Selamat Datang. Senyum Selalu!

03 December 2009

Bingkisan tulus daripada Adam untuk Hawa..

Hawaku…
Meski aku Adam, gagah pada luaran, ada kalanya aku jua tewas dalam godaan. Walaupun aku pemimpin khalifah bagi mu, aku juga selalu tersungkur kalah akibat nafsu. Nafsu ku satu, akal ku Sembilan. Namun, yang satu itu sering menjadikan aku di luar kawalan, kadang kala aku juga tewas dalam lautan duniawi, lemas dalam dunia sendiri. Andai aku leka dan alpa, ingatkan aku untuk kembali pada-Nya, kerana sesungguhnya di balik seorang lelaki, berdirinya seorang wanita..
Hawaku…
Walaupun aku durjana duniawi, aku juga impikan wanita solehah sebagai suri. Justeru,ingatkan aku agar tingkatkan ibadah, kelak aku bisa menjadi suami soleh. Ingatkan aku supaya selalu mengalunkan kalamullah, agar dapat aku memandu mu ke syurga al-Jannah. Sedarkan aku agar mengejar keredhaan ar-Rahman, agar hidupku sentiasa aman. Bangunkan aku bertahajjud bersamamu, agar kelak rahmat-Nya tiada tandingan untuk ku. Aminkan doa bacaan ku, moga nanti luas syurga mu. Taat dan patuhilah aku, kelak solehah jadi milikmu..
Hawaku…
Aku suka jika kau menutup aurat daripada pandangan buas durjana. Aku suka jika kau tidak sesuka hati menabur cinta duniawi sebaliknya kau titipkan buat zauj mu kelak. Aku suka jika kau bidadari sentiasa mengejar kebahagiaan ukhrawi. Aku suka kalau kau penuh sifat keibuan supaya kelak zuriat ku penuh dengan kesantunan mu. Aku lebih suka kata-kata berhemah kerana itu menunjukkan kau wanita berhemah. Aku suka jika kau pandai berdikari, agar kelak kau mampu berdiri sendiri. Lagi indah kalau kau berperibadi mulia, kerana itu sebaik-baik hiasan dunia. Aku suka jika kau pandai menjaga maruah, agar harga diri mu tidak terlalu murah. Lebih elok jika kau mampu berfalsafah, kerana itu symbol mar’a fatonah. Peliharalah agama mu seperti mana aurat mu terjaga rapi. Siramlah hati dengan taqwa sebagai bekalan menghadap yang kuasa. Hiasi peribadi dengan sifat mahmudah agar kelak tidak dipandang lemah.
Meski kau dicipta dari rusuk ku yang bengkok, namun ada ketika tangan yang disangka lembut menghayun buaian mampu menggoncang dunia mencipta sejarah. Oleh itu, ingatlah aku, ADAM mu yang sering leka dan alpa..kelak HAWAku ini bakal menghuni al-Firdausi…
~sEmOga KeBahGiaaN miLik BeRsaMa~





♥ much more love for you! ♥

No comments: