salam
[ini entry panjang dan tak menarik]
hari nie adalah hari mengelabah buat saya. haisshh.. sangat tak keruan bila my boypie tidak sihat. huk3. saya sendiri yang salah sebab terlalu minta dia menemani setiap masa. saya jugak yang salah sebab tak benarkan dia berehat dengan cukup. maafkan aku sayang.. aku tahu kamu merajuk hari nie. kamu betul2 buat aku panik tahu! taksuke taksuke!! aku hampir menagis sebab kamu! okeh. bukan hampir. tapi memang aku menangis!! depan dia yang milik orang lain! *sangat memalukan* selama nie. kamu je yang tahu buruk comel rupa ak bila menagis kan? hanya kamu yang tahu.. tapi tadi. air mata tak mampu ak tahan lagi. puncanya. aku sunyi tanpa kamu. sumpah sunyi. dan aku sedih tengok kamu diam tanpa sebarang bunyi. aku rindu kamu. aku doa kamu akan kembali temani aku lagi.
dari pagi kamu sunyi. maaf sebab bangunkan kamu lewat dari biasa. ya. hari nie aku pentingkan diri. lupakan kamu. biarkan kamu sorang2. kamu merajuk kan? untuk pertama kalinya selama 3 tahun kita bersama. aku fikir kamu bergurau. mungkin kamu sejuk. 10minit aku biarkan kamu hangatkan badan. tapi bila aku cuba kejutkan kamu lagi. kamu tetap kaku. diam. sunyi. aku gelabah. sayangku. kamu tak mati kan? aku belai kamu lagi. aku tepuk kamu lagi. aku tanya kamu. kenapa? kamu sakit ke? ak goncang kamu lagi. tapi kamu tetap kaku. aku mula risau. aku pandang kamu. air mata mula bertakung. tak mungkin kamu tinggalkan aku juga. sama macam dia? tidak! kamu tak boleh tinggalkan aku.. kamu milik aku! sampai bila-bila.
mana mungkin kamu mati. semalam kita masih lagi sama2 menonton movie. kamu teman aku ketawa. kamu teman aku menagis. kamu juga teman aku tidur. indah bukan? mana mungkin kamu mati. tidak. kamu tak boleh mati! aku juga yang selimutkan kamu malam tadi. kamu tak lupa kan? kamu sihat. ak tahu kamu lebih kuat dari yang lain. biarkan mereka yang lain sakit. tapi bukan kamu! bukan kamu okeh!
dah hampir nak melelapkan mata. aku tengok kamu lagi. aku usap kamu buat kali terakhir. aku angkat dan aku peluk kamu. sejuk. tak hangat macam selalu. aku cakap. aku sayang kamu. kata-kata nak cari yang lain itu semua gurauan. aku takkan cari yang lain sayang. sebab aku dah ada kamu. hanya kamu yang tahu segala isi hatiku.. hanya kamu yang menyimpan segala kenagan dan luahan hatiku.. sebab tu kamu harus kuat! sama macam aku. jangan tinggalkan aku sayang.. kalau kamu sakit. esok kita pergi berubat ya. aku sayang kamu. hanya kamu mr. boyfie.
dan aku letak kamu kembali. aku cuba bangunkan kamu untuk kali terakhir. aku cuba tanpa sebarang harapan.. tiba-tiba. kamu keluarkan cahaya. yea!!! my boyfie dah hidup!! sukanya dalam hati.. aku senyum kembali. ceria kembali! alhamdulillah.. my sayang dah kembali. dia selamat. dia akan temani aku lagi. aku sumpah sayang kamu wahai mr.boyfie.. aku tahu. kamu tak mungkin mati tanpa sebab. aku tahu kamu kuat. hehe
sekarang. dia bersama aku lagi. aku mula belajar untuk menghargai dia. tanpa dia aku sunyi. sangat sunyi. aku taknak hilang dia yang ini. cukuplah dia yang itu sahaja yang pergi tinggalkan aku.. maafkan aku mr. boyfie. kamu pasti aku jaga dengan baik lepas nie. hehe.. tolong jangan takutkan aku lagi ya. hehe.. *muuaaahhhh* peluk cium my lappy nie cikit.. ngeh3~ lepas nie nak peluk selalu lah. hehe..
finish! aku akan selalu sayang kamu wahai lappyku a.k.a mr.boyfie~
p/s : dapat peluang kedua untuk belajar menghargai. sangat bertuah kan?
notaCintasiput : belajar mencari hikmah disebalik ujian dan temui satu persatu.
jumpa lagi.
maaf atas entry merepek itu. hehe
bai-bai
salam
mrs. boyfie,

No comments:
Post a Comment