Selamat Datang. Senyum Selalu!

13 April 2010

Tak Faham

salam....

apa yangg patut sy tulis kt sini ek.. ape yg saya rase? jadual harian sy? atau pengalaman2 indah sepanjang hari ini?? kdg2 susah nk meluah kata bila kita merasakan bahawa apa yg kita luahkan itu tiada maanfaatnya... teringat pula pada ayat "lebih baik diam daripada bercakap hal2 yang melalaikan"...

tapi.. saya bukanlah seorg yang bijak berkata-kata.. pandai menulis madah bermakna.. sy hanya seorang tukang belog yg suke merepek dan menulis sesuka hati.. kdg2 rse menyesal sebab tak mampu untuk menyampaikan ilmu-ilmu bermanfaat buat pembaca... maafkan saya...

saya kagum dengan penulis-penulis blog yg mampu memberikan pelbagai ilmu-ilmu bermanfaat buat pembaca-pembaca.. mujurlah ada org2 mcm nie... cuba bayangkan kalo semua yang berbelog ni mcm saya.. merepek ntah pape... meluahkan emosi tak tentu hala.. borak kosong sepanjang masa... hanya tahu membazirkan masa... sangat menyedihkan..

Tapi.. saya adalah saya... saya bukan kamu dan kamu bukan saya... masing-masing punya kelebihan masing-masing kn?? saya hanya ingin menjadi diri sendiri.. tak sama macam orang lain dan juga tak berbeza macam orang lain.. saya nak jadi seorang manusia biasa.

Hari-hari saya penuh dengan kejutan.. penuh dengan dugaan... kadang-kadang sy tertanya2.. kenapa Allah nk uji saya sampai macam nie... kenapa mesti saya??? saya dh tak mampu nak tanggung ujian seberat nie... Tapi sy sedar.. saya sebenarnya yang silap mentafsir semua ni.. Allah menguji kerana DIA masih sayangkan saya... DIA nak menyedarkan saya bahawa saya dh terlalu jauh dengan DIA... bila DIA bagi ujian dan dugaan.. bila DIA tarik nikmat kebahagian yang sy kecapi... barulah saya sedar yang ALLAH memberi peringatan kepada Hambanya.. Bila tersedar barulah saya nak mencari DIA.. masa nie brulah saya tahu.. saya dah terlalu jauh dengan DIA.. dah terlalu leka dengan nikmat dunia.. saya berdoa setiap hari.. tapi doa hanya di mulut.. bukan dihati... saya sujud kepadaNya.. tapi hati entah dimana... LEKA.. saya leka.. Semoga Allah mengampuniku... amiin...

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta."
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

sekarang saya tahu.. dugaan bukan untuk menyukarkan hidup kita.. bukan tandanya ALLAH marah pada kita.. bukan juga sengaja buat kita kecewa dan sedih.. tapi.. itu tanda DIA sayang pada kita.. DIA nak kita kembali mengingatinya dan bukannya hanyut dalam dunia khayalan semata-mata.. itu tandanya DIA sayang pada hambaNya.. yakinlah bahawa ALLAh itu maha Penyayang...

saat kamu bertanya.. kenapa ujian seberat ini???
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
-Surah Al-Baqarah ayat 286

Apa yang dh berlalu.. biarkan berlalu...
Seberat manapun ujian yang kita perlu hadapi ingatlah.. itu semua adalah tanda bahawa ALLAH sangat menyayangi Hambanya....

Thank You ALLAH....

:. sekadar menginsafi diri yang lalai dan leka.. semoga DIA sentiasa memberikan petunjuk dan hidayah ke atas hamba-hambanya.. amiin...


♥ much more love for you! ♥

2 comments:

Masitah Harun said...

ain, sabo deyh eh...aku taw ko kuat...

aien said...

hehe.. insyaAllah..
thanks tot..
sayam kamu... =)