salam
hari nie.. 15 oktober 2010..
mungkin akan jadi salah satu tarikh yang takkan saya lupe..
tepat jam 12.20 malam tadi.. sahabat saya telah pergi menemui penciptanya.. al-fatihah..
dia pergi buat selama-lamanya..
mungkin itu yang terbaik buatnya..
Allah lebih menyayanginya...
sesungguhnya hanya ALLAH yang maha mengetahui apa yang terbaik buat hambaNya..
setelah beberapa hari bertahan di ICU.. dia pergi juga tinggalkan kami..
dia pergi saat kami semua masih mendoakannya semoga dapat kembali ke sisi kami..
kembali meneruskan pengajian yang masih lagi berbaki 2 tahun sebelum menjadi guru..
dia pergi saat semua sudah mula tersenyum mendengar perkembangannya..
dia sudah mampu mengilipkan mata.. sudah mampu dimasukkan susu..
tapi siapa tahu.. itu semua mungkin untuk mengurangkan kegelisahan hati2 kami..
ingin mententeramkan hati ibu yang tak pernah putus untuk berdoa buatnya..
supaya kami semua tenang saat menghantarnya kembali kepada pencipta..

Ya Allah..
kau tempatkanlah sahabatku dalam kalangan orang2 yang beriman..
kau ampunilah dosa-dosanya..
kau permudahkanlah urusannya di akhirat kelak..
semoga Rohnya dapat bersemadi dengan tenang.. amiiin...
mira..
mungkin tak banyak kenangan yang kita kongsikan bersama.
tapi setiap peristiwa yang ada kamu.. aku ingat satu persatu..
saat kita bersama dalam satu dorm..
aku ingat.. kamu takot gelap..
dorm kita pasti terang bila waktu tidur..
mira.. aku juga ingat..
saat kamu yang memberikan no fonku kepada my ex..
walau no itu sedikit salah.. ak tetap nk ucap.. thanks mira..
ak juga ingat saat kita pernah berjiran di aras 3 dulu..
saat kita sama-sama menari di arena..
kita juga pernah sama-sama menunggu bas untuk pulang ke terengganu..
masih terbayang cara kamu bermain-main dengan kucing..
kamu marahkan pekerja yang menakutkan kucing tu..
kamu sangat penyayang mira..
kamu nampak keras.. tapi aku tahu.. kamu berjiwa sensitif..
aku juga ingat saat kamu menangis dulu.. hanya kerana kucing kamu mati..
saat itu aku tahu.. kamu punya hati yang sangat lembut..
mira.. puncher yg kamu gantikan tu masih ak gunakan..
ak ingt kamu mohon maaf kerana dah patahkan puncher aku..
dan kamu gantikan dengan yang baru.. kamu cakap nak cari yang sama.. tapi tak ada..
jadi kamu belikan yang warnanya sama... aku tak kisah mira.. janji boleh guna kan?
hari nie.. aku banyak guna puncher tu..
setiap kali aku pegang.. aku ingat kamu..
aku doa semoga rohmu tenang disana...
maaf.. dah tak mampu nak menulis lagi..
doaku mengiringi mu teman..
semoga Rohmu dicucuri rahmat..
aku bertuah kerana pernah mengenalimu..
semoga dikau tenang di sana.. amiiin...
dalam ingatan : Syarifah Norasmira Syed Sallehuddin..
kami semua menyayangimu...
tenanglah dikau di sana.. al-Fatihah...
Sudah ditakdirkan kau pergi dulu
Di saat kau masih diperlukan
Tuhan lebih menyayangi dirimu
Ku pasrah di atas kehendak Yang Esa
Ya Allah
Tempatkannya di tempat yang mulia
Tempat yang diKau janjikan nikmat
Untuk hambaMu
Sahabatku
Akan kuteruskan perjuangan ini
Walau kutahu kau tiada di sisi
Perjuangan kita masih jauh beribu batu
Selagi roh masih di jasad hidup diteruskan
Sedih rasa hati ini mengenangkan dikau
Bagai semalam kau bersama kami
Moga amanlah dan bahgia dikau di sana
Setangkai doa juga Fatihah terus kukirimkan
Moga di sana kau bersama para solihin
Kau sahabatku kau teman sejati
Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami
Kerana takdir Yang Maha Esa telah menetapkan
Sedih rasanya hati ini bila mengenangkan
Kau sahabatku kau teman sejati
hanya hamba,

9 comments:
innalillah....moga rohnya aman dan tenteram disana...amin.
Al-Fatihah buat beliau..
semoga rohya dicucuri rahmat..
al fatihah....sabar k dear..ALLAH lebih sygkan dia...
Alfatihah..semoga arwah tenang disana..
al fatihah utk beliau :)
saya juga bersedih apabila mendapat khabar ini. Takziah buat keluarga arwah. semoga arwah tenang di sana.Al-Fatihah~
sedihnya, sy fhm perasaan kak, sy juga penah mngalaminya dulu, smga rohnya dicucuri rhmat
al-Fatihah buat sahabat mu,mira...
sedih kan..bila sahabat kita sudah tiada lagi di dunia..
ternyata Allah lebih menyayangi nya...hu3
jom bace entri terbaru nas klik:
permainan zaman kanak-kanak dulu memang best
alahai..
Post a Comment