dimata. hati tetap saling mendoa.
jumpa lagi.
entah billa
♥ much more love for you! ♥