Selamat Datang. Senyum Selalu!

03 June 2010

Lemahnya diri ini..

kempen blogger picisan menentang kekejaman israel

salam

alhamdulillah... masih lagi bernafas. walaupun bangun tidur terus kena dengar raksasa pembinaan kat luar, sy tetap bersyukur.. bunyi bising besi-besi di ketuk lagi indah jika nak di bandingkan dengan bunyi-bunyi bom atau bunyi tembakan..

cuba anda bayangkan suatu hari.. anda bangun tidur, tiada lagi bunyi ayam, tiada lagi bunyi burung-burung.. yang anda dengar hanyalah bunyi dentuman bom, bunyi tepikan suara wanita-wanita, bunyi tangisan kanak-kanak.. yang di rasai ketika itu adalah gegaran.. saat tu apa yg anda akan lakukan?? lari? bersembunyi? atau keluar menentang mereka yg memulakan peperangan?

kadang2 sy terpikir.. bagaimana agaknya saudara-saudara Islam sy yg berada di Bumi Palestine.. Bumi Iraq.. bagaimana mereka hadapi suasana peperangan tu?? bagaimana ibu-ibu berusaha menyelamatkan anak2 mereka, bagaimana suami2 cuba melindungi isteri mereka.. bagaimana seorang ayah mencari tempat selamat untuk keluarganya.. sedangkan mereka tak tahu bila masa bom atau tembakan akan mengenai mereka... subahanallah.. mereka sangat tabah... andai sy berada di tempat mereka.. mampukah sy untuk bertahan.. wallahhu..

hari ini mungkin semangat ak berkobar2 nak menentang israel.. boikot, doa dan segalanya yg mampu dilakukan.. tp esok.. esok apa akn jadi? bila dunia senyap kembali.. adakah ak juga akan senyap? menutup mata dan menutup telinga.. itulah yg sering berlaku..Ya Allah.. lemahnya ak..

masihkah kita pejam mata dengan kekejaman mereka??




[kredit to pakcik gugel]


FREE PALESTINE

.......................................................................

dipetik dr Langitilahi tulisan Hilal Asyraf

Selamat berkenalan dengan Israel Zionis. Itulah yang mampu saya sebutkan apabila peristiwa kejam 31 Mei 2010 berlaku. Ya, itulah dia Israel Zionis. Saya tak faham jika masih ada lagi yang hendak memberikan justifikasi kepada musuh-musuh Allah itu.

Sungguh, sikap mereka telah Allah nyatakan di dalam Al-Quran semenjak dahulu lagi.

Kita mungkin sebelum ini menyangka bahawa Israel hanya bermusuh dengan manusia di Palestina. Tetapi itulah kesilapan kita. Hakikatnya Israel bermusuh dengan sesiapa sahaja yang berusaha melakukan kebaikan. Sebab itu mereka tidak teragak-agak membunuh mereka yang ada di atas kapal semalam. Mereka juga tidak teragak-agak membuat tuduhan palsu.

Allah ingin menyatakan kepada kita, itulah dia Israel. Bukannya Israel tidak tahu bahawa kapal itu sedang diperhatikan perjalanannya oleh seluruh dunia. Tetapi mereka tetap berani melakukan sedemikian teruknya. Maka, pastinya lebih teruk lagi telah mereka kerjakan Palestin yang terputus dari dunia dikelilingi tembok kematian.

Itulah dia musuh kita.

Dan itulah dia yang menguasai dunia. Itulah dia yang kita sokong selama ini secara tidak langsung menggunakan hiburan yang melampau, menggunakan dosa-dosa, menggunakan maksiat kepada Allah SWT. Secara tidak langsung, kita menjadi askar-askar senyap mereka yang membuatkan mereka kuat hingga ke hari ini.

Sungguh hairan orang yang masih redha dengan kehidupannya yang bernaung bawah kekuasaan manusia yang ingkar dengan Allah SWT jika dia menyedari hal ini.

Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut ugama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): “Sesungguhnya petunjuk Allah (ugama Islam itulah petunjuk yang benar”. Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu.” Surah Al-Baqarah ayat 120.

teruskan berdoa untuk mereka di sana.. itu juga salah satu cara untuk membantu.. doa itu senjata umat Islam...


♥ much more love for you! ♥

7 comments:

'AQILAH said...

doakan buat mereka :)

Nekmo said...

nek dulu masa sekolah,
sekolah dekta dengan bukit..
bukit tu ada kuari..
Bila dorunk bg letupkan batu,kami terkejut..
Ada yg menjerit..Bunyi macam bom..
tapi,nek tau..dekat 'sana' mesti lagi kuat bunyinya..
tambahan..hari2..perit2..
nek pun insan kerdil ja..

Nekmo said...

dekat*

aien said...

aqilah : doakan ea.. ^__^

nenek : tu la.. dengar letup2 sikit dh kalut kn.. kt sana tak tau la mcm mane.. (T__T)

supergassoline said...

doa kn tuk mreka....

:))

miss lolly a.k.a luvfareda said...

ALLAHUAKBHAR !

aien said...

cikCepet : yup.. doa itu senjata org Islam.. ^__^

miss lolly : ^___^