salam
entry hak masing2. mungkin skrg ni demam PRU. jadi ramai nak bercerita tentang politik. but for me, saya lebih suka jadi pembaca bukan pengulas. so, my entry memang sangat2 payah nak ada info ilmiah. why? because i love this style. macam orang cakap masa nak ambik gambar "free style" hoyeahh.
mengundi. nak pangkah yang mana sekali pun itu hak masing2 la kan. yang penting tunai tanggungjawab kepada negara. right? and untuk semua yang bakal mengundi "Undilah Dengan Bijak" *cakap pada diri sendiri jugak* kadang2 rase macam nak tergelak. yela, hanya sebab politik. kawan pun boleh jadi lawan. saudara pun boleh jadi musuh. hadoii. kemon la. kita sokong parti apa sekalipun, tetap jugak satu Negara. so, takperlu nak fanatik membabibuta. tapi satu ha positif yg saya dapat dari hal2 gaduh2, serang2, hentam2 ni, saya tak perlu godekgodek internet tak tentu hala nak cari hal2 tertentu, sebab ramai je yang dah share macam2 kat Fb. so, just click and read. fuhh.. takyah perah otak fikir nak taip apa kat google. #peminatsetiagoogle# hehehe
ok. so, habis soal politik. now kita cakap pasal entry pulak. sekarang ni saya dah sampai tahap LANTAK la ko nak baca ke nak kutuk ke nak intai ke nak stalk ke. Lantak haang. dah malas tahap gaban fikir pasal sesuatu manusia itu. harap2nya manusia itu enjoy la membaca. cuma jangan la PELIK pulak bila ada touching2 entry kat sini. nama pun Manusia. iman turun naik. sama jugak macam emosi. plus lagi seorang perempuan. memang tak lari la dari luah2 perasaan nih. ya dak? tak setuju pun takpe, aiman tak kesah. #yela tu# :P
setiap manusia ada cara berbeza untuk hilangkan kebosanan. erkk. bukan2. tapi setiap manusia punya cara berbeza untuk luahkan perasaan. so, for me, menaip kat sini, bercerita kat sini lebih enak rasanya. macam makan mee meggi. nyum nyum nyum.. errk, lari topik plak. hee. ok, kenapa sedap? ermm.. sebab.. sebab... sedap sebabbb.. haih. sebab apa eah? just, kat sini bukannya fully saya bercerita soal hidup or yg seangkatan dengannya, just sipi2 je. yang lain lebih banyak saya cerita pada DIA. sampai menangis meleleh air hidung. tapi saya puas. itu terapi paling BEST yang saya amalkan.
walaupun entry merapu je yang ada kat sini. its okay, sebab saya ada tempat untuk cerita hal2 kecil yang kadang2 penting bagi saya. dan saya ianya agak sukar untuk hilang. jika nak dibandingkan dengan simpan dalam laptop. sekali kena virus, format. zapppp. hilang segalanya. sob sob sob. cuma yang tak bestnya. tak boleh pilih entry mana nak diprivatekan and yg mana nak di publickan. huhu.. takpe la. pandai2 la orang yang membaca tu memilih sumber bacaan. ngeee~ okey. khas untuk semua pekerja
SELAMAT HATI PEKERJA
semoga setiap pekerjaan yang dilakukan di niatkan kerana ALLAH s.w.t
dan setiap usaha yang dilaksanakan di nilai di sisi yang Maha Esa. amiin. amiiin. amiiin..
p.s : masih sabar menanti penempatan. pasti ada rezeki di mana-mana. insyaAllah~
ok. cukup.
jumpa lagi.
salam

.jpg)
No comments:
Post a Comment