Beberapa aspek yang perlu diperhatikan
Untuk saya, seorang penulis perlu melatih dirinya dalam beberapa aspek.
Aspek 1: Melatih untuk menguatkan hubungannya dengan Allah SWT – Hal ini kerana, jika anda berniat untuk menulis bagi membantu ummah berubah, bagi mempertingkatkan diri dan menyedarkan masyarakat berkenaan sesuatu perkara, maka hendaklah anda melatih diri anda untuk menjadi hamba. Yang menyampaikan penulisan kita, adalah Allah SWT. Siapakah yang meyakini?
Aspek 2: Melatih untuk memperbanyakkan pembacaan – Seorang penulis perlu ada ilmu. Barulah penulisannya kuat. Tidak bercakap atas angin, tidak memberikan sesuatu yang rapuh, dan penyampaiannya teguh lagi meyakinkan. Penulis yang tiada ilmu, dia tidak akan membina, tetapi sekadar menghancurkan pula pembaca-pembaca yang membaca karyanya. A Samad Said ada berkata, apabila ditanya berkenaan bagaimana hendak menulis: “Baca, baca, baca, baca kemudian tulis”
Aspek 3: Berdisplin dalam mewujudkan kebolehan menulis – anda ada masa tetap untuk anda menulis. Seminggu sekali atau beberapa kali, untuk mengasah gaya penulisan, teknik penulisan. Dan perlu rajin, perlu berdisiplin, atau seorang penulis itu tidak akan berjaya mempertingkatkan seni penulisannya sampai bila-bila. Memperbanyakkan bacaan juga hakikatnya merupakan salah satu disiplin, latihan, untuk mewujudkan, mencatikkan kebolehan menulis.
Aspek 4: Melatih minda supaya proaktif – ini amat penting kerana bagi seorang penulis, idea adalah antara nyawanya. Penulis yang tiada idea, tidak akan mampu menulis. Sebab itu, seorang penulis perlu bijak menterjemahkan segala apa yang dia lihat, dia lakukan, dia lalui, dia kenali, dia ketahui, kepada idea-idea. Penulis yang mampu berbuat begini, maka dia akan mampu menjadi penulis yang baik.
Aspek 5: Melatih hati untuk rendah – Dan akhir sekali, penulis yang baik adalah dia merendahkan hatinya. Dia menghubungkan segala usahanya tadi, dengan Allah SWT. Segala hasil yang dapat dia perah dari usahanya tadi, dia kembalikan kepada Allah dengan berterima kasih dan merasa itu semua hadiah daripada-Nya. Dia menghubungkan penulisanya, dengan Allah SWT. Dia tidak lemas dengan karyanya, dia tidak tenggelam dalam lautan ilmunya, dia tidak ujub dengan kebolehanya. Ini satu aspek yang menjadikan seseorang itu penulis yang baik
p/s : artikel nie saya ambil dr http://ms.langitilahi.com
kepada yang berminat utk terus membaca.. korg boleh la jenguk2 kt citu.. byk info2 menarik ada kt situ..
"seLamaT meMbaca"

No comments:
Post a Comment