~ SaLam ~
eNtry kali ni is about my next sem subject!
cam pelik lak ayat tu...hehe
tu la xpndai OmpuTih..wat2 pandai..uuuu..
nevermind la..ada aku kesah? huh~
This is what i got from the internet about my next sem subject
Tahun 2 ( Semester 3 )
PRASEKOLAH (BM/PJ/BI)
IPGM Kampus Bahasa Melayu
--> Next sem..im gonna learn oL dis -->
WAJ 3106 Hubungan Etnik
Kursus ini memfokuskan perbincangan tentang konsep-konsep asas budaya dan hubungan etnik serta meneliti perkembangan hubungan etnik di Malaysia. Hasratnya adalah untuk mewujudkan masyarakat Malaysia menurut acuan Malaysia dan hubungan jalin antara wilayah ASEAN. Adalah diharapakan pelajar dapat memahami dan menangani cabaran global dalam hubungan budaya dan etnik di peringkat Malaysia dan Asia. Kursus ini akan juga memperkenalkan para pelajar terhadap hubungan etnik menurut perspektif Islam.
WAJ 3110 Kokurikulum-unit Beruniform
Kursus ini meliputi sejarah unit beruniform; struktur dan organisasi; perlembagaan unit beruniform; pengurusan dan pentadbiran; disiplin dan kerohanian; asas pertolongan cemas; asas kawad kaki; istiadat dan orientasi kurikulum Unit Beruniform sekolah rendah.
EDU 3104 Pengurusan bilik darjah dan tingkah laku
Kursus ini membincangkan pengurusan bilik darjah sekolah rendah; peranan guru dalam mengurus bilik darjah; model-model pengurusan disiplin; masalah disiplin murid-murid dan pengurusan murid-murid berkeperluan khas
PRA 3105 Perkembangan kognitif kanak-kanak
Kursus ini juga meliputi teori dan asas perkembangan kognitif kanak-kanak, konsep asas pengajaran dan pembelajaran komponen kognitif terutama sekali awal Matematik dan Sains dalam proses pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak prasekolah
PRA 3106 Perkembangan kreativiti kanak-kanak
Kursus ini meliputi teori-teori perkembangan kreativiti kanak-kanak, faktor yang menggalak dan menghalang kreativiti, proses kreativiti dan pendekatan pengajaran, bidang kreativiti dalam pendidikan awal kanak-kanak dan menilai kreativiti
PJM 3106 Elektif 1 : Anatomi dan Fisiologi
Kursus ini meliputi konsep asas pengenalan kepada anatomi dan fisiologi. Peringkat kimia, selular dan tisu organisma. Sistem integumentari. Sistem rangka. Sistem otot. Sistem saraf. Sistem endokrina. Darah. Jantung. Saluran dan peredaran darah. Sistem limfatik dan imuniti. Sistem respirasi. Sistem penghadaman. Pemakanan dan metabolisma serta sistem urinari.
PRM 3101 Elektif 2 : pembelajaran Muzik Pendidikan Prasekolah
Kursus ini bertujuan mendedahkan pelajar pengetahuan dan kemahiran tentang pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran apresiasi muzik. Kaedah pengajaran dan pembelajaran tersebut diaplikasikan melalui aktiviti apresiasi dalam nyanyian, muzik pergerakan, permainan alat, membaca muzik dan apresiasi lagu. Teknik, pendekatan dan bahan bantu mengajar dilaksanakankan dalam Integrasi muzik dalam P & P . Bahan pengujian dan penilaian diperlukan untuk keberkesanan strategi pengajaran dan pembelajaran pelajar. Penilaian prestasi pelajar dilaksanakan secara berterusan: formatif dan sumatif.
PBS 3103 Pengalaman Berasaskan sekolah III
Pengalaman Berasaskan Sekolah 3 bertujuan memberi pengalaman kepada pelajar tentang perkaitan antara kandungan kurikulum dengan faktor-faktor pembelajaran, bahan sumber pengajaran pembelajaran, strategi dan aktiviti, penerapan nilai dan kemahiran berfikir dalam pengajaran pembelajaran melalui pemerhatian, penelitian dokumen, refleksi dan interaksi dengan komuniti sekolah
WAJ 3116 Bina Insan Guru III
Kursus ini meliputi perkembangan kemahiran latihan dan aktiviti kemasyarakatan. Pelajar didedahkan kepada kemahiran merancang, mengendali dan menghadiri bengkel. Aspek yang diberi penekanan ialah etiket sosial dan protokol. Aspek berkaitan yang diterapkan ialah pengucapan awam, kesantunan berbahasa, kemahiran mendengar secara efektif, tertib di meja makan, pengendalian majlis rasmi dan etika berpakaian. Kursus ini juga bertujuan memupuk kesedaran tentang kepentingan khidmat kemasyarakatan.
Ho hO Ho
sangat menarik kan??
x sabar ase nk blajo!!
Yeah!!
Azam Baru!!
Belajar Bersungguh-sungguh!!
* ikhlas ke nie?? *
hehehehehehehe

1 comment:
hai..awak ada proforma pendidikan muzik x?kalau ada ble minta?
Post a Comment